Demo Site

Tuesday, December 29, 2009

Bercuti Di Gambang 2



Here comes the 2nd part!! Air Terjun kat Gambang ni kate orang ade lebih 37 tingkat! GULP, yang aku naik naik hari tu baru tingkat ke-3 or ke-4, kiteorang tak berani nak naik lagi tinggi pasal kena panjat bukit, dah tak ade jalan rata. Tapi aku bagi jaminan, tempat yang kiteorang mandi dah pun best! Air die sejuk. Sesuai selepas mendaki. Malas nak cerita panjang, tengok la gambar nih!!!



nampak macam rendah tapi tinggi gak



kalau lompat dari sini best gak, tapi untuk orang yang pandai berenang la

Bercuti Di Gambang 1

Bukan 'gampang' eh.. Haha...
Mula jer cuti sekolah, keluarga aku dah plan nak bercuti di beberapa tempat kat semanjung nih. kebanyakan tempat kami sefamily pergi dekat belah utara. Jadi, aku sengaja nak mempromote beberapa tempat yang agak best semase kami bercuti.


7 Disember 2009 ( First Trip ), kami pergi ke Gambang yang terletak di Pahang berhampiran dengan Bandar Kuantan. Mengambil mase 30 minit ke 1 jam untuk ke sana. Gambang terkenal dengan dua tarikan utama, first sekali, Gambang Themepark dengan Air Terjun Gambang.

Air Terjun Gambang

Monday, December 28, 2009

Sad Story?





             When I woke up, I found myself in unfamiliar surroundings. My head was still spinning. I tried to recall what had happened and remembered that Mrs. Crane had probably beaten me up again to something I didn’t do. The dizziness that attacked me earlier had gone and I tried to focus around this cold damp place. My swollen eyes traveled and I could see that I was surrounded by black stone wall. I felt if I was a princess trapped in a tower of a witch. That’s when I realized that my guess would be correct. Maybe Mrs. Crane had locked me in a tower after all or an underground room.

Realizing that I was the only person in this dungeon, I huddled myself into one corner. I could see rats scampering across the brick floor and I heaved a heavy sigh. Orphans like me always got worse treatment from everybody. Nobody cared about dirty children like us. I look at myself and tears started to well. This is the only cloth I had, this torn dress all I had in my entire life. I swipe away my tears with it.
Just when I was about to drifted away in my own world, I heard footsteps and the door creaked open. Streams of lights filled the room. My eyes couldn’t bear the striking light causing my eyes to close for a moment. The figure that was standing in the doorway seemed familiar to me and I quickly recognized it as Mrs. Crane.
“So Angelica, have you learned your lesson?” she sneezed at me. I nodded my head with no temptation to do so. She walked towards me, and jerked me up so I could stand face to face with her. She also grabbed my cheek only by one of her long and skinny hand.
“You’re lucky I’m in a good mood today, so I am going to let you go. But….. After this I want you to stay in your room and no dinner for you tonight. Huh! Now move out!” she commanded and pushed me out of the room. I stumbled forward and found myself staring at the staircase.
“What are you waiting for? Move!” again she gave me orders.
With some strength that I still had, I pushed myself up on the stairs until I saw a hallway full of kids from different ages. Yes, they are my friends, my dear friends; a friend which always helped me when I was faced trouble but today none of them can do anything because I was caught in the act. A few heads turned towards me and a sympathy look came across their faces. I tried to walk with dignity and lifted my chin, smiling, strode past them quietly to my own room. My best friends Rodeo and Jill stood as still as a statue. I tried to assured them that everything was alright by sending signals after that I locked myself in my room. When I was about to wash my face, Jill entered.




Ubah Template..

Aku dah lama tak update blog, tibe-tibe saja, hari ni tangan aku gatal nak meng'update' blog. Aku tengok template aku ni tak sesuai nak tulis cerita yang panjang-panjang. So, aku cari la template baru, bagi aq template baru ni agak simple dan stylo, semangat aku nak tukar dan edit html template ni, sekali bila tengok dalam notepad... Masya-Allah! Pening kepala oden! Macam mana agaknya dak ezhan-artwork tukar html blog dia eh? Mau ambik mase agaknye. ezhan-artwork! I salute u!
Oleh kerana aku malas nak mengubah template, buat sementare ni, inilah template pujaan hatiku!! Balik MFI nanti aq tanyer, tuan empunya blog ezhan-artwork, macam mane nak read balik coding html. Hahahaha... Aku nak belajar macam mane nak buat Home button, Novel button dgn Short stories, harap sifu aku ( ezhan-artwork ) boleh ajar.. Hurm..

Selesai ubah template, aku nak masukkan satu cerita pendek yang aku tulis masa sekolah dulu, bahasa inggeris. Harap-haraplah korang suke. Apa-apa hal, komenlah.  

Tuesday, December 8, 2009

BAB 3

Kapal perang kelas AirFalcon menjadi gamat. Lebih-lebih lagi di bilik rawatan kecemasan. Doktor dan jururawat yang ditugaskan atas kapal itu sedang berusaha gigih untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang mesra dengan krew kapal itu. Pengusung ditolak pantas menuju ke bilik pembedahan, diatas pengusung itu seorang lelaki kehilangan banyak darah masih tidak sedarkan diri. Doktor menyuluh mata lelaki itu dengan lampu suluh. Anak matanya mengecil apabila disuluh menunjukkan dia masih lagi dapat bertahan. Darah pekat membasahi pakaian lelaki. Beberapa orang krew kapal yang berada disitu terkejut. Mereka tidak mempercayai bahawa lelaki itu yang berada di atas pengusung.


“ Sarjan Taku! Tolong bertahan! “ Zakiah kejar mengikuti pengusung yang sudah memasuki bilik pembedahan namun ditahan oleh Simon dan Keichi. Dia cuba meronta tetapi gagal apabila Simon terpaksa menghentak belakang kepala Zakiah dengan kuat. Pandangan mata Zakiah mula kabur dan menjadi gelap. Keichi memandang Simon dengan muka yang penuh dengan seribu satu soalan.


“ Don’t look at me like that. I have to do it. Or she will cause us more trouble!” Simon memanggil jururawat berhampiran dan menyuruh mereka agar menempatkan Zakiah di wad. Keichi hanya terdiam, dia mengakui bahawa tindakan Simon pada waktu itu tepat sekali. Simon menggeleng-gelengkan kepala dan duduk tepi pintu bilik kecemasan itu. Lampu merah diatas pintu itu menyala menandakan pembedahan sedang dilakukan. Kini mereka hanya mampu berharap agar Taku selamat.


“ Simon, semasa Huckbein itu menyerang, apa yang Sarjan Taku lakukan?”


Simon memandang Keichi, mencari satu jawapan yang sesuai namun semuanya tidak sesuai. Dia menarik zip baju suit, membiarkan haba keluar. Dia menyelak rambutnya yang nipis itu kebelakang.


“ I have no idea, Keichi. Everyone can be careless for a while, you know?”


“ Tapi bukan Sarjan Takuya. Sarjan Takuya sentiasa bersedia dalam apa-apa situasi sekalipun.” Simon memandang muka Keichi yang berkerut itu. Pertama kali dia melihat Keichi yang happy go lucky itu serius. Selama ini muka Keichi sentiasa dipenuhi oleh senyuman. Walaupun dimarah atau didenda, Keichi akan terus tersenyum.


“ You maybe right, Kechi. Sarjan Himura Takuya is not the man who are so carelessly in his mission. There must be something wrong. But what is it? Moreover, he is so lucky because the beam was directed to the head of Genosaber instead of his cockpit, or not he’s already dead.”


Keichi menelan air liur. Dia melihat apa yang berlaku tadi. Mungkin kedengaran tidak masuk akal namun itu yang dilihat Keichi semasa kemalangan itu berlaku.

“ Simon, aku rasa tadi Sarjan Taku bukan bernasib baik.”
Mendengarkan apa yang dikatakan Keichi membuatkan Simon kembali berdiri. Topi keledar digenggam erat oleh Keichi. Simon menanti setiap baris perkataan yang Keichi akan katakan.

40 minit sebelum ini..