Demo Site

Monday, August 31, 2009

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Semoga menjadi teladan buat semua.

Friday, August 28, 2009

KONVO TiME

one big family!
Konvo abg aq ari 2, aq ikut skali. Saje jer nak ikut, bosan duduk kat mfi 2 sorg2 bukannyer leh wat ape2 ari ahad 2. Orang takder transport la katekan, takper nanti aq blaja gak bawak kete! Aq tunggu la parent aq amik aq pukul 9.00 pagi. Pastu pegi antar akak ke damansara, nak check die nyer rumah sewa. Dia dapat keje kat KPJ Damansara, pasni boleh la pow die beli baju raye aq. Hahahaha (adik yg jahat), pastu singgah midvalley jap, nak beli kot abg aq, 2 jam nak mencari kot die, kot nak beli kat G2000 tapi takde yang lawa, tetibe nampak la kedai jual baju lelaki, die dapat kot giler cantik, harga lagi cantik, RM500! WOW! Takpe, nanti aq carik kot yang lawa mase nak graduate nanti.( harap2 tak repeat la). So pendek cite, adik- beradik aq nak menunggu die abis graduate abis pukul 7. Glier lame. Tapi sempat bergambar la..hahahahha

Wednesday, August 26, 2009

Salah ker Jiwang?



Ini satu benda yang sering bermain kat kepala hotak aq yang besar nih.. Ari 2 aq kasik pinjam mp3 aq kat budak, membernyer pasal, aq x kisah la sangat. So, die pinjam la sehari due mcm 2.. Nak dipendekkan citer la... die pulangkan balik kat aq, siap bertanye lak 2..

" Weh Naim. Boleh tahan ko eh?" member aq.
" Eh? Nape? mp3 aq nih mane ade blue. Aq kan budak baik ( bykla baik ko)"
" Bukan blue b**gok. Lagu ko. Muke otai, dengar lagu jiwang. Hancus la ko nih"Aq terkilan gak waktu 2. Yela, aq sedar la muke aq ni sebenarnyer agk otai kdg2.. tapi aq xlah seotai muke aq. Tapi aq rase tak slh pon dgr lagu jiwang mcm ' khatimah cinta'- sixth sense dan lain-lain lagi. Psl nih sebenarnye muzik, sekadar penghibur hati ketike wat keje selain berzikir ( gile la mamat). Bagi aq muzik jiwang boleh jer golongan2 lelaki dengar. X salah dengar kan tapi kenape masih ade org ckp lelaki tak sesuai mendengar lagu jiwang? Hilang macho la, jiwe lembut la, lelaki sotong la ( yang penting aq bukan lelaki sotong la). Jadi, aq nak tanye org ramai yg membace post nih..

SALAH KER LELAKI DENGAR LAGU JIWANG?

So sile bagi pendapat anda dan tuliskan pade comment post ini.. Terima kasih..

Wednesday, August 19, 2009

INTERLUDE

kenape interlude? (a.k.a gangguan)

sementare menunggu bab seterus untuk cerite romancing saga, saye akn tulis beberape post biase sekadar utk mengupdate blog saye, supaye x der org jadik bosan dan meniggalkan blog ini (TIDAK!!!)


Bukan ape.. psl nak tulis citer nih sebenarnye agk susah kdg2 amik mase, nak memikirkan jln citer yg dpt memikat org ramai..kdg2 kene headache pikir ape nak tulis...huhuhu.. sampai kene pi mkn panadol active fast



Oleh itu, saye akan post bende-bende biase agr follower2 tidak akan menjadi kebosanan. bile dah xder idea nanti boleh saye tanye kpd follower & member menjadik kan citer ini semakin menarik..

Apa2 pun biar saye memberitahu sipnosis kpd citer romancing saga-kebangkitan sang puteri

"KAU DAN AKU DITAKDIRKAN BERSAMA NAMUN PELBAGAI DUGAAN MENANTI KITA"

Sarjan Himura Takuya mengalami mimpi mengenai seorang perempuan yang mengenali dirinya untuk sekian lama, membuatkan Taku mencari memori silamnya dan identiti perempuan itu. Membongkar segala persengketaan dan pengkhianatan yang berlaku di Kerajaan Auru. Kunci kepada segala jawapan adalah perempuan itu. Mampukah hero ini menjumpai perempuan itu dan adakah memori silamnya akan kembali? Sebuah cerita sains fiksyen dan fantasi, cinta, tragik dan aksi. Romancing Saga-Kebangkitan Sang Puteri membawa diri anda menyelami cinta agung seorang lelaki dan wanita

Disamping ini, saye ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia! Puasa jgn x puasa ( yg perempuan xper, ade xcuse )



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, August 13, 2009

Bab 2

Langit yang berwarna merah tembaga kepanasan menghiasi penerbangan skuad Alpha, unit khas M.P.A. Kapal perang kelas AirFalcon merentasi awan dengan angkuhnya.



 Didalamnya, kesemua ahli tentera pertempuran sedang mendengar taklimat atau briefing sebelum berperang. Kesemuanya mendengar dengan tekun. Mereka tidak mahu melakukan sebarang kesalahan semasa bertempur. Jika tidak, ini akan menyebabkan mereka kehilangan nyawa. Ahli skuad Alpha tidak senang mendengar taktik dan rancangan yang dikemukakan oleh komander pertempuran. Mereka diberikan tugas yang cukup merbahaya. Selepas taklimat, kesemua skuad Alpha masih duduk menantikan Komander Laker. Taku dan ahli pasukannya berjumpa dengan komander Laker. Laker menantikan mereka dengan airmuka yang bersalah.
            “ Komander Laker, saya tidak setuju dengan rancangan ini. Kenapa skuad kami yang kena melakukan kerja gila ini.” Taku menyatakan ketidakpuasan dengan tenang.
            “ Maaf Sarjan Himura. Pada mulanya, saya juga tidak bersetuju malah makcik kamu.... maaf Jeneral Amylia juga membantah tapi ini adalah arahan daripada Menteri Pertahanan sendiri. Malah nama kamu semua turut disertakan sekali semasa pembentangan. Terus terang kami berdua cukup terkejut.”
Taku kehilangan kata-kata. Zakiah tiba-tiba membentak.
            “ Ini semua bodoh! Kenapa Menteri Pertahanan nak jugak pasukan kami untuk menyerang kem utama mereka. Kami cuma ada 4 orang saja! Nak melawan hampir 80 unit M.P.A kerajaan Republik Johen.”  Simon menenangkan Zakiah, dia tahu Zakiah tidak suka taktik ini 100 peratus. Laker menggelengkan kepala. Dia mengerti kemarahan Zakiah. 4 unit M.P.A lawan 80 unit M.P.A, meriam pertahanan musuh dan mungkin yang paling teruk berlawan dengan kapal perang udara, atau kapal perang darat. Cukup gila!
            “ Saya tak faham kenapa Menteri Pertahanan cukup benci dengan skuad saya? Saya tak ada kacau bini atau anak perempuan dia. Tak tahulah kalau Simon atau Keichi yang kacau.” Taku cuba menenangkan keadaan dengan lawaknya. Orang disekiling Taku ketawa, Zakiah yang mulanya marah, tergelak kecil.
            “ Orang macam dia mana layan bini tua, apatah lagi anak perempuan.. Mistress jer banyak” komander Laker mengutuk Menteri Pertahanan. Semua orang dalam kem Teluk Auru mengetahui perangai buruk Menteri Pertahanan. Walaupun laporan telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri namun tiada sebarang tindakan diambil. Seolah-olah tiada laporan dibuat.
            “ Dengar ni, kamu jangan bimbang saya sudah membuat satu lagi rancangan lain, pasukan delta unit khas akan membantu kamu juga malah skuad saya juga. Jadi tolong simpan rahsia ni. Kalau saya pun tak berani nak menyerang kem utama dengan 4 unit M.P.A saja. Orang yang dah nak mati je nak serang macam tu.” Kesemua ahli skuad Alpha dan Laker tergelak.