Demo Site

Monday, December 20, 2010

Semuanya Bermula....

5 Centimeters Per Second
               Tubuhku sering meggeletar malah dada terasa berdebar  apabila melihat gadis itu menjelma di depan mata. Dia sering datang berkunjung ke kedai buku yang menjadi tempat kerja separuh masa aku.  Gadis tersebut akan datang membeli atau menyewa buku pada hari minggu.
Pada mulanya, aku tidak menaruh apa-apa harapan terhadap gadis itu, namun semakin lama, semakin hari, aku mula jatuh hati padanya.  Aku masih ingat lagi pada pertemuan pertama aku dan dia, dia berpakaian kemeja berkotak besar berwarna merah, berseluar jeans biru muda yang lusuh, dengan cermin mata bulat berbingkai hitam berfesyen 70’an membuatkan dia kelihatan seorang ‘nerd’. Namun aku merasakan gadis itu menyembunyikan raut wajahnya yang cantik. Ketika itu aku sedang menjaga kaunter. Aku bersikap bersahaja dan dia pula kelihatan resah menanti aku menguruskan buku yang ingin dia pinjam. Kemudian gadis itu, melarikan diri selepas aku menyelesaikan urusan tersebut.

5 Centimeters Per Second

Minggu depannya, gadis tersebut kembali semula ke kedai buku, namun dia mempunyai perubahan besar, tidak lagi bercermin mata dan… rambutnya, tidak lagi diikat gaya ponytail namun cara pemakaiannya masih sama. Dia membawa dua judul novel berbeza: ‘Twilight Saga’ dan ‘Ombak Rindu’ untuk disewa. Dia menghulurkan novel tersebut pada aku yang menjaga kaunter penyewaan sekali lagi namun aku ketandusan kata kerana lidah aku rasa kelu secara tiba-tiba. Tidak berani bertentang mata kerana wajah gadis itu begitu ayu dan cantik membuatkan aku bertambah malu dan gelisah. Aku menghulurkan kedua-dua judul novel itu kembali pada gadis itu. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih lalu beredar.

Wednesday, December 15, 2010

Website Nak Streaming Anime



Salam semua! Korang semua biasa streaming tak sama ade kat laptop ataupun pc korang? Kalau biase, korang tau la mane nak carik website nak streaming movie, sport, drama dgn anime ( aku biase streaming anime je ). Tapi bagi orang yang tak pernah ataupun tak kenal ape itu streaming: streaming adalah menyaksikan cerita ataupun saluran di komputer menggunakan internet ( Ni mengikut translation penulis, kalau silap. Sila tegur )

So, kali ni aku nak post website untuk korang streaming anime kegemaran korang. Mesti korang tertanya-tanya, kenape nak post lebih dari satu website? Jawapannya simple, tak semua website lengkap siri anime yang korang teringin nak tengok, tu pasal aku post lebih dari satu. Macam biase, sila read more

Monday, December 13, 2010

5 Website Best Nak Download Anime


Assalamualaikum. Dalam negara Malaysia yang agak aman ni, aku tau terdapat segelintir orang yang meminati anime yang pelbagai genre. Anime-anime yang terkenal di Malaysia ni kalau x silap aku macam: Dragon Ball, Naruto, Bleach dan One Piece ( Aku kureng minat sangat dengan title yang aku bagi, namun ni mengikut survey ).

So, sebagai salah seorang peminat tegar anime.  Hari aku nak berkongsi 'link' ataupun laman web untuk 'download' anime kegemaran korang. Sila read more

Thursday, November 4, 2010

Memento Dari Sang Puteri

             
            Peperangan kali ini seperti tiada kesudahan. Cuaca yang awalnya dingin kini bertambah sejuk. Sejuk sehingga menusuk ke tulang rusuk. Salji berkemungkinan akan turun. Aku begitu pasti melihat dan merasai keadaan sejuk sebegini.
            Pedang pemberian sang puteri telah bermandikan darah tentera-tentera musuh yang datang menyerang. Walaupun berasa kesal menggunakan sebilah pedang pemberian sang puteri, aku tidak lagi mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakannya untuk mempertahankan diri. Pedang yang selalu aku gunakan umtuk tujusn berperang, sudah patah. Ternyata keampuhan pedangku tidak akan bertahan lama apabila berlawan dengan jeneral tentera musuh. Pedang sang puteri hanyalah sebagai satu memento bagi menaikan semangat aku apabila berlawan. Namun setelah kugunakan, jiwaku seperti bersatu  dengan bilah pedang ini, membuatkan diriku sedikit senang menggunakan pedang ini.

Friday, August 20, 2010

Bab 6

Zakiah terduduk diatas sebuah kerusi berhampiran dengan Vajra miliknya itu. Penat! Dia menghabiskan separuh hari membuat pemeriksaan ke atas Vajra. Dia membuka jaket tebal yang dipakai. Baju T-shirt tidak berkolar yang dipakai dalam jaket itu basah dengan peluh lebih-lebih lagi di bahagian dada. Orang lain antaranya lelaki melihat sahaja perbuatan Zakiah itu dari jauh. Mereka menelan air liur melihat susuk tubuh Zakiah yang agak mengiurkan itu. dalam hati mereka, mereka berpendapat, mana-mana lelaki yang menyertai kumpulan Zakiah amat bertuah kerana dapat menikmati pandangan sebegini setiap hari. Namun mereka lebih cemburu Takuya kerana dikelilingi perempuan yang cantik iaitu Zakiah dan Jeneral Amylia Scarlett. Alangkah bahagianya kalau mereka menjadi seperti Takuya.

             Mejar Hoffman yang berlalu di situ, melihat perlakuan askar-askar yang sedang khusyuk itu. Dia menjadi pelik dengan perlakuan mereka lalu melihat apa yang sedang mereka perhatikan itu. Rupa-rupanya, Zakiah yang membuatkan mereka sebegitu. Pada mula, Hoffman juga terpengaruh namun khayalannya dipancung apabila Jeneral Amylia berada berhampiran dengan pintu masuk ke maintainance bay itu.

            “ Hoi kamu semua! Apa yang kamu lekakan tu!” Semua askar dan mekanik yang berada disitu terperanjat. “ Tak ada kerja lain ke kamu semua nak buat!” Mereka semua mengeluh namun apabila melihat kelibat Amylia di belakang Hoffman, mereka terus menyambung kerja. Kalau mereka masih terleka, sudah pasti akan dihukum oleh Amylia.

            “ Selamat pagi, Tuan!” Hoffman menabik hormat kepada Amylia. Amylia menyambut tabik Hoffman dan menyuruh Hoffman agar menemaninya berjalan. Hoffman berjalan berebelahan dengan Amylia menerangkan perkara-perkara yang sedang dilakukan di dalam maintainance bay ini. Hoffman berasa sedikit curiga dengan kemunculan Amylia di gudang maintainance. Jarang sekali Amylia berada di sini melainkan dia ada urusan penting ataupun berjumpa dengan Sarjan Takuya.

            “ Maafkan saya Tuan. Tapi apa yang Tuan buat disini sebenarnya?”

            “ Saya nak berjumpa dengan ahli kumpulan unit khas penggempur M.P.A. Saya rasa tak ada masalah untuk saya berjumpa dengan mereka, bukan?” jawapan Amylia menjawab persoalan Hoffman. Hoffman melihat jam tangan. Sudah pukul 12.00 p.m. Jadi dia tidak ingin membuang lebih masa untuk berada disitu. Dia suah berjanji dengan isterinya untuk makan bersama-sama anak-anak di rumah. Isterinya baru lima bulan melahirkan dua orang anak kembar. Termasuk dengan anak kembar ini, dia sudah mempunyai 5 orang cahaya mata.

            “ Jadi kalau puan nak mencari mereka, mereka semua berada di bengkel no. 15. Saya minta diri dulu, puan.”  Amylia sekadar menggangguk dan melihat Hoffman pergi. Amylia baru teringat sesuatu perkara.

            “ Oh ya! Hoffman!” Amylia memanggil semula Hoffman. Dia memusing ke belakang dan ingin mengorak semula langkah kearah Amylia apabila..

            “ Kirim salam pada isteri awak, ya. Nanti saya akan datang ke rumah awak. Kedua-dua kembar perempuan bukan?”

             Muka Hoffman menjadi merah. Dia gembira mendengar Amylia mengingati akan isterinya yang baru bersalin itu. Hoffman membalas dengan sekuntum senyuman dan berlalu pergi.

             Keichi dan Simon hanya memerhatikan Zakiah yang kembali sambung menolong mekanik yang sedang memperbaiki Genosaber milik Takuya. Kedua-dua nampak begitu puas melihat satu pemandangan yang begitu indah sekali di hadapan mereka. Bentuk badan Zakiah kelihatan jelas walaupun dia memakai sehelai baju t-shirt tanpa kolar yang berceloreng. Mereka juga ternampak tali baju dalam milik Zakiah. Keichi sudah mula memicit hidungnya yang kesakitan. Simon pula sekadar duduk di atas kerusi dan mula berangan yang bukan-bukan.

            “ Seronok tengok pemandangan yang berada di hadapan kamu?” satu suara menegur mereka daripada belakang. Keichi dan Simon masih tidak menoleh ke belakang hanya mengangguk. “ Kalau nak dibandingkan dengan Amylia Scarlett. Siapa lebih seksi?”

Dengan serentak mereka memandang ke belakang dan bercakap dengan serentak.

            “ Of course Jeneral Amylia Scar......!?”

Thursday, July 22, 2010

Wallpaper Official Saga Romantis

Semasa aku membuat blog ni. Aku ada buat beberapa wallpaper untuk novel aku ni. Dengan bantuan sifoo, ezhan-artwork, aku berjaya membuat beberapa jenis wallpaper. Susah jugak la nak buat wallpaper ni. Ada yang ambil masa setahun untuk aku buat. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah amik wallpaper ni untuk menghias desktop anda, itupun kalau korang rasa wallpaper ni sesuai la untuk korang. Saiz yang aku gunakan untuk wallpaper ni dalam saiz 1440x900.


(  X-pride )

Saturday, July 3, 2010

EVA: Beginning

EVA: Permulaan
Benci.. satu patah perkataan yang meluahkan segala apa yang terpendam dalam hatiku ini. Aku bencikan mereka. Apa yang telah lakukan kepada diriku, tidak akan sekalipun aku akan maafkan. Aku telah diperlakukan sebagai satu tikus makmal. Badan aku telah disuntik dan dimasukkan dengan berbagai jenis ubatan yang merbahaya. Tujuannya satu: mencipta askar yang sempurna!
    Asalnya aku cuma seorang gadis yang berjaya dalam akademik, aku memilki keluarga yang penyayang, adik lelaki yang menjadikan diriku sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan pembelajaran di menara gading.. namun… namun.. MEREKA merampas segala-galanya daripada aku!
    Malam itu ku ingatkan seperti malam-malam yang sebelumnya, kami semua duduk menonton televisyen: papaku telah muncul di dalam satu program rancangan disebabkan kejayaannya melengkapkan teknologi nano yang boleh membantu dalam bidang perubatan. Kami semua berbangga dengan papa. Dan ketika itu, mereka muncul!
    Rumah kami tiba-tiba diselubungi kegelapan. Bekalan elektrik terputus. Papaku mencapai telefon rumah, cuba mendail ‘security’ rumah namun tiada bunyi. Pintu rumahku dipecahkan dari luar. Mama menjerit ketakutan dan melarikan diri. Tidak sempat dia lari dari ruang tamu, badannya ditembusi berpuluh-puluh butir peluru, jatuh ke lantai, tidak bergerak. Badan mama dilumuri oleh darah pekat yang mengalir daripada tubuhnya. Papa, adik dan aku hanya mampu melihat kejadian itu berlaku di hadapan mata kami. Papa dengan tangisan yang bergelung di mata pantas menarik tangan adik dan aku, meluru ke bilik bawah tanah. Adik sudah menangis memanggil mama.
    Aku yang memegang tangan adik erat , cuba menenangkannya: mengatakan semuanya akan elok apabila satu letupan berlaku berhampiran dengan aku. Aku terpelanting ke jauh kehadapan. Kepalaku pening dan aku memanggil nama adik. Namun, aku kehilangan kata-kata, apabila aku melihat tanganku hanya memegang tangan adik yang sudah terpisah daripada badannya. Darah adik terpalit di wajahku. Jauh dariku, anggota badan adikku yang lain tidak lagi bergerak. Matanya tidak terkatup. Darah mengalir dari mulutnya. Aku hanya mampu menjerit, dan mencapai badannya yang sudah kaku, memeluk erat.