Demo Site

Sunday, April 5, 2009

Prolog (new)

prolog

T

aku membuka matanya perlahan-lahan, apa yang dilihatnya amat mengagumkan! Satu permandangan yang sukar untuk kita temui di masa ini. Terlalu indah! Bunga-bungaan yang berwarna pink menghiasi permukaan bumi sekaligus membuatkan tempat ini berseri. Pandangan mata Taku beralih ke langit, malam diterangi oleh sinar bulan purnama menambahkan lagi kecantikan tempat ini. Taku dapat merasakan ketenangan apabila dia berada disini, sebarang kekalutan hilang seperti disedut oleh bunga-bungaan yang berada disini. Ya, dia suka berada disini, setiap kali dia bermimpi, dia akan berada disini. Satu tempat yang dia tidak dapat melihat di negaranya. Bagaikan dikejutkan oleh elektrik 9 volt, Taku mencari sesuatu, dia berjalan ke hadapan sehingga tiba di satu tempat yang kelihatan seperti monumen. Dia tersenyum kecil.

“Perempuan tu ada lagi kat sini..” Hati Taku berbisik. Seorang perempuan duduk diatas monumen itu membelakangi Taku. Dia memerhatikan bulan purnama yang kelihatan amat besar dari kedudukannya. Taku hanya memerhatikan perempuan itu. Dia tidak mampu untuk berkomunikasi dengan perempuan itu, setiap kali dia memanggil perempuan itu, tidak pernah sekalipun perempuan itu memandangnya atau membalas panggilan Taku. Malah Taku tidak pernah sekali dia melihat wajah perempuan itu. Apa yang dia tahu ialah dia mempunyai rambut yang panjang melepasi paras dada, berikal mayang dan mempunyai warna rambut yang tidak pernah dilihat pada mana-mana orang, rambut yang berwarna pink! Adakah perempuan itu mewarnakan rambutnya sedemikian atau memang dia dilahirkan dengan warna rambut sebegitu? Itu menjadi satu persoalan yang tersimpan lama oleh Taku. Nak ditanya tak dapat. Dia hanya menggeleng-gelengkan dua tiga kali kepalanya. Sekadar melepaskan keluhan.

Taku berpusing ke belakang dan berjalan ke tempat dia muncul untuk menikmati semula keindahan bunga yang dilihatnya tadi. Sebaik sahaja 2 tiga langkah, dia dikejutkan dengan derapan tapak kaki dibelakangnya. Dia menoleh ke belakang dan mendapat satu kejutan yang besar. Perempuan itu berdiri dan menyerlahkan wajahnya. Taku kaku, dia tertawan dengan kecantikan perempuan itu. Kulitnya putih melepak, matanya bundar dan mempunyai bibir yang mongel. Mulut perempuan itu bergerak dan berkata…

“I’ll be here…”

“Why…?” Taku membalas.

“I’ll be ‘waiting’…here…”

“For what?”

“I’ll be waiting…for you…so…If you come here…You’ll find find me.I promise.”


Taku terkedu. Perempuan itu memandang wajahnya dengan air muka yang sayu, seperti mengenali dirinya. Ketika ini hati Taku berdegup kencang. Begitu laju sehingga boleh didengari oleh dirinya sendiri. Mukanya menjadi kemerahan, malu melihat perempuan cantik yang berada dihadapannya itu. Perempuan itu tersenyum manis lalu meninggalkan Taku dan duduk semula di atas monumen itu. Dia kembali melihat bulan purnama semula.Taku mahu bercakap dengan perempuan itu, dia mahu mengenali.. bukan, dia pernah berjumpa dengan perempuan itu tapi bila dan dimana, dia tidak tahu. Tatkala Taku melangkah ke arah perempuan itu untuk bertanyakan hal mengenai diri perempuan tersebut, penglihatannya mula kabur, dia cuba berjalan ke hadapan namun kakinya tidak bergerak.Nafasnya mula tercungap-cungap, seperti dia baru habis berlari marathon sejauh 20 kilometer tanpa berhenti. Taku cuba berjalan ke hadapan namun tidak bergerak. Pernafasan Taku semakin laju, meminta oksigen untuk masuk menggantikan carbon oksida yang terkumpul di alveoli-alveoli paru-parunya. Dia melihat kakinya dan ketika ini wajahnya dikerutkan. Kaki yang dianugerahkan kepadanya disedut ke dalam lubang hitam, Taku jatuh dagunya menghentak bumi, sakitnya terasa walaupun dia sekarang sedang bermimpi. Bagaikan disedut oleh vakum berkuasa tinggi, tubuhnya juga diserap. Dengan tenaga yang terakhir, dia cuba mengenggam rumput halus disekeliling. Cuba untuk menahan daripada disedut terus, segala kekuatan ditumpukan pada otot tangan agar dapat bertahan malah mengharap dapat keluar dari lubang hitam itu, peluh sudah membasahi dahi dan badannya. Tidak sampai 5 minit, tenaganya kehabisan seperti disedut oleh lubang itu, tangannya terlepas, dia menjerit sekuat hatinya, jatuh masuk ke dalam lubang itu, malah tubuhnya beransur-ansur ditenggelami kegelapan. Lubang hitam itu hilang daripada permukaan tanah setelah Taku benar-benar tidak kelihatan lagi

Perempuan itu memandang tempat yang terakhir yang dipijak okeh Taku. Dia melompat turun dari monumen tadi lalu duduk di atas permukaan bumi yang dipenuhi oleh bunga yang berwarna 'pink'. Dia merebahkan diri keatas permukaan bumi lalu mengusap-usap permukaan tersebut. Airmata tiba-tiba jatuh dari kelopak matanya, dia menangis teresak-esak sambil meramas rumput yang berada di dalam genggaman tangannya. Dia merindui lelaki yang sering kali muncul itu. Dia mengenali lelaki itu lebih daripada lelaki itu mengenali dirinya pada waktu ini. Dia ingin menyentuh dan mengusapkan rambut lelaki itu namun dia tidak boleh merapati Taku seperti ada lapisan dinding halimunan yamg menghalang Taku. Malah suaranya juga tidak sampai kepada Taku. Dan sebentar tadi, buat pertama kali, dia berjaya hanya sekadar dapat memberi ucapan yang dapat memberangsangkan ingatan lelaki itu semula. Apabila diri perempuan itu sudah stabil, dia mengesat airmatanya. Dia duduk dan memetik salah satu bunga tersebut. Mulutnya tergerak-gerak mengucapkan sesuatu

"Saya akan menunggu awak, Taku. Hanya kematian sahaja yang dapat memisahkan kita. Jadi saya akan menanti awak di sini. Hanya di sini..."


Gelap. Itu sahaja yang mampu digambarkan keadaan di sekitar Taku. Mimpi kali ini agak berlainan daripada yang sebelum. Selalunya, Taku akan tersedar selepas dia melawati perempuan tadi dan mengamati permandangan yang indah. Tapi kali ini, dia jatuh kedalam lubang hitam, selepas tenggelam di dalam kegelapan untuk berapa minit, dia terapung dan dan mendarat di atas kedua kakinya. Taku berjalan ke hadapan, dia hanya dikelilingi oleh kegelapan. Tidak ada satu makhluk pun yang ada di situ. Tiada bunyi yang terhasil walaupun bunyi derapan tapak kasut yang dihasilkan oleh Taku sendiri. Ketakutan mula menyelubungi dirinya walaupun dia terlatih untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan keadaan namun ini lain daripada yang dia pernah hadapi. Dirinya semakin letih setelah berjalan untuk masa yang agak lama, ketika ini dia ternampak sesuatu yang menyilaukan. Dia menghampiri objek itu dengan berhati-hati, semakin dekat dan dia sedari bahawa objek yang menyilaukan itu adalah sebilah pedang yang mempunyai bentuk yang ganjil. Sebelum sempat dia menyentuh pedang itu. Ada orang menyentuh Taku daripada belakang. Taku menoleh dan sepasang mata yang tajam dan berwarna merah memandang Taku, dan menderam seperti seekor singa.

Bunyi jam loceng mengejutkan Taku, dia cepat-cepat mencapai pistol yang berada dibawah bantalnya. Lalu ditujukan kehadapan. Dia panik, setelah memastikan tidak ada apa-apa dihadapannya, dia kembali berbaring. Taku berdiri dan menyusun nafasnya agar teratur, kemudian dia menarik nafas yang panjang. Selepas bangun tidur, menarik nafas panjang adalah satu cara untuk kita mengembalikan sistem pernafasan paru-paru agar kita dapat menjalankan aktiviti harian tanpa komplikasi pernafasan. Selepas melakukan amalan rutin kebiasaan, Taku akan minum sebotol air mineral untuk membuang segala toksin yang terkumpul dalam badannya. Setelah puas meneguk air mineral tersebut, dia mengeluh.

Jam loceng yang berbunyi tadi segera ditutup oleh Taku. Dia mengerutkan airmukanya lalu menyumpah-nyumpah. Dia berpaling ke jam tangan analog yang terhampar di atas meja kecil bersebelahan katilnya.

"8.43 pagi! Celaka... Aku dah lewat!”Dia berlari sambil mencapai tuala mandi, menuju pantas ke bilik air. Hari ini sekali lagi, dia akan terlewat untuk pergi ke markas. Dia juga tahu, ahli pasukannya akan marah.