Demo Site

Thursday, November 4, 2010

Memento Dari Sang Puteri

             
            Peperangan kali ini seperti tiada kesudahan. Cuaca yang awalnya dingin kini bertambah sejuk. Sejuk sehingga menusuk ke tulang rusuk. Salji berkemungkinan akan turun. Aku begitu pasti melihat dan merasai keadaan sejuk sebegini.
            Pedang pemberian sang puteri telah bermandikan darah tentera-tentera musuh yang datang menyerang. Walaupun berasa kesal menggunakan sebilah pedang pemberian sang puteri, aku tidak lagi mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakannya untuk mempertahankan diri. Pedang yang selalu aku gunakan umtuk tujusn berperang, sudah patah. Ternyata keampuhan pedangku tidak akan bertahan lama apabila berlawan dengan jeneral tentera musuh. Pedang sang puteri hanyalah sebagai satu memento bagi menaikan semangat aku apabila berlawan. Namun setelah kugunakan, jiwaku seperti bersatu  dengan bilah pedang ini, membuatkan diriku sedikit senang menggunakan pedang ini.
            Telingaku bergerak-gerak mendengar bunyi derapan tapak kaki. Aku bersembunyi di sebalik bongkah ais. Dari bunyi yang ku dengar, aku anggarkan dalam 5 orang, mungkin tentera musuh yang meliar mencari jeneral mereka yang sudah tertimbus didalam salji. Walaupun dia lebih berpengalaman dari aku, namun aku menggunakan kebijaksaan aku untuk menumpaskan jeneral itu.
            Jangkaan aku tepat, apabila melihat lima orang askar tentera musuh menghampiri tempat aku bersembunyi. Mereka kelihatan lebih lemah daripada aku, tetapi aku tidak yakin bahawa aku mampu menewaskan kelima-lima mereka dengan kecederaan aku yang agak teruk ini. Luka di pinggang aku sudah berhenti berdarah dan aku pasti mereka telah mengesan kedudukan aku dengan melihat tompok-tompok darah aku.
            “ Bunuh ataupun terbunuh!” Jerit hatiku. Ini sahaja jalan keluar aku untuk keluar dari kawasan ini.

            Pedang sang puteri kugenggam dengan erat. Aku harus mengambil langkah inisiatif. Serangan mengejut pasti akan membuat mereka terperanjat dan masih tidak lagi bersedia untuk beberapa saat. Selepas itu, aku bergantung pada kemampuan aku.
            Sebaik sahaja mereka melepasi aku, tanpa melengahkan masa, aku berlari pantas kearah seorang askar yang paling belakang sekali dan membenamkan pedang di perut askar itu. Dia menjerit nyaring membuatkan askar lain sedar atas kehadiran aku. Aku menarik pedangku semula dan berlawan dengan askar selebihnya.
            Pertarungan ini agak sukar untuk aku yang sudah tercedera tetapi pantang maut sebelum ajal, aku masih mampu menumpaskan seorang lagi askar dengan memotong pergelangan tangan askar tersebut sebelum membunuhnya. Dua lagi askar menyerbu kearah aku. Aku melepaskan pedang sang puteri dan pedang itu berpacak tegak diatas tanah lalu  mencapai dua pisau kecil di kedua-dua pehaku lalu mencampak kerah mereka. Pisau itu meluru pantas menembusi kerongkong askar tersebut. Mereka berdua menggelupur untuk seketika dan kaku di atas tanah yang diliputi salji. Tinggal lagi seorang.
            Aku meneruskan pertarungan ini. Namun kali ini, aku terpaksa mengaturkan langkahku dengan cermat. Dia bukan calang-calang askar, dia lebih hebat daripada askar-askar lain yang aku tewaskan. Setiap serangannya amat merbahaya, jika aku melakukan kesilapan, pasti nyawaku melayang.     
            Pertarungan telah melebihi 10 minit, masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Aku sudah mula tercungap-cungap. Lukaku sudah mula terasa sakit dan saat itulah aku menjadi cuai, libasan pedang askar tersebut mengenai perutku. Darah memercik keluar, walaupun tidak dalam namun sakitnya amat berbisa. Aku menepis tangan askar itu, tangannyaku pulas sehingga tulangnya patah lalu aku menendangnya jauh dari diriku. Dia meraung kesakitan manakala aku melutut di atas salji tebal. Aku memikirkan ini merupakan penamat bagi perjuanganku. Lukaku sudah semakin teruk. Aku memejam mataku apabila aku terdengar suara sang puteri.
            “ Kami tidak membenarkan kamu pergi! Mengapa harus awak yang pergi menemani YueLiang ke medan peperangan di kawasan pergunungan Auru. Bukankah tugas awak melindungi kami?” Muka sang puteri yang marah menampakkan keanggunannya dan kecantikan.
            “ Tuan puteri, mempertahankan kerajaan Auru juga merupakan salah satu tugas saya sebagai satria tuan puteri. Saya sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk Negara tercinta ini.” Sang puteri hanya mendiamkan diri.
            “ Jadi Taku tidak menyayangi kami? Taku sanggup melihat kami merana dan menderita selepas kematian kamu?”
            Aku tergamam. Serba salah dengan kenyataan yang aku ucapkan tadi. Nampaknya aku tidak berfikir panjang dan membuatkan sang puteri sedih.
            “ Melutut.” Sang puteri  mengarah.
            “Huh?!”
            “ Kami menyuruh kamu untuk melutut.”
Tanpa berfikir panjang, aku terus melutut. Sang puteri mengambil pedangnya yang diperbuat khas untuknya bagi tujuan mempertahankan diri dan upacara majlis. Hilir pedang yang tajam itu diletak atas bahu kananku dan sang puteri berkata-kata.
             Wahai tuan satria, Takuya Himura! Kami, Puteri Aya Weissheart Auru Direina dengan kuasa kami mengarahkan kamu, wahai satria kebanggaanku, untuk pulang semula kesisi kami selepas tamatya misi kamu. Maka perjanjian ini akan kami meteraikan dengan..”
            Tanpa kusedari satu kucupan daripada sang puteri hinggap di dahiku. Sang puteri yang kelihatan malu mula menitiskan air mata. Mengharapkan aku pulang dengan selamat.
            “ Dengan satu kucupan. Jadi Taku, tolong pulang semula kesisi kami dengan selamat.”
            Teringat akan kata-kata sang puteri membuatkan diri aku kembali bersemangat. Aku lekas berdiri dan mencapai pedang sang puteri lalu berlari kearah askar tadi. Aku menyarungkan pedang sang puteri di dalam sarungnya. Askar tadi menghayunkan pedangnya sebelah tangan. Aku menepis pedang tersebut.
            “ Pride of Soul, Palm Strike of Three Kingdom!” aku melakukan teknik yang amat berkesan dalam pertarungan jarak dekat.

            Satu serangan telapak tangan di perut iaitu Wu, diikuti serangan telapak tangan kedua, Shu dan serangan ketiga yang pasti membuat musuh lemah adalah Wei!
            Askar tersebut kelihatan pening, aku tidak melepaskan peluang itu. Aku mengeluarkan pedang sang puteri dan melakukan satu libasan melintang yang pantas. Aku membelakangi askar tersebut sambil menyarungkan kembali pedang sang puteri. 
            “ Biarkan pedang yang berkata-kata, apabila ia berkata pasti ada nyawa yang melayang” ku ucapkan ayat tersebut sambil mengatupkan bilah sang puteri sepenuhnya. Sebaik sahaja bilah pedang disarung, badan askar tadi terputus dua dan tidak bernyawa.

            Aku mencari jalan keluar dari kawasan pergunungan ini. Darahku masih lagi mengalir dari lukaku. Tidak terdaya lagi untukku berjalan. Malah mata sudah mula kabur. Aku rebah di atas salji tebal sambil memerhatikan langit. Segala memoriku bersama sang puteri bermain di fikiranku. Sejak aku bersama sang puteri kehidupanku ternyata berbeza.
Kesejukan salji menyedarkan diriku daripada lamunan. Mataku semakin berat malah oksigen yang disedut semakin berkurangan. Oleh kerana tidak dapat bertahan, aku terpejam mata di atas salji.
            “ Sang puteri…. Saya minta maaf.”
            Hangat namun bukan kerana di bakar api sekadar kepanasan yang begitu selesa. Titisan air jatuh ke atas pipiku membuatkan diriku tersedar. Aku membuka mataku perlahan dan melihat wajah sang puteri yang sembam. Terserlah kegembiraannya apabila melihat aku tersedar. Doktor Ami menghampiri aku lalu melakukan pemeriksaan rutin.
            “ Bodoh! Kenapa kau suka sangat buat makcik risau!” Suara makcik Amylia dapat kudengari walaupun aku tidak dapat melihat kelibat bayangnya. Dari nada suaranya, aku tahu dia sedang menangis.
            “ Saya berada di mana?”
            “ Dalam Ragnarok. Nasib baik kami dapat mengesan kedudukan kamu. Kalau tidak kamu pasti sudah mati kesejukan.” Sang puteri menjawab persoalan aku dengan tenang.
              Tapi saya tidak memakai sebarang alat peranti. Macam mana sang puteri dapat mengesan?”
            “ Bodoh!” kali ini giliran sang puteri memarahi aku.
            “ Kamu fikir kami memberi pedang ini sebagai tanda peringatan? Di hulu pedang itu terdapat alat peranti.”
            Aku sekadar tertawa kecil. Lukaku membuatkan aku sedikit lemah. Namun aku gembira mengetahui sang puteri sanggup mengetuai operasi pencarian semata mata untuk diriku. Aku harus berterima kasih kepada sang puteri dan juga memento pemberian sang puteri. Akan aku hargai kedua-duanya sehingga ke hujung nyawa.

0 comments: