Demo Site

Tuesday, June 9, 2009

Bab 1




Taku mengatur langkah yang kemas dan cepat ke ‘maintanance bay’. Dia harus bertemu dengan ahli pasukannya pada pukul 9.00 pagi tadi, dimana skuadnya harus melakukan pemeriksaan rutin ke atas M.P.A mereka. Orang  disekiling Taku memerhatikannya dengan mata yang pelik, uniform Taku agak selekeh malah tidak terurus. Taku tidak mempedulikan mereka, biarlah mereka memandang dirinya sebegitu, mereka tidak tahu apa yang dia hadapi pada bulan ini. Ya, mimpi tersebut telah ‘menghantuinya’ selama sebulan, walaupun dia suka akan mimpi mengenai tempat dan perempuan itu namun mimpi ini telah mengganggu amalan rutinnya dan keadaan sebegini akan ini membuatkan reputasi dirinya sebagai ‘ace’ akan tercalar teruk. Taku berlari , jam tangannya dilihat semula. 10.30 pagi, dia memecutkan lariannya. Dia melintasi gudang simpanan senjata, pemeriksaan ke atas M.P.A sudah pasti tamat sebentar tadi. Ahli pasukannya  sedang berehat di markas bersebelahan ‘maintanance bay’, pemeriksaan ke atas M.P.A selalunya mengambil masa 1 jam lebih, setiap askar yang melakukan pemeriksaan selalunya dibantu oleh 5 orang krew ‘maintanance’. Jadi mereka tidak mengambil masa yang agak lama jika dibandingkan dengan membaiki unit M.S.A yang mengalami kerosakan ketika peperangan.
Taku memecutkan larian, dia segera belok ke sebelah kiri dan menuju terus ke markas sebelah ‘maintanance bay’. Ketika dia sedang berlari, matanya terlihat seorang peempuan berjalan bertentangan dengan dia untuk sekejap. Seperti dikejutkan elektrik, dia berhenti berlari dan menoleh ke belakang semula, perempuan tadi sudah hilang daripada pandangan.    

            “ Tak mungkin.. perempuan tadi. “. Betul,gerak hati hati Taku sentiasa betul,perempuan tadi adalah perempuan yang selalu ada dalam mimpi Taku, kecuali kali ini dia berbeza. Pada mulanya, Taku melihat perempuan seperti normal namun tidak! Dia mengimbas kembali apa yang dilihat. Seperti efek visual, Taku memisahkan gambar-gambar yang tidak berkaitan dan hanya tinggal gambar perempuan itu sahaja. Kali ini Taku terkejut besar, badannya separuh lutsinar. Baru Taku sedari orang lain tidak perasan kehadiran perempuan itu kecuali dia. Bulu roma Taku meremang. Dia memikirkan perempuan itu adalah han...

"Hahaha, no way. I must be dreaming". Taku memujuk dirinya sendiri. Lalu berjalan ke markas tempat ahli pasukan dia yang lain berkumpul.


Perempuan itu berjalan menembusi dinding luar gudang senjata, dia memerhatikan Taku yang semakin jauh daripada pandangan mata. Dia melihat tangannya yang lutsinar itu. Dia ketawa kecil.
            “ Awak tak bermimpi Taku. Tapi agak kejam, awak nak panggil saya hantu! Jahat!”. Dia bercakap sendirian. Orang ramai berjalan berhampiran tidak menyedari kehadiran perempuan itu. Dia mengepalkan penumbuk. Akhirnya, dia dapat keluar dari situ menggunakan kuasanya sendiri. Dia senyum dan menitiskan airmata. Ya, dia terlalu gembira. Terlalu gembira kerana Taku menyedari kehadiran diri dia.




            “ Tapi aku tak boleh terlalu gembira. Aku harus cepat sebelum bulan purnama penuh. Kalau tidak sia-sia sahaja usaha aku”. Perempuan itu tahu masa akan bergerak pantas dan terlalu kejam untuk dirinya. Jika dia tidak dapat membawa ke tempat tersebut sebelum bulan purnama penuh. Dia akan hilang dan jasadnya akan mati!     


Taku mengimbas kad IDnya di pengimbas berhampiran pintu masuk markas disebelahan maintance bay. Sistem sebegini sukar untuk ditembusi oleh pihak musuh, kerana pengimbas ini menyimpan data askar-askar yang berkhidmat di kem ini. Ketika mengimbas, mereka akan melalui dua proses penting bagi pengesahan identiti seseorang. Pertama, pengimbasan retina mata dan cap jari. Setakat ini sistem sebegini tidak pernah ditembusi kerana retina mata dan cap jari bagi setiap orang adalah berbeza. Walaupun dilahirkan kembar seiras, cap jari dan retina mata mempunyai corak yang berbeza dan tidak akan sama. Data yang diterima di pengimbas akan dihantar ke komputer utama bagi mencari data yang tersimpan di 'database'. Jika tidak mempunyai sebarang persamaan, komputer utama akan menghantar 'code red' kepada bahagian keselamatan dan pihak keselamatan akan bertindak dalam masa kurang daripada 2 minit.

Sebaik sahaja pintu automatik terbuka, Taku meluru masuk dan ingin meminta maaf dengan komradnya namun sebaliknya yang berlaku. Tidak sempat untuk berkata-kata, tangan kiri dipulaskan ke belakang tubuhnya dan kakinya dipengkes jatuh ke lantai. Pergerakan Taku dikunci. Dia hanya dapat mengaduh kesakitan.




"Sori.. Sori.. Aku mintak maaf pasal lambat. Sakitlah Zakiah! Simon, suruh dia lepaskan aku!". Taku memohon penolongnya yang mengunci pergerakannya supaya berhenti. Leftenan Simon Teh hanya duduk menyangkung di hadapan Taku menggeleng-gelengkan kepala. Dia tahu Zakiah cukup tegas perkara berkaitan disiplin lebih-lebih lagi di dalam skuad mereka. 





"Sarjan Kitanuki Takuya a.k.a ketua skuad Alpha, unit khas pertempuran M.P.A. Awak sepatutnya tiba 1 jam 40 minit yang lepas untuk pemeriksaan rutin M.P.A! Nasib baik saya 'backup' awak. Awak tau tak saya bohong dengan Tuan Mejar Aliff yang awak sakit perut.". Sarjan Muda Zakiah masih menekan lututnya ke belakang Taku agar dia tidak dapat melakukan sebarang pergerakan. Zakiah memainkan peranan penembak tepat di dalam skuad apabila di dalam pertempuran menggunakan M.P.A dan juga sebagai naib ketua skuad jika Taku tiada.




"She's right man. You should know that Major Aliff is one hell of a man. We are very lucky because he believe us 100%, or you’ll sure gonna be punished by the upperhand  ." Simon bersandar di kerusi apabila dia berjaya menyuruh Zakiah berhenti melakukan gerakan kunci itu. Leftenan Simon Teh merupakan pengguna senjata artileri berat berpeluru dan sinaran partikel dalam pertempuran. Dia dan Zakiah merupakan kawan baik Taku sejak Taku menyertai skuad ini 4 tahun yang lalu atas saranan Mejar Hoffman dan dipersetujui oleh Jeneral Amylia Scarlett.
“I’m sorry Simon. How’s the maintanance goin’?”. Simon menunjukan ibu jari kepada Taku dan ini membuatkan Taku lega.  Taku duduk di sebelah Keichi yang mengangguk kepala mengikuti irama punk rock kumpulan Linkin Park. Matanya dipejam, lagu dipasang kuat sehingga Simon yang duduk di belakangnya dengar. Taku memperlihatkan kekecewaannya dengan menarik headphone Keichi. Leftenan Muda Keichi terkejut dan memandang orang yang menarik headphone tersebut. Dia tersenyum kambing apabila melihat sepasang mata Taku merenung tajam ke arahnya.
"Sori, Sarjan. Saya tak perasan Sarjan masuk. Kenapa muka Sarjan merah?". Keichi tidak mengetahui apa yang berlaku tadi disebabkan leka mendengar muzik. Keichi bertindak sebagai backup Taku ketika melakukan assault. M.P.A miliknya dilengkapi dengan riffle sinaran partikel, perisai, 5 bom grenad dan pedang sinaran partikel.
 "Keichi, berapa kali aku ingatkan kau supaya jangan dengar muzik semasa berada dalam kem. Kalau orang lain nampak, tak pasal-pasal kau kena angkat balak pusing keliling kem ini. Kau nak ke? ".
Keichi hanya tersengih malu lalu menggeleng namun dia tahu, Taku memberikan nasihat yang baik setiap kali dia melakukan kesalahan. Dia juga selalu ‘backup’ Keichi apabila Keichi melakukan kesalahan sama ada di medan pertempuran atau di kem malah dengan orang atasan. Zakiah duduk di kerusi hadapan Taku dan menghadap Taku. Dia menyerahkan laporan pemeriksaan M.P.A setiap ahli skuad termasuk Taku. Taku hanya tersenyum apabila dia melihat laporan pemeriksaan Genosaber, M.P.A miliknya juga berada di situ. Dia memandang Keichi dan Keichi menudingkan jari kepada Zakiah.
Taku senyum manis kepada Zakiah, pipi Zakiah merah pendam.

            "Aku takut kau lambat sangat, so aku buat pemeriksaan kat Genosaber." Walaupun tegas namun Zakiah masih lagi seorang wanita yang lembut di dalam hatinya.


            " So Taku, why are you late this time? Since last week, you have been late and your concentration.."Simon menggayakan tangannya seperti sesuatu hancur akibat letupan. Keichi menunjukkan tanda setuju oleh pernyataan Simon. Dia juga sedar bahawa perubahan Taku yang begitu mendadak. 3 hari lepas, tidak dapat mendapat markah penuh dalam tembakan dan latihan simulasi pertempuran M.P.A.

            "Ni mesti mimpi pasal perempuan kat kawasan bunga tu kan? Masih tak elok lagi ke?" Zakiah cuba meneka. Dia ingat apa yang Taku beritahunya pada minggu lepas. Zakiah dan Taku sering berkongsi masalah walaupun sekecil mana pun perkara itu. Taku menggeleng, Zakiah hanya mampu menggeleng, dia tidak dapat menolong Taku, perkara sebegini terlalu rumit untuk ditolong. Selalunya mereka berbincang mengenai M.P.A atau pertempuran. Tidak pernah menyentuh mengenai aspek kehidupan masing-masing.

            "What dream? You never told me about dream. Isn't normal or we.. "Zakiah menepuk bahu Simon kasar. Dia tahu apa yang Simon maksudkan. Keichi sekali lagi hanya tersengih.
            "No, it just a normal dream. I think.”. Dia menceritakan pengalaman yang dilalui, memberitahu segalanya termasuk tempat dan perempuan itu. Ahli pasukan Taku mendengarnya dengan tekun, lebih-lebih lagi Keichi. Dia mengangguk-angguk mendengar masalah Taku itu. Zakiah membelek-belek pen diatas meja. Dia sudah mendengar masalah itu sebelum ini. Namun, apabila dia mendengar Taku mengatakan perempuan itu bercakap dengannya, dia segera menumpukan perhatian.


            “ Taku, kau tak pernah beritahu tentang ‘dia’ bercakap dengan kau?”. Taku berhenti bercerita. Mata Taku dan Zakiah bertemu. Dia mengeluh.
            “ Baru semalam, perempuan tu mula cakap dengan aku. It’s a miracle.” Simon dan Keichi berborak antara mereka. Zakiah menepuk bahu Taku, dan tersenyum.
            “ Sori, Taku. Aku rasa, masalah kali ni hanya kau seorang sahaja mampu menjawab. Mungkin hal ini ada kaitan dengan kemalangan yang kau alami 5 tahun lepas. Mungkin memori lama kau, who knows.. aku rasa semua tu ada kaitan.” Zakiah berlalu, membiarkan Taku seorang diri dan menyertai Simon dan Keichi. Dia membuat aksi gusti kepada Keichi yang menceritakan perkara-perkara yang tak elok didengari. Simon melarikan diri daripada Zakiah. Keichi berulang kali meminta maaf kepada Zakiah. Taku hanya tersenyum, dia sudah biasa dengan kerenah ahli pasukannya. Mereka sudah menjadi ahli keluarga tanpa sebarang pertalian darah. Sudah 4 tahun, dia bersama dengan mereka kecuali Keichi yang baru sahaja menyertai mereka 7 bulan yang lepas, baru tamat latihan daripada sekolah tentera. ‘Makcik’ Taku yang sentiasa sibuk, tidak mempunyai banyak masa untuk mendengar masalah tentang dirinya. Tapi ‘makcik’ Taku sentiasa menyayangi dirinya, walaupun dia tak pernah tunjukkan pada Taku. Dia masih ingat kali pertama dia berjumpa dengan makciknya selepas kemalangan yang menimpa dirinya berlaku
5 tahun lepas
Hospital Pakar Jackson
Pedih, itu sahaja yang mampu digambarkan lelaki itu, dia cuba untuk membuka mata. Cahaya yang terang amat memedihkan bagi orang yang membuka mata selepas lama tidur. Dia mendengar suara orang bercakap. Seorang lelaki dan seorang perempuan.. suara mereka semakin jelas.
            “ Doktor, macam mana anak saudara saya?” perempuan itu bercakap dengan suara yang serak, mungkin  baru habis menangis. Taku melihat perempuan itu, dia berambut pendek namun gaya itu sesuai dengan dirinya.
            “ Cik, saya berharap agar cik dapat menerima berita ini dengan sabar, ya?” Perempuan tadi kelihatan terkejut namun dia hanya mengangguk, menguatkan hatinya untuk menerima apa sahaja berita yang bakal disampaikan oleh doktor itu.
            “ Sebenarnya pesakit.. dia mengalami gegaran yang kuat di otaknya, ini membuatkan dia kehilangan ingatan..”
Tangan perempuan itu secara spontan diletakkan pada dadanya. Mungkin terkejut mendengar penerangan doktor itu. Dia mengeluh.
            “ Ada harapan untuk pulih?” tanya perempuan itu serba ringkas. Doktor itu melihat maklumat di tangannya malah dia sendiri kelihatan serba salah.
            “ Buat sementara ini, boleh dikatakan 0 peratus untuk pulih. Kita hanya mampu berharap agar tuhan dapat membantu dirinya.” Perempuan itu tidak terkata-kata, setitis airmata jatuh berderai ke atas lantai. Dia cuba untuk tidak menjadi seorang yang emosional.
            “ Dia bangun terlalu awal..” perempuan itu cakap kepada dirinya sendiri.
            “ What?” doktor tadi mendengar apa yang dikatakan.
Perempuan itu hanya menggeleng, cuba menidakkan. Ketika itu, dia memerhatikan katil yang lelaki tadi. Dia segera berlari kecil mendapatkannya. Doktor itu segera mengikuti daripada belakang dan memanggil jururawat yang berhampiran.
            “ Takuya, awak dah bangun.”
            “ Takuya?” lelaki tadi berkata-kata walaupun tersekat-sekat
            “ Nama saya....Takuya?”
Perempuan tadi, terkejut begitu juga dengan doktor yang merawat dirinya. Nampaknya ingatan lelaki itu hilang seratus-peratus. Dia juga tidak mengenali dirinya sendiri! Doktor tadi hanya menggelengkan kepala.
**********




Taku melepaskan segumpal nafas yang terkumpul di dadanya. Sekadar mengeluh apa yang berlaku 5 tahun lepas. Tanpa satu-satunya makcik yang dia ada, pasti dia masih berada di dalam hospital. Dia bersyukur kerana mempunyai seorang makcik yang bertanggungjawab. Dia sekadar tersenyum.


            “ Woi, jauh termenung Taku. Ingat awek dalam mimpi kau ke?” Zakiah menyindir Taku, kepala Keichi masih tidak dilepaskan. Taku menjuihkan bibir dan menggelengkan kepala.
            “ Teringatkan makcik aku yang entah ada kat manalah sekarang ni..” Taku tergelak
Namun dia berhenti ketawa apabila melihat riak muka ahli pasukannya yang seperti ketakutan. Mereka terkejut. Zakiah melepaskan kepala Keichi, Keichi separuh pening itu segera duduk diatas kerusi. Simon tidak jadi untuk minum air kopi pekat yang baru sahaja dia buat.
Taku pelik apabila melihat reaksi ahli pasukannya. Setiap kali dia bercakap tentang makciknya, mereka kelihatan tidak senang hati. Bukan mereka sahaja malah seluruh askar yang berada di kem malah kerajaan ini! 
            “ What? Don’t tell me, you guys afraid of her?” Taku dapat meneka apa yang terlindung di hati mereka
            “ I can’t understand you, Taku. How can you be a relative of the ‘Ice Queen’” Simon menggelengkan kepala.
            “ Dengar je nama ‘Dewa Maut’ tu..meremang bulu roma aku” Zakiah mengusap kedua-dua belah tangannya.
            “ Lady of Steel? Dewa Maut? Korang cakap pasal Jeneral Amylia Scarlett ke? Saya sukalah dia. Cantik! First class. Hahaha..” Simon dan Zakiah memandang Keichi dengan airmuka yang pelik.
Taku sekadar menggelengkan kepala. Bukan salah Keichi pun, dia orang baru sahaja dalam tentera, kalau dia mendengar segala kisah pasal makciknya itu, pasti Keichi akan menarik balik segala kata-kata yang dicakap tadi. Siapa sangka, Himura Takuya merupakan sanak-saudara kepada Jeneral Amylia Scarlett. Mereka tidak kenal Amylia seperti mana Taku mengenali. 
 Simon, Keichi, Zakiah dan Taku terkejut melihat lampu kecemasan menyala merah berkelip-kelip. Malah pembesar suara juga memberi arahan, "Skuad Alpha unit khas M.P.A, sila melaporkan diri ke kapal perang kelas AirFalcon, Hayabusa dalam masa 10 minit di dek pelepasan. Taklimat akan diberikan semasa penerbangan."

         " Skuad Alpha! Awak semua dengar apa yang diberitahu. Jadi siap sedia dan lapor ke sana dalam masa 5 minit! Faham semua?!"

"Faham Sarjan!" Ketiga-tiga ahli skuad Taku menjerit serentak dan menabik hormat kepada Taku. Mereka semua berlari keluar daripada markas tersebut menuju ke departing bay. M.P.A mereka sudah pasti dihantar ke sana.


Taku teringat makciknya, kalau Amylia dengar apa yang skuadnya cakap tadi. Pasti mereka kena belasah teruk dengan dia.
Jeneral Amylia Scarlett mengesat hidungnya dengan tisu yang ada di atas meja. Seluruh pegawai tentera memerhatikan dia. Mejar Hoffman berhenti menyampaikan presentation. Dia juga terkejut mendengar Jeneral Amylia bersin. Walaupun perlahan namun apabila perkara itu berlaku kepada perempuan yang paling kool didalam tentera, seperti mendengar berita salji turun di kawasan khatulistiwa.  
        “ Minta maaf. Hidung saya gatal tadi. Jadi, dimana kita tadi?” Amylia menumpukan balik perhatiannya ke presentation Mejar Hoffman itu. Muka Amylia menjadi merah kemaluan. Dia harus kekalkan mood ‘kool’nya itu. Presentation itu berjalan seperti biasa semula.
Mesyuarat tadi berhenti pada pukul 12.00 tengahhari tadi. Amylia berjalan ke pejabatnya pantas. Peristiwa tadi serba sedikit membuatkannya malu. Tidak pernah perkara tersebut berlaku kepadanya semasa sedang berkerja. Dia teringatkan Takuya masih lagi tidur semasa dia sudah bertolak ke kem tadi. Perlakuan Takuya sejak sebulan dua ini pelik. Tak pernah Takuya atau Taku sebegitu. Tadi dia menerima laporan daripada Aliff bahawa Taku tiada semasa pemeriksaan keatas M.P.A unit Alpha tadi.
            “ Apa kena budak tu? Tak pernah pulak dia jadi macam ni..” Amylia duduk diatas kerusi empuknya setibanya di pejabat. Dia mengeluh. Dia tidak mahu Taku dikenakan tindakan disiplin akibat perlakuannya. Tapi kalau Amylia tidak memberi kebenaran untuk diberikan tindakan, pasti orang kata dirinya berat sebelah kerana Taku anak saudaranya.
Dia mengenali Taku. Reputasi Taku amat membanggakan, dia handal dalam peperangan. Jika tidak, mereka tidak akan menggelarkan Taku sebagai ‘ace’ ataupun ‘trump card’ dalam kem ini.
Amylia memerhatikan kem melalui tingkap biliknya yang berada di tingkat 6. Sebuah kapal perang Airfalcon berlepas dari landasan. Sekali lagi dia mengeluh. Dia tahu destinasi kapal perang itu malah unit yang berada dalam kapal itu. Taku berada dalam kapal itu dan menuju ke negara selatan. Tujuan kapal itu? Memberi bantuan keatas unit M.P.A kerajaan Auru yang sedang berperang dengan negara Republik Johen. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu menghantar sebarang bantuan daripada Kem Teluk Auru itu namun ini merupakan arahan orang atasan, Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri sendiri!
“Binatang betul!” maki Amylia sekadar melepaskan kemarahan.
“Kalau Perdana Menteri ada disini kalau tidak pun Tuan Puteri... mereka pasti tidak berani menunjukkan belang. Dah 50 tahun. Mana Asuna pergi? Tidak pun Tuan Puteri” Amylia teringatkan Taku. Rasanya, dia harus menceritakan hal sebenar kepada Taku.
Amylia menggelengkan kepala. Kalau dia beritahu Taku perkara yang betul, pasti dia tidak dapat menerima kenyataan
            “ Itu tanggungjawab dia sebagai satria kebanggaan.. aku pun tak tahu mana tuan puteri berada. Kalaulah Taku tak hilang ingatan”
            “ Taku hilang ingatan?” suara lunak seorang perempuan memeranjatkan Amylia. Dia pantas berdiri. Dia menarik sesuatu dari belakang. Secara tiba-tiba, muncul hulu pedang, ditariknya pantas. Kepingan-kepingan besi kecil terbentuk dalam kuantiti yang banyak daripada hulu pedang itu malah bercantum dengan pantas membentuk sebilah pedang yang panjang dan besar! Amylia mengacukan pedang itu kearah suara yang didengari sebentar tadi. Amylia terkejut melihat perempuan dihadapannya. Dia segera menarik pedang itu kebelakang tubuhnya. Pedang tersebut pecah membentuk kepingan-kepingan besi kecil lalu hilang. Amylia mengenali perempuan dihadapannya.
            “ Awak...” kata Amylia ringkas. Perempuan dihadapannya tersenyum. Amylia turut tersenyum. Hatinya girang. 50 tahun lamanya dia menunggu untuk saat ini. Kebangkitan semula akan berlaku tidak lama lagi. Menunggu masa yang tepat. 

0 comments: