Demo Site

Friday, August 20, 2010

Bab 6

Zakiah terduduk diatas sebuah kerusi berhampiran dengan Vajra miliknya itu. Penat! Dia menghabiskan separuh hari membuat pemeriksaan ke atas Vajra. Dia membuka jaket tebal yang dipakai. Baju T-shirt tidak berkolar yang dipakai dalam jaket itu basah dengan peluh lebih-lebih lagi di bahagian dada. Orang lain antaranya lelaki melihat sahaja perbuatan Zakiah itu dari jauh. Mereka menelan air liur melihat susuk tubuh Zakiah yang agak mengiurkan itu. dalam hati mereka, mereka berpendapat, mana-mana lelaki yang menyertai kumpulan Zakiah amat bertuah kerana dapat menikmati pandangan sebegini setiap hari. Namun mereka lebih cemburu Takuya kerana dikelilingi perempuan yang cantik iaitu Zakiah dan Jeneral Amylia Scarlett. Alangkah bahagianya kalau mereka menjadi seperti Takuya.

             Mejar Hoffman yang berlalu di situ, melihat perlakuan askar-askar yang sedang khusyuk itu. Dia menjadi pelik dengan perlakuan mereka lalu melihat apa yang sedang mereka perhatikan itu. Rupa-rupanya, Zakiah yang membuatkan mereka sebegitu. Pada mula, Hoffman juga terpengaruh namun khayalannya dipancung apabila Jeneral Amylia berada berhampiran dengan pintu masuk ke maintainance bay itu.

            “ Hoi kamu semua! Apa yang kamu lekakan tu!” Semua askar dan mekanik yang berada disitu terperanjat. “ Tak ada kerja lain ke kamu semua nak buat!” Mereka semua mengeluh namun apabila melihat kelibat Amylia di belakang Hoffman, mereka terus menyambung kerja. Kalau mereka masih terleka, sudah pasti akan dihukum oleh Amylia.

            “ Selamat pagi, Tuan!” Hoffman menabik hormat kepada Amylia. Amylia menyambut tabik Hoffman dan menyuruh Hoffman agar menemaninya berjalan. Hoffman berjalan berebelahan dengan Amylia menerangkan perkara-perkara yang sedang dilakukan di dalam maintainance bay ini. Hoffman berasa sedikit curiga dengan kemunculan Amylia di gudang maintainance. Jarang sekali Amylia berada di sini melainkan dia ada urusan penting ataupun berjumpa dengan Sarjan Takuya.

            “ Maafkan saya Tuan. Tapi apa yang Tuan buat disini sebenarnya?”

            “ Saya nak berjumpa dengan ahli kumpulan unit khas penggempur M.P.A. Saya rasa tak ada masalah untuk saya berjumpa dengan mereka, bukan?” jawapan Amylia menjawab persoalan Hoffman. Hoffman melihat jam tangan. Sudah pukul 12.00 p.m. Jadi dia tidak ingin membuang lebih masa untuk berada disitu. Dia suah berjanji dengan isterinya untuk makan bersama-sama anak-anak di rumah. Isterinya baru lima bulan melahirkan dua orang anak kembar. Termasuk dengan anak kembar ini, dia sudah mempunyai 5 orang cahaya mata.

            “ Jadi kalau puan nak mencari mereka, mereka semua berada di bengkel no. 15. Saya minta diri dulu, puan.”  Amylia sekadar menggangguk dan melihat Hoffman pergi. Amylia baru teringat sesuatu perkara.

            “ Oh ya! Hoffman!” Amylia memanggil semula Hoffman. Dia memusing ke belakang dan ingin mengorak semula langkah kearah Amylia apabila..

            “ Kirim salam pada isteri awak, ya. Nanti saya akan datang ke rumah awak. Kedua-dua kembar perempuan bukan?”

             Muka Hoffman menjadi merah. Dia gembira mendengar Amylia mengingati akan isterinya yang baru bersalin itu. Hoffman membalas dengan sekuntum senyuman dan berlalu pergi.

             Keichi dan Simon hanya memerhatikan Zakiah yang kembali sambung menolong mekanik yang sedang memperbaiki Genosaber milik Takuya. Kedua-dua nampak begitu puas melihat satu pemandangan yang begitu indah sekali di hadapan mereka. Bentuk badan Zakiah kelihatan jelas walaupun dia memakai sehelai baju t-shirt tanpa kolar yang berceloreng. Mereka juga ternampak tali baju dalam milik Zakiah. Keichi sudah mula memicit hidungnya yang kesakitan. Simon pula sekadar duduk di atas kerusi dan mula berangan yang bukan-bukan.

            “ Seronok tengok pemandangan yang berada di hadapan kamu?” satu suara menegur mereka daripada belakang. Keichi dan Simon masih tidak menoleh ke belakang hanya mengangguk. “ Kalau nak dibandingkan dengan Amylia Scarlett. Siapa lebih seksi?”

Dengan serentak mereka memandang ke belakang dan bercakap dengan serentak.

            “ Of course Jeneral Amylia Scar......!?”