Demo Site

Thursday, July 22, 2010

Wallpaper Official Saga Romantis

Semasa aku membuat blog ni. Aku ada buat beberapa wallpaper untuk novel aku ni. Dengan bantuan sifoo, ezhan-artwork, aku berjaya membuat beberapa jenis wallpaper. Susah jugak la nak buat wallpaper ni. Ada yang ambil masa setahun untuk aku buat. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah amik wallpaper ni untuk menghias desktop anda, itupun kalau korang rasa wallpaper ni sesuai la untuk korang. Saiz yang aku gunakan untuk wallpaper ni dalam saiz 1440x900.


(  X-pride )

Saturday, July 3, 2010

EVA: Beginning

EVA: Permulaan
Benci.. satu patah perkataan yang meluahkan segala apa yang terpendam dalam hatiku ini. Aku bencikan mereka. Apa yang telah lakukan kepada diriku, tidak akan sekalipun aku akan maafkan. Aku telah diperlakukan sebagai satu tikus makmal. Badan aku telah disuntik dan dimasukkan dengan berbagai jenis ubatan yang merbahaya. Tujuannya satu: mencipta askar yang sempurna!
    Asalnya aku cuma seorang gadis yang berjaya dalam akademik, aku memilki keluarga yang penyayang, adik lelaki yang menjadikan diriku sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan pembelajaran di menara gading.. namun… namun.. MEREKA merampas segala-galanya daripada aku!
    Malam itu ku ingatkan seperti malam-malam yang sebelumnya, kami semua duduk menonton televisyen: papaku telah muncul di dalam satu program rancangan disebabkan kejayaannya melengkapkan teknologi nano yang boleh membantu dalam bidang perubatan. Kami semua berbangga dengan papa. Dan ketika itu, mereka muncul!
    Rumah kami tiba-tiba diselubungi kegelapan. Bekalan elektrik terputus. Papaku mencapai telefon rumah, cuba mendail ‘security’ rumah namun tiada bunyi. Pintu rumahku dipecahkan dari luar. Mama menjerit ketakutan dan melarikan diri. Tidak sempat dia lari dari ruang tamu, badannya ditembusi berpuluh-puluh butir peluru, jatuh ke lantai, tidak bergerak. Badan mama dilumuri oleh darah pekat yang mengalir daripada tubuhnya. Papa, adik dan aku hanya mampu melihat kejadian itu berlaku di hadapan mata kami. Papa dengan tangisan yang bergelung di mata pantas menarik tangan adik dan aku, meluru ke bilik bawah tanah. Adik sudah menangis memanggil mama.
    Aku yang memegang tangan adik erat , cuba menenangkannya: mengatakan semuanya akan elok apabila satu letupan berlaku berhampiran dengan aku. Aku terpelanting ke jauh kehadapan. Kepalaku pening dan aku memanggil nama adik. Namun, aku kehilangan kata-kata, apabila aku melihat tanganku hanya memegang tangan adik yang sudah terpisah daripada badannya. Darah adik terpalit di wajahku. Jauh dariku, anggota badan adikku yang lain tidak lagi bergerak. Matanya tidak terkatup. Darah mengalir dari mulutnya. Aku hanya mampu menjerit, dan mencapai badannya yang sudah kaku, memeluk erat.