Demo Site

Thursday, August 13, 2009

Bab 2

Langit yang berwarna merah tembaga kepanasan menghiasi penerbangan skuad Alpha, unit khas M.P.A. Kapal perang kelas AirFalcon merentasi awan dengan angkuhnya.



 Didalamnya, kesemua ahli tentera pertempuran sedang mendengar taklimat atau briefing sebelum berperang. Kesemuanya mendengar dengan tekun. Mereka tidak mahu melakukan sebarang kesalahan semasa bertempur. Jika tidak, ini akan menyebabkan mereka kehilangan nyawa. Ahli skuad Alpha tidak senang mendengar taktik dan rancangan yang dikemukakan oleh komander pertempuran. Mereka diberikan tugas yang cukup merbahaya. Selepas taklimat, kesemua skuad Alpha masih duduk menantikan Komander Laker. Taku dan ahli pasukannya berjumpa dengan komander Laker. Laker menantikan mereka dengan airmuka yang bersalah.
            “ Komander Laker, saya tidak setuju dengan rancangan ini. Kenapa skuad kami yang kena melakukan kerja gila ini.” Taku menyatakan ketidakpuasan dengan tenang.
            “ Maaf Sarjan Himura. Pada mulanya, saya juga tidak bersetuju malah makcik kamu.... maaf Jeneral Amylia juga membantah tapi ini adalah arahan daripada Menteri Pertahanan sendiri. Malah nama kamu semua turut disertakan sekali semasa pembentangan. Terus terang kami berdua cukup terkejut.”
Taku kehilangan kata-kata. Zakiah tiba-tiba membentak.
            “ Ini semua bodoh! Kenapa Menteri Pertahanan nak jugak pasukan kami untuk menyerang kem utama mereka. Kami cuma ada 4 orang saja! Nak melawan hampir 80 unit M.P.A kerajaan Republik Johen.”  Simon menenangkan Zakiah, dia tahu Zakiah tidak suka taktik ini 100 peratus. Laker menggelengkan kepala. Dia mengerti kemarahan Zakiah. 4 unit M.P.A lawan 80 unit M.P.A, meriam pertahanan musuh dan mungkin yang paling teruk berlawan dengan kapal perang udara, atau kapal perang darat. Cukup gila!
            “ Saya tak faham kenapa Menteri Pertahanan cukup benci dengan skuad saya? Saya tak ada kacau bini atau anak perempuan dia. Tak tahulah kalau Simon atau Keichi yang kacau.” Taku cuba menenangkan keadaan dengan lawaknya. Orang disekiling Taku ketawa, Zakiah yang mulanya marah, tergelak kecil.
            “ Orang macam dia mana layan bini tua, apatah lagi anak perempuan.. Mistress jer banyak” komander Laker mengutuk Menteri Pertahanan. Semua orang dalam kem Teluk Auru mengetahui perangai buruk Menteri Pertahanan. Walaupun laporan telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri namun tiada sebarang tindakan diambil. Seolah-olah tiada laporan dibuat.
            “ Dengar ni, kamu jangan bimbang saya sudah membuat satu lagi rancangan lain, pasukan delta unit khas akan membantu kamu juga malah skuad saya juga. Jadi tolong simpan rahsia ni. Kalau saya pun tak berani nak menyerang kem utama dengan 4 unit M.P.A saja. Orang yang dah nak mati je nak serang macam tu.” Kesemua ahli skuad Alpha dan Laker tergelak.

M.P.A dock
Kesemua  ahli skuad Alpha melakukan pemeriksaan terakhir ke atas unit M.P.A mereka. Mereka memastikan senjata dan M.P.A mereka berjalan dengan lancar. Zakiah memeriksa Vajra, M.P.A miliknya, unit ini merupakan kegemaran ramai penembak tepat. Dalam kokpit Vajra terdapat sebuah alat seperti teleskop untuk membantu juruterbang Vajra untuk menenang musuh dan menembak terus, alat itu juga mampu untuk zoom sebanyak 10 kali ganda untuk menembak musuh yang berada dalam radius 5 kilometer. Terdapat dua senapang yang digunakan Vajra iaitu senapang sinaran partikel jarak jauh dan Magnum yang menggunakan butiran peluru. Senapang sinaran partikel itu mampu untuk menembak jarak sejauh 2.5 kilometer dan Magnum mampu menembak jarak sejauh 5 kilometer namun saiz Magnum adalah lebih besar daripada senapang sinaran partikel jarak jauh. Vajra juga dilengkapi 2 pistol sinaran partikel dan sebilah pisau rambo getaran jika mereka diserang dari jarak dekat apabila dikesan musuh. Zakiah cuba memastikan sistemnya berjalan dengan lancar kerana pada misi yang lepas, dia pernah mengalami kemalangan yang mencemaskan dan hampir mati akibat sistem ‘saraf’ Vajra mengalami kerosakan, yang membuatkan lengan kiri Vajra tidak berfungsi. Nasib baik Simon ada ketika itu. Dengan satu lengan yang berfungsi, dia terpaksa berlawan secara jarak dekat menggunakan satu pistol sinaran partikel. Kalau dia tidak kuat semangat, agaknya sudah terkencing di dalam kokpit pada waktu itu.
Zakiah menarik nafas lega selepas memastikan semua sistem dan senjata Vajra berjalan dengan lancar. Dia melihat jam tangan miliknya. Sudah pukul 6.00 petang, lagi 20 minit sebelum mereka sampai ke destinasi. Dadanya berdebar, pertempuran yang boleh meragut nyawa sesiapa sahaja walaupun seorang penembak tepat jarak jauh jika leka atau melakukan sedikit kesalahan. Zakiah melihat Taku yang sudah siap memakai suit ketika bertempur. Sekali lagi dada Zakiah berdebar, pipinya sedikit merah, melihat Taku yang segak didalam suit. Bagi Zakiah Taku memang tampan, badannya berotot menyerlahkan kemachoan seorang lelaki dan Taku juga agak ‘cool’ seperti makciknya. Mungkin keturunan mereka memang cool agaknya. Memang patut, setiap perempuan yang berada dalam tentera termasuk dalam bahagian pentadbiran menyukai Taku. Kalau Taku tidak menjadi seorang tentera, mungkin dia boleh menjadi seorang artis. Zakiah ketawa seorang diri. Dia menarik zip di suitnya dan mengambil topi keledar.
Suit untuk juruterbang M.P.A boleh digunakan di udara, darat laut malah angkasa lepas. Suit itu diperbuat oleh getah yang istimewa, lebih ringan daripada suit angkasawan malah lebih senang unutk membuat pergerakan seperti memakai pakaian harian, juga dilengkapi dengan tangki oksigen yang mampu bertahan selama 3 jam di angkasa lepas, bentuk tangki itu seperti sebuah beg sandang yang sederhana saiznya. Topi keledar itu juga diperbuat daripada bahan plastik yang istimewa. Selepas topi keledar dipakai, udara akan disalurkan oleh tangki oksigen. Baju itu akan menjadi kejap, cuma udara dari tangki akan mengalir ke keseluruh tubuh badan.
Zakiah masih melihat Taku yang masih sibuk melakukan pemeriksaan. Masa tinggal 15 minit, dan Taku masih berada diluar. Zakiah menjadi bimbang. Ingin sahaja keluar daripada kokpit dan membantu Taku namun egonya tidak membenarkan.
Tiba-tiba radio perhubungan berbunyi, visual skrin memaparkan gambar Keichi yang tersengih.
            “ Bimbang pasal Sarjan Takuya ke? Macam kena ulat bulu je saya tengok.” Muka Zakiah merah pendam. Dia menjadi tidak tentu arah.
            “ Ma..na ada. Lagipun mana awak nampak saya, Keichi?”
            “ Kokpit awak masih terbuka, Sarjan Muda Zakiah. Nampak sangat. Simon pun nampak.” Simon pun turut muncul di skrin, dia membuat tanda hati menggunakan tangan. Muka Zakiah bertambah lebih merah. Tiba-tiba muncul pula gambar Taku.
            “ Zakiah, kenapa dengan kau? Tak sihat ke? Dari tadi aku nampak kau tak senang duduk kat kokpit kau. Kau demam ke?” Zakiah bertambah malu. Matanya merah. Taku nampak segala pergerakan yang dia buat di dalam kokpit.
            “ Aku tak apa-apa!!!!!” jeritan Zakiah agak kuat malah didengari oleh orang yang berada berhampiran M.P.Anya. Mereka melihat Zakiah dengan muka yang pelik. Oleh disebabkan terlalu malu, Zakiah segera menutup saluran komunikasi dan pintu kokpitnya juga. Simon dan Keichi tergelak-gelak di dalam kokpit. Mereka pun segera menutup pintu kokpit mereka. Taku dibiarkan tercengang.
            “ Apa salah aku?” Taku menyoal dirinya dan menutup pintu kokpit miliknya.
Zakiah menutup skrin mukanya menggunakan tangan. Dia berasa amat malu sekali. Rupanya Taku nampak kesemuanya. Nasib baik dia tidak dengar atau melihat apa yang Keichi dan Simon lakukan. Kalau tak..arghhh...


Kapal perang kelas AirFalcon sudah berada di kawasan udara kerajaan Johen. Kini mereka menuju ke pusat pentadbiran dan kem pertahanan utama kerajaan Johen. Setakat ini kerajaan Auru sudah menjajah hampir 85 peratus kawasan kerajaan Johen. Kini, cuma tinggal pusat pentadbiran dan kem pertahanan utama kerajaan itu sahaja.
Komander Laker melihat keadaan sekitar melalui hangar kapal perang itu apabila mereka menghampiri pusat pentadbiran kerajaan Johen. Laker cuma menggelengkan kepala terlalu banyak kemusnahan yang berlaku. Dia memikirkan nasib rakyat kerajaan Johen. Mereka pasti hidup dalam keadaan sengsara. Kerajaan Auru pasti dikecam hebat oleh negara lain kerana tindakan mereka yang menyerang negara yang miskin ini. Dia sebenarnya tidak ingin menyertai mana-mana peperangan untuk menjajah negara lain. Dia masih ingat lagi Motto Negara kerajaan Auru 50 tahun dahulu iaitu kerajaan Auru tidak akan menyerang mana-mana negara kecuali mereka diserang. Namun itu adalah perkara 50 tahun dahulu semasa Raja Tokugawa Reina masih hidup. Waktu itu, dia berusia 10 tahun, sekarang dia sudah berusia 60 tahun, lagi 3 bulan dia akan pencen. Laker memang tidak sabar untuk pencen, dia tidak sukakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Dia muak dengan agenda Timbalan Perdana Menteri, muak dengan Menteri Pertahanan yang gilakan kuasa. Kini sudah 3 negara dijajah oleh kerajaan Auru, atas alasan negara-negara itu melanggar arahan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mereka telah menyimpan senjata biokimia yang mampu menggugat negara sejagat. Laker mengeluh.
“ Komander! Kita akan tiba di kem pertahanan utama dalam masa 5 minit” seorang askar pentadbiran yang bertugas sebagai komunikator memberitahu Laker. Laker menarik nafas panjang, dia berjalan ke posisinya sebagai kapten kapal.
            “ Aisyah, command all crew to be prepare. We will move to phase 1 in 3 minutes. Activate code red!” Mendengar keseluruhan Komander Laker, komunikator perempuan itu menekan pembesar suara. Memberi arahan kepada seluruh krew kapal itu.
            “ Attention all crew. We will move to phase 1 in 3 minutes. Code red is given. All crew please be ready in your post. Alpha squad, you are given the permission to ready to launch!”
            “ Communicator, this is Alpha leader! We have your permission! Roger and out.” Taku membalas dengan tenang.
Pintu landasan pelepasan dibuka. Unit Genosaber milik Taku sudah berada di landasan. Dia menunggu arahan seterusnya. Sudah tiba masanya untuk bertempur. Taku menekan butang saluran komunikasi dan visual Zakiah muncul di skrin. Muka Zakiah tidak kelihatan kerana dia mengaktifkan black layer pada skrin topi keledar.
            “ Zakiah, kau ok tak?” soal Taku ramah. Dia tidak mahu apa-apa yang berlaku kepada sahabat baiknya itu.
            “ Aku ok... tadi aku berdebar sangat. Kau jangan bimbang” Taku tersenyum mendengar kata-kata Zakiah. Dia segera menutup saluran Zakiah dan memasang saluran milik Keichi, wajah Keichi yang berpeluh kelihatan. Taku tersenyum. Keichi tersengih. Dia masih berasa takut walaupun sudah menyertai tentera selama 7 bulan.
            “ Keichi rileks. Tarik nafas dan lepas.” Keichi mengikut kata-kata Taku. Selepas melakukan sebanyak 3 kali. Dia mula rileks.
            “ Thanks Sarjan. I owe you.” Sambil menunjukkan ibu jari. Taku hanya tersengih.
            “ Jaga belakang aku, ok?” Keichi mengangguk. Taku menutup saluran komunikasi Keichi. Skrin milik Taku muncul satu visual namun tertulis ‘voice only’.
            “ Alpha leader you are permit to launch”
            “ Taku membalas komunikator itu dan membuka saluran ketiga-tiga ahli pasukannya.
            “ Skuad Alpha. Let’s rock!”
            “ Biarkan pedang yang berkata-kata. Genosaber berlepas” jerit Taku dan menekan butang pelepasan keselamatan. Genosaber mula berfungsi
Genosaber berlepas, meninggalkan landasan dan berada di udara. Taku memicit butang penujah besar. Genosaber yang setinggi bangunan 3 tingkat itu terbang dan menuju ke darat. Didalam kokpit kecil yang berada di tengah-tengah badan Genosaber itu, Taku mengawal Genosaber dengan cekap, cuba untuk mengelak serangan sinaran partikel dan peluru berpandu.
Taku dapat melihat bantuan visual daripada skrin besar yang menunjukkan visual sebenar daripada mata Genosaber yang mempunyai 2 kamera utama. Terdapat 6 buah kamera yang lain yang, satu berada di bahu kiri dan kanan. 2 kamera di badan Genosaber. 2 lagi berada di lutut. Jika kamera utama di kepala musnah atau kepala Genosaber ditembak atau dipancung masih ada kamera lain membantu juruterbang untuk melihat. Jika semua kamera rosak, juruterbang terpaksa keluar menggunakan pod keselamatan yang sebenarnya adalah kokpit. Kokpit akan dilepaskan daripada belakang dan akan terbang kemana-mana dan jatuh, unit penyelamat akan menyelamatkan juruterbang selepas tamat pertempuran, jadi juruterbang harus pandai menjadi diri ketika itu.
Taku mengelak kesemua serangan sinaran partikel. Dia harus pantas menuju ke daratan. Unit Genosaber ini tidak sesuai berlawan di udara. 30 saat lagi sebelum sampai ke tanah. Sebuah misil menuju kearahnya, dia tidak sempat mengelak. Satu sinaran partikel muncul daripada belakang Taku mengenai misil itu. Pasti Zakiah ataupun Keichi yang menembak misil itu. Dengan menggunakan penujah kaki, Genosaber Taku berjaya mendarat di tanah, kemudiannya disertai oleh Vajra milik Zakiah, Gigas milik Keichi dan Hunter milik Simon.



            “ Ok. Zakiah pergi cari tempat untuk menembak, pastikan awak sudah siap dalam masa 5 minit. Simon, gunakan Hornet untuk kosongkan kawasan kemudian ikut kami daripada belakang. Keichi! Follow belakang saya” Taku memberi arahan. Mereka semua bertindak. Hunter milik Simon mempunyai satu pek peluru berpandu kecil di belakangnya, setiap peluru mampu menghasilkan letupan kira-kira 5 meter radius yang dikenali Hornet. Simon mengesan musuh dan memicit butang. Hampir 50 peluru hornet dilepaskan. Letupan berlaku di semua kawasan yang mempunyai M.P.A musuh.
Taku memicit butang penujah besar. Genosaber meluncur ke hadapan. Keichi dan Simon mengikuti daripada belakang. Genosaber menarik sebuah pedang getaran. Apabila mengesan sebuah M.P.A musuh, Taku memicit butang penujah sebanyak dua kali, dan Genosaber meluncur lebih pantas. Musuh yang masih tidak bersedia akibat tujahan-tujahan Hornet tadi tidak sempat mengelak, Genosaber membelah musuh menggunakan pedang getaran dari sebelah kiri mengenai kokpit musuh. Terbelah dua. Genosaber meluncur pergi meninggalkan unit M.P.A tadi. BOOM! Satu letupan besar terhasil daripada M.P.A yang dibelah dua tadi. Tidak berbelah kasihan kepada musuh. Gigas Keichi menggunakan senapang sinaran partikel menembak musuh yang berada jarak lebih 300 meter daripada Genosaber Taku. Setiap tembakan sentiasa mengenai kepala atau kokpit.
Alat kawalan Gigas, Genosaber, Vajra, Hunter dan unit M.P.A lain menggunakan sistem jet pejuang biasa namun mempunyai dua handle yang membawa senjata yang berbeza. Terdapat juga pedal di bawah kaki untuk penujah di kaki dan juga jika ditekan pada satu butang pada panel di hadapan seperti papan kekunci. Mereka mampu membuat pergerakan kaki seperti berjalan, berlari, menyepak dan menendang.
Hunter Simon mempunyai pergerakan yang lambat disebabkan oleh zirah yang tebal dan senjata yang dibawanya besar. Oleh sebab itu, unit M.P.A Hunter dilengkapi oleh Particle Shield Armor (P.S.A), P.S.A menghasilkan dinding lutsinar yang meneutralkan sinaran partikel. Disebabkan ini unit M.P.A Hunter dibekalkan dengan ruangan simpanan tenaga yang lebih besar daripada M.P.A yang lain, namun jika diserang tempat ruangan simpanan tenaga., satu letupan besar dalam radius 30 meter akan terjadi. Risiko ini amat besar dan tidak ramai yang menggunakan unit M.P.A ini kecuali mereka benar-benar yakin.
Hunter Simon diserang menggunakan senapang sinaran namun P.S.A berjaya meneutralkan serangan itu. Hunter menarik meriam sinaran partikel di kirinya dan menembak. Sinaran sebesar 10 meter radius mengenai 5 M.P.A musuh. Salah M.P.A itu hanya tinggal separuh kiri badan akibat tembakan itu. Kesan haba yang panas kelihatan. M.P.A itu rebah dan meletup. Simon meluncur kehadapan perlahan namun masih dapat mengekori Gigas dan Genosaber.
Genosaber meluncur pantas, memotong setiap M.P.A yang berada diselilingnya. Sebuah M.P.A berjaya mengelak serangan Genosaber dan menuju ke arah Gigas. Keichi menekan penujah kaki dan meluncur kebelakang mengelak serangan pedang partikel tersebut yang hanya membelah tanah. Signal di kokpit menunjukkan ada sesuatu disebelah kiri belakang, Keichi tersenyum. Dia bergerak ke kanan. Kepala M.P.A musuh yang menyerangnya hancur akibat tembakan sinaran partikel berwarna ungu. Serangan itu pasti daripada Vajra milik Zakiah.
Zakiah menenang kedada musuh yang menyerang Gigas milik Keichi. Dia menarik nafas dan menahan apabila menekan picu di alat penenang yang kelihatan seperti teleskop. Vajra menekan picu dan satu cahaya sinaran partikel ungu ditembak daripada senapang partikel jarak jauh itu. Tepat mengenai dada M.P.A itu dan meletup. Keichi sempat mengucapkan terima kasih. Zakiah mengatakan hutang tadi belum berbalas. Keichi terdiam senyap dihujung talian. Vajra menukar arah ke senapang Magnum di sebelah kanan senapang sinaran partikel jarak jauh. Selepas menenang, picu ditarik. Satu bunyi desiran angin dan debu berterbangan menemani tembakan tadi. Peluru Magnum itu meluru ke kokpit M.P.A yang berada di kem pertahanan utama. Menghasilkan satu lubang peluru besar, darah pekat mengalir daripada kokpit itu. Mungkin disebabkan oleh tujahan peluru yang laju itu tepat mengenai juruterbang M.P.A itu dan kemungkinan besar juruterbang itu hancur kerana  saiz peluru yang sama besar dengan manusia. M.P.A itu tidak meletup dan tidak rebah ke tanah. Masih lagi berdiri dan berlubang di kokpit. Genosaber Taku menghampiri M.P.A itu, daripada atas kepala. Ia menjunamkan pedang getaran ditangannya sehingga ke tanah, terbelah dua seperti memotong kek. Genosaber, Gigas, Hunter dan unit bantuan yang dijanjikan oleh Komander Laker tiba di dalam kem pertahanan utama itu. 15 unit berlawan dengan baki 40 unit M.P.A musuh lagi.
            “ Simon lancarkan Hornet selebihnya.” Taku mengisyaratkan kepada Simon. Sebuah pek Hornet dibelakang Hunter terbuka. Lagi 50 unit Hornet dilepaskan, meletup apabila terkena bangunan-bangunan yang berada di kem pertahanan utama itu. Selepas melepaskan pek Hornet yang terakhir, pek itu tertanggal daripada Hunter.
            “ Now this baby lost a few fats. Hey Taku! I wanna use the mega particle wave. Back me up for 5 minutes, kay?” Simon menekan beberapa input keatas papan kekunci dihadapannya. Hunter meletakkan meriam sinaran partikel dihadapan badannya. Dua kaki yang berfungsi menstabilkan meriam muncul daripada meriam tersebit. Muncung meriam itu terbuka dan menjadi besar, 4 wayar daripada belakang Hunter bersambung dengan meriam itu. Wayar itu mengalirkan tenaga yang tersimpan di ruangan simpanan tenaga. Satu cahaya besar sinaran partikel menjadi sphera terkumpul di muncung itu. Di kaki Hunter muncul beberapa jarum lalu ditembak mencengkam tanah. Memberi keseimbangan ketika menembak.
            “ All unit. Backup this Hunter for 5 minutes. When I said fall back. Go behind the Hunter. Are you clear?”
            “ Yes sir.” Semua orang membalas arahan Taku ringkas. Manakala Vajra milik Zakiah yang berada di luar kem sudah menyempurnakan tugasnya, meluncur pantas menuju ke kem,dengan menggunakan 2 pistol sinaran partikel. Dia menembak musuh yang saki baki. Dia hanya menembak tangan, kaki, dan kepala M.P.A musuh, tiada niat untuk membunuh. Sekadar memberi mereka peluang untuk menyerah diri. 3 minit lagi sebelum Hunter melepaskan tembakan.
Kapal perang kelas AirFalcon menghampiri kem pertahanan tersebut. 4 tiub pelancar roket terbuka. Cuma menunggu arahan Laker untuk dilancarkan. Laker menunggu Hunter milik Simon untuk menembak, selepas itu dia akan mengarahkan kesemua unit untuk meninggalkan kem itu. Dia akan melancarkan roket itu dan mengakhiri pertempuran ini. Matahari hampir terbenam, dia berharap pertempuran ini akan tamat dengan segera. Selalunya setelah kem pertahanan utama musnah, pusat pentadbiran akan menyerah kalah, kerana kehilangan pertahanan terakhir mereka.
1 minit lagi sebelum meriam milik Hunter sudah siap cas dan melepaskan tembakan itu. Genosaber Taku masih lagi bertempur pertahankan Hunter Simon. Ketika mencucuk pedang getaran, M.P.A musuh mencengkam tangan kiri yang memegang pedang getaran itu. Pantas Genosaber menarik sebuah knucle knife menggunakan tangan kanan yang tersimpan di kaki kanan lalu memotong tangan M.P.A itu. Genosaber tidak sempat mengambil pedamg getaran. Dia mengundur ke belakang, melihat M.P.A musuh meletup bersama pedang getaran Genosaber itu.
            “ Sarjan. Fully charged!” suara radio tanpa visual berbunyi.

Jari Taku pantas menekan radio komunikasi menggunakan frekuensi standard.
            “ All unit fall back!” Genosaber dan unit M.P.A kerajaan Auru berundur kebelakang Hunter. Simon menekan satu butang di topi keledarnya dan skrin topi keledar itu menjadi cermin gelap. Simon memicit kedua-dua butang di alat kawalan kiri dan kanan serentak. Meriam sinaran Hunter melepaskan satu tembakan sinaran partikel yang amat besar sekali dalam lingkungan 500 meter radius. Simon terhentak ke belakang kerusi akibat impak yang kuat daripada meriam itu. Malah Hunternya juga berundur sedikit kebelakang. Sinaran partikel tadi menghancurkan kesemua bangunan yang ada disitu. Diterangi oleh cahaya putih dan sedikit demi sedikit bangunan itu seperti menjadi pasir yang ditiup angin kencang.
            “ Semua unit berundur dari kem. Saya nak menggunakan roket untuk menamatkan semua ini.” Kesemua unit M.P.A berundur keluar dari kem tadi. Tidak sempat memberi arahan tembak. Aisyah memanggil namanya.
            “ Komander Laker, pusat pentadbiran musuh!” Laker menarik nafas lega.  Dia tahu apa yang selalunya berlaku apabila pusat pentadbiran musuh menghubungi. Mereka ingin menyatakan hasrat menyerah kalah.
            “ Saya akan menjawab panggilan tersebut. Aisyah! Berikan signal kepada semua unit M.P.A untuk berundur dari medan pertempuran! Suruh pasukan skuad Alpha unit khas M.P.A untuk melakukan ‘pembersihan’.”


Taku memerhati matahari terbenam dari dalam kokpit Genosaber miliknya. Hati Taku gelisah memerhatikan panorama sekelilingnya. Bangunan yang hacur akibat bedilan peluru dan tembakan sinaran partikel. Taku sekadar menggeleng, dia memegang pakaian disekitar jantungnya, terasa pedih. Ini akan berlaku setiap kali dia menyerang negara yang berperang dengan kerajaan Auru. Dia tidak mengetahui mengapa setiap kali peperangan tercetus disebabkan oleh negaranya. Hatinya menjerit, tidak ingin berlawan. Namun ini adalah arahan daripada orang atasan. Taku mengeluh, dia memerhatikan unit M.P.A musuh yang sudah tumbang menyembah tanah berhampiran dengan Genosaber miliknya. Dia mengetahui model unit itu. Model Huckbein II.M itu merupakan unit M.P.A yang agak lama. Tidak mempunyai sistem secanggih mana-mana unit milik kerajaan Auru. Unit Huckbein ini... sememangnya tidak mampu menandingi unit milik aku! Taku menghentak penumbuk di atas papan kekunci. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaannya sendiri. Mahu ditentang namun dia sendiri akan menerima akibat yang teruk.

Dia melihat semula skrin dihadapannya. Pada waktu ini, sesuatu berlaku pada diri Taku. Kepalanya sakit. Visual yang muncul di skrin berubah menjadi satu pemandangan yang berlainan. Seperti skrin televisyen yang kehilangan isyarat siaran, dan berubah menjadi hitam. Taku membuka matanya semulanya, benda yang pertama muncul di matanya adalah dirinya sendiri terduduk dan memeluk seorang wanita. Taku menjadi lebih terkejut apabila menyedari badan dirinya seolah-olah menjadi lutsinar dan tidak disedari oleh dirinya yang lagi satu. Taku memerhatikan wanita yang terbaring dalam pelukan dirinya yang lagi satu. Darah membasahi pakaian wanita itu, ditekan oleh tangan lelaki itu dengan menggunakan kain. Lelaki itu menangis.



            “ Awak, tolong bertahan.. jangan sesekali awak pejamkan mata awak. Saya tidak mahu kehilangan diri awak sekali lagi. Sa...ya... saya tak sanggup!” Airmata lelaki itu jatuh mencurah ke bumi membasahi permukaan tanah.
Taku sendiri turut mengalirkan airmata tanpa disedari. Dia tidak mengerti mengapa dirinya turut menjadi sebak. Dia cepat-cepat mengelap airmatanya. Adakah semua ini berkaitan dirinya?
“ Mungkin ini semua ingatan aku yang terdahulu.. Ya, aku pasti..”
            “ Ta...ku... Taku...” Perempuan itu bercakap namun nadanya cukup lemah.
            “ Saya rasa sejuk sangat... saya tak tahu kenapa?” lelaki itu menggelengkan kepalanya. Malah memeluk wanita itu dengan lebih erat.
            “ Jangan cakap macam tu! Saya takkan benarkan awak meninggalkan saya, setelah 6 tahun tidak berjumpa dengan awak! Jadi, tolong bertahan, sa..saya...saya cintakan awak! Kalau awak tiada, hidup saya cuma sia-sia sahaja”
Mendengarkan kata-kata lelaki itu, perempuan itu tersenyum dan mengalirkan airmata. Mereka berdua sekadar berpelukan. Taku yang berada di situ menjadi terharu, dirinya yang lagi satu itu memang berlainan dengan dirinya sekarang.
Taku mengenali perempuan yang dipeluk oleh dirinya yang lagi satu itu, perempuan itu... Perempuan itu adalah perempuan yang sama yang muncul di mimpinya dan yang muncul di depan gudang simpanan senjata. Taku tertanya-tanya, apakah kaitan perempuan itu dengan dirinya? Adakah perepmpuan ini memegang kunci kepada segala memori silamnya? Dia harus mencari jawapan kepada pertanyaan tadi.


Telinga Taku tertangkap satu bunyi yang memanggil namanya. Dia mengenali suara itu, suara Zakiah dan suara itu menjadi semakin kuat seperti memberi arahan.
            “ Taku cepat mengelak” kali ini jeritan Zakiah memeranjatkan dirinya. Imej yang muncul menjadi retak dan berkecai. Dia kembali ke realiti, dan menerima satu kejutan yang besar. Visual di skrin muncul unit Huckbein II. M. Senapang sinaran partikel di tangan kanan unit itu diacukan kepada Genosaber Taku semasa Taku terperangkap dalam khayalannya sebentar tadi. Melepaskan tembakan, Genosaber Taku tidak mampu untuk mengelak, sekadar menanti sinaran itu menembusi kokpit yang menempatkan Taku. Taku hanya dapat memerhatikan sahaja.
“ Adakah aku akan menemui ajal disini” Sinaran yang menyilaukan mata menghampiri Genosaber.

Komander Laker terkejut apabila mendengar satu letupan kecil di kem pertahanan utama kerajaan Johen itu. Dia menghampiri komunikator Aisyah
            “ Apa yang berlaku, Aisyah?” Perempuan itu menutup mulutnya dan airmata mula bertakung di matanya. Laker menjadi gundah. Dia tahu ada sesuatu yang tidak baik yang berlaku.
            “ Alpha Leader... Sarjan Ta...ku... unit M.P.Anya ditembak tuan!” airmata jatuh dari pipi Aisyah. Orang disekeliling hangar AirFalcon menjadi terkejut lebih-lebih lagi Laker yang tidak percaya apa yang didengarnya.
            “ Ini tidak mungkin berlaku... Sarjan Taku”

Amylia berhenti menulis apabila cermin gambar dirinya bersama Takuya retak secara tiba-tiba. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Amylia menutup buku laporan tadi dan mencapai kunci kereta meninggalkan biliknya dengan segera.
            “ Tuhan, lindungi anak saudara aku ini.” Dia cuma dapat berharap.

0 comments: