Demo Site

Tuesday, December 29, 2009

Bercuti Di Gambang 1

Bukan 'gampang' eh.. Haha...
Mula jer cuti sekolah, keluarga aku dah plan nak bercuti di beberapa tempat kat semanjung nih. kebanyakan tempat kami sefamily pergi dekat belah utara. Jadi, aku sengaja nak mempromote beberapa tempat yang agak best semase kami bercuti.


7 Disember 2009 ( First Trip ), kami pergi ke Gambang yang terletak di Pahang berhampiran dengan Bandar Kuantan. Mengambil mase 30 minit ke 1 jam untuk ke sana. Gambang terkenal dengan dua tarikan utama, first sekali, Gambang Themepark dengan Air Terjun Gambang.

Air Terjun Gambang



Kat Gambang, kiteorang duduk di Semuji Agro Park Resort yang boleh dikatakan satu tempat yang agak menenangkan. Sebab tempat ni agak aman malah boeh dikatakan best jugak la untuk orang yang penat bekerja unuk berehat dan menghindari kesibukan ibukota. Rate untuk satu bilik tak mahal RM 84, 2 katil single, 1 tilam spare, siap ber'airconditioner' sekali, aku recamanded supaya jangan pasang sejuk sangat, nanti  menggigil. Percayala cakap aku, tak tipu! 5 minit dari resort dah dekat dengan jalan masuk Air Terjun Gambang. Nak pergi sana jangan naik kereta yang dah lowered, jalan die agak teruk, nanti habis skirting kereta korang. Dah sampai kat pintu masuk, kalau nak mandi kat bawah boleh saje. Kami sefamily naik atas tinggi lagi, kat atas lagi syok! Ni beberape keping gambar air terjun tingkat atas yang superb!!



Ayah Aku

Air die hijau siot + dalam ( sangat dalam ) GULP!!

0 comments: