Demo Site

Friday, August 20, 2010

Bab 6

Zakiah terduduk diatas sebuah kerusi berhampiran dengan Vajra miliknya itu. Penat! Dia menghabiskan separuh hari membuat pemeriksaan ke atas Vajra. Dia membuka jaket tebal yang dipakai. Baju T-shirt tidak berkolar yang dipakai dalam jaket itu basah dengan peluh lebih-lebih lagi di bahagian dada. Orang lain antaranya lelaki melihat sahaja perbuatan Zakiah itu dari jauh. Mereka menelan air liur melihat susuk tubuh Zakiah yang agak mengiurkan itu. dalam hati mereka, mereka berpendapat, mana-mana lelaki yang menyertai kumpulan Zakiah amat bertuah kerana dapat menikmati pandangan sebegini setiap hari. Namun mereka lebih cemburu Takuya kerana dikelilingi perempuan yang cantik iaitu Zakiah dan Jeneral Amylia Scarlett. Alangkah bahagianya kalau mereka menjadi seperti Takuya.

             Mejar Hoffman yang berlalu di situ, melihat perlakuan askar-askar yang sedang khusyuk itu. Dia menjadi pelik dengan perlakuan mereka lalu melihat apa yang sedang mereka perhatikan itu. Rupa-rupanya, Zakiah yang membuatkan mereka sebegitu. Pada mula, Hoffman juga terpengaruh namun khayalannya dipancung apabila Jeneral Amylia berada berhampiran dengan pintu masuk ke maintainance bay itu.

            “ Hoi kamu semua! Apa yang kamu lekakan tu!” Semua askar dan mekanik yang berada disitu terperanjat. “ Tak ada kerja lain ke kamu semua nak buat!” Mereka semua mengeluh namun apabila melihat kelibat Amylia di belakang Hoffman, mereka terus menyambung kerja. Kalau mereka masih terleka, sudah pasti akan dihukum oleh Amylia.

            “ Selamat pagi, Tuan!” Hoffman menabik hormat kepada Amylia. Amylia menyambut tabik Hoffman dan menyuruh Hoffman agar menemaninya berjalan. Hoffman berjalan berebelahan dengan Amylia menerangkan perkara-perkara yang sedang dilakukan di dalam maintainance bay ini. Hoffman berasa sedikit curiga dengan kemunculan Amylia di gudang maintainance. Jarang sekali Amylia berada di sini melainkan dia ada urusan penting ataupun berjumpa dengan Sarjan Takuya.

            “ Maafkan saya Tuan. Tapi apa yang Tuan buat disini sebenarnya?”

            “ Saya nak berjumpa dengan ahli kumpulan unit khas penggempur M.P.A. Saya rasa tak ada masalah untuk saya berjumpa dengan mereka, bukan?” jawapan Amylia menjawab persoalan Hoffman. Hoffman melihat jam tangan. Sudah pukul 12.00 p.m. Jadi dia tidak ingin membuang lebih masa untuk berada disitu. Dia suah berjanji dengan isterinya untuk makan bersama-sama anak-anak di rumah. Isterinya baru lima bulan melahirkan dua orang anak kembar. Termasuk dengan anak kembar ini, dia sudah mempunyai 5 orang cahaya mata.

            “ Jadi kalau puan nak mencari mereka, mereka semua berada di bengkel no. 15. Saya minta diri dulu, puan.”  Amylia sekadar menggangguk dan melihat Hoffman pergi. Amylia baru teringat sesuatu perkara.

            “ Oh ya! Hoffman!” Amylia memanggil semula Hoffman. Dia memusing ke belakang dan ingin mengorak semula langkah kearah Amylia apabila..

            “ Kirim salam pada isteri awak, ya. Nanti saya akan datang ke rumah awak. Kedua-dua kembar perempuan bukan?”

             Muka Hoffman menjadi merah. Dia gembira mendengar Amylia mengingati akan isterinya yang baru bersalin itu. Hoffman membalas dengan sekuntum senyuman dan berlalu pergi.

             Keichi dan Simon hanya memerhatikan Zakiah yang kembali sambung menolong mekanik yang sedang memperbaiki Genosaber milik Takuya. Kedua-dua nampak begitu puas melihat satu pemandangan yang begitu indah sekali di hadapan mereka. Bentuk badan Zakiah kelihatan jelas walaupun dia memakai sehelai baju t-shirt tanpa kolar yang berceloreng. Mereka juga ternampak tali baju dalam milik Zakiah. Keichi sudah mula memicit hidungnya yang kesakitan. Simon pula sekadar duduk di atas kerusi dan mula berangan yang bukan-bukan.

            “ Seronok tengok pemandangan yang berada di hadapan kamu?” satu suara menegur mereka daripada belakang. Keichi dan Simon masih tidak menoleh ke belakang hanya mengangguk. “ Kalau nak dibandingkan dengan Amylia Scarlett. Siapa lebih seksi?”

Dengan serentak mereka memandang ke belakang dan bercakap dengan serentak.

            “ Of course Jeneral Amylia Scar......!?”


            Tidak ada satu patah perkataan yang terkeluar daripada mulut mereka apabila melihat orang di belakang mereka. Dengan satu senyuman yang sinis Jeneral Amylia Scarlett memandang mereka.  Sekali lagi mereka dengan serentak, berdiri dan menabik hormat Amylia.

            “ Go..od af...ternoon, maam!” ucapan yang tersekat-sekat keluar dari mulut Simon. Dia tidak menyangka Amylia Scarlett yang menegur mereka tadi. Amylia menyuruh mereka duduk dan memanggil Zakiah yang masih leka membuat maintainance terhadap Vajra.

Zakiah terkejut melihat Amylia sedang memanggil namanya malah sedang seronok berbual dengan Keichi. Dia memakai semula jaket bengkelnya dan ketika itu dia mendengar beberapa askar dan mekanik mengeluh. Zakiah memberi mereka satu renungan yang tajam dan seolah-olah mengatakan, “ Kamu semua akan mati selepas ini!” membuatkan semua orang menyambung semula kerja-kerja mereka. Zakiah duduk bersebelahan Simon.

            “ Selamat tengah hari Jeneral Amylia.” Zakiah menegur sambil menabik Amylia. Amylia membalas tabik hormat Amylia.

            “ Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan kamu semua, tetapi bukan di sini. Boleh tak kamu semua datang ke pejabat saya selepas rehat?”

            “ Adakah perbincangan ini sangat penting sehingga tiada orang lain harus mendengar perbincangan ini?” Amylia sekadar mendiamkan diri. Walaupun tidak berpuas hati, Zakiah tidak mempersoalkan perkara itu. Selepas kejadian di hospital Zakiah berasa amat curiga dengan Jeneral Amylia Scarlett. Dia masih tidak dapat melupakan bau darah yang datang dari Amyila Scarlett.

            Keesokkan harinya, Zakiah mendengar satu kes kemalangan yang berlaku di lebuhraya yang tidak jauh dari kawasan hospital tersebut. Dia pasti Amylia ada kaitan dengan kemalangan tersebut. Amylia memandang Zakiah dengan air muka yang tenang

            “ Ini ada kaitan dengan Sarjan Takuya Himura dan juga ada kaitan dengan kamu semua”



Kawasan kediaman Amylia Scarlett, 12.00 p.m

            Aya memandang wajah tenang Takuya yang sedang tidur di atas kerusi. Semalam Takuya telah melakukan banyak penyelidikan mengenainya Aya sehingga tertidur di situ. Mencari maklumat mengenai dirinya bukan senang. Pasti bukti mengenai dirinya telah dihapuskan bagi memastikan Kerajaan Auru ini tidak lagi mengenali siapa sebenarnya Aya dan apa yang sebenarnya berlaku terhadap dirinya.

            Takuya tersedar, dia terkejut memerhatikan Aya berada di sebelahnya. Aya Reina hanya mampu tersenyum.

            “ Awak ni macam hantu la. Kejap ada. Kejap tak ada. “ Takuya menguis matanya.

            “ Jahat... Awak patut rasa bersyukur kerana kami ada berada disisi awak.” Aya memalingkan mukanya, membuat riak muka benci.

            “ Mengapa awak tak boleh membantu saya sekarang? Mencari maklumat mengenai diri awak? Bukan senang tau.” Takuya tersenyum.

Aya membisu. Senyuman di wajah Takuya segera mati melihat perubahan diri Aya. Mungkin dia telah tersalah kata.

“ Kalau kami boleh tolong, sudah lama kami bercerita segala-galanya kepada awak. Masalahnya kami berada dalam keadaan separuh sedar.”

“ Separuh sedar? Saya tak faham.” Getus takuya. Dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Aya.

“ Ketika kita sedang tidur, bukan ke terdapat teori yang mengatakan roh kita akan keluar daripada badan. Pada ketika itu kita akan merayau kemana-mana sahaja meninggalkan jasad kita di atas katil atau mana-mana ia berada. Begitulah keadaan kami sekarang, merayau-rayau selama ini menanti dan mencari awak, namun minda kami, dan kebanyakkan ingatan kami masih berada dalam jasad saya. So, kalau awak tanya apa-apa pun pada diri kami sekarang. kami tak dapat nak menolong.” Takuya menggelengkan kepala namun terdapat satu senyuman nakal tertaut pada bibirnya, Aya menjadi curiga.

“ Kalau ingatan awak tertinggal di jasad mana-mana pun ia berada. Jadi, mengapa awak masih mengenali diri saya, wahai cik Aya?”

            Soalan tersebut membuatkan Aya terkedu. Dia tidak dapat berdiri dengan tenang. Wajahnya menjadi begitu merah walaupun separuh lutsinar. Dia menjadi malu-malu.

            “ Itu kerana.. itu kerana... Kami sentiasa mengingati diri Taku walaupun dalam keadaan sebegini.” Aya mengaku. Lalu menghilangkan diri daripada pandangan Takuya.

            Jawapan Aya tadi membuat Takuya segan sendiri dengan soalannya. Namun dia terperasan sesuatu. Mengapa Aya selalu membahasakan dirinya ‘kami’. Dia mengambil sejilid kamus dan mencari perkataan kami. Yang membawa maksud, sekumpulan orang dan juga sebagai bahasa istana dimana digunakan oleh tuan puteri yang membahasakan dirinya saya. Puteri? Tangan Takuya pantas menaip perkataan ‘Puteri Aya’ di Google, tidak sampai 5 saat, keputusan carian telah terpapar di skrin dan satu blog telah menarik minat minat Takuya.

            Puteri Aya Weissheart Auru Xander kebanggaan kerajaan Auru masih lagi tidak ditemui walaupun telah hilang sejak tahun 2015, sudah 50 tahun setelah peristiwa Bloody Destruction. Bloody Destruction merupakan peristiwa peperangan yang sangat menakutkan yang mengorbankan hampir 69 peratus penduduk negara tersebut. Selebih 31 peratus penduduk masih lagi hidup disebabkan mereka diselamatkan oleh pasukan tentera Auru yang dibawa keluar daripada negara tersebut melalui kapal.Ketika peristiwa ini berlaku, kajian berpendapat bahawa puteri tersebut baru mencecah usia 16 tahun. Kehilangan puteri tersebut masih lagi menjadi tanda tanya termasuk dengan kehilangan istana Xanderium. Ini merupakan salah satu peristiwa penting yang berlaku di kerajaan Auru, namun mengapa tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan tersebut. Antara perkara yang menakutkan adalah kehilangan data dan maklumat 50 tahun yang terdahulu. Tidak dipastikan sama ada dihapuskan atau hilang.       

            Mata Takuya beralih pada sebuah potret cat air yang diupload oleh penulis tersebut. Tidak salah lagi bahawa ia merupakan potret Aya Weissheart. Takuya meneruskan lagi bacaannya

Terdapat seorang saksi yang kini berusia 75 tahun yang terselamat daripada kejadian tersebut mengatakan bahawa ketika dia berusia 15 tahun, dia terlihat seorang perempuan yang kelihatan seperti tuan puteri menaiki sebuah motorsikal yang tidak dikenal bersama seorang lelaki menuju ke Bukit Theodora sebelum berlakunya peristiwa Bloody Destruction, tidak pasti sama ada perempuan itu masih lagi hidup ataupun tidak.


                                                                                                  Penulis Blog,

                                                                                                         Heliza Irontagger
               “ Bukit Theodora, aku pernah mendengar tentang tempat tersebut namun aku tak pasti sekarang. Tempat itu telah menjadi kawasan larangan.” Takuya berfikir. Mengapa harus menjadi kawasan larangan sedangkan makcik selalu bercerita tempat itu begitu indah ketika bulan... purnama.

            “ Aya!!” Takuya menjerit namanya sambil mencapai jaket kulitnya. Dia berlari ke arah bilik senjata di bawah tanah dan mencapai selaras pistol Dessert Eagle kegemarannya dan mengambil 3 kelopak peluru lalu pergi ke garaj. Dia mengambil motorsikal Ducati 750cc.

            “ Kenapa Taku? Awak kelihatan bersemangat.” Aya memunculkan dirinya semula di hadapan Takuya. Takuya tersenyum, dengan nada yang ceria, dia memberitahu.

            “ Selepas ini kita akan berjumpa, muka ke muka dan hati ke hati.” Dia menghidupkan enjin motorsikal lalu memecut meninggalkan Aya. Kebingungan, namun Aya masih boleh tersenyum sambil mengeluarkan air mata.

            “ Awak kelihatan gembira, tuan puteri. Namun selepas ini kita akan menempuh perjalanan yang lebih sukar.” Amylia Scarlett berjalan keluar daripada garaj melepasi Aya.

            “ Saya cadangkan tuan puteri ekori Takuya dan tolong dia untuk mempercepatkan proses kebangkitan semula tuan puteri.”

            “ Bagaimana dengan awak, Amylia? Bukankah awak lebih banyak membantu daripada kami nanti.” Amylia sekadar tersenyum.

            “ Saya mempunyai masalah saya sendiri. Baik awak pergi dahulu, tuan puteri. Ada orang yang perlu saya selamatkan.” Amylia membuka pintu kereta Mazda RX8 yang antik. Satu-satunya kereta yang masih menggunakan minyak sebagai penggerak enjin. Dia amat menyayangi kereta tersebut. Aya tidak membazirkan masa, dia menghilangkan diri daripada pemandangan Amylia. Sebaik sahaja Aya menghilangkan diri, Amylia menekan pedal klutch, menolak ke gear satu dan kereta tersebut meninggalkan garaj tersebut, memecut laju.




Rumah Mohender, Jam 1.00 pagi

            Mohender berasa riang setelah mengeluarkan duit yang yang diperolehi daripada Abingdon, dia pergi ke restoran mamak 24 jam dan membeli roti canai dan juga mee goreng mamak yang diidamkan oleh isterinya yang sarat mengandung. Dia menyayangi isterinya lebih daripada dia menyayangi nyawanya sendiri. Selepas ini dia tidak mahu melakukan kerja haram untuk Abingdon. Dia mahu menjadi contoh kepada anak lelakinya yang bakal lahir lagi 2 bulan. Cukup! Dia tidak mahu menerima wang haram lagi.

            “ Devi, I already bought your favourite mee goreng mamak.” Dia memanggil nama isterinya namun tidak dibalas.

Mohender berasa janggal, kebiasaan isterinya akan menerkam kearahnya dan mengucup dahi Mohender. Dada Mohender berdebar, dia mengeluarkan sepucuk pistol revolver dari kereta dan melangkah masuk kedalam rumah dan berdoa dalam bahasa Tamil agar tiada perkara buruk berlaku kepada isterinya. Airmatanya sudah bergenang. Dia ternampak sepasang kaki terbaring di lantai berdekatan di dapur, tanpa menghiraukan keadaan sekitar, dia menerpa kearah kaki tersebut. Sebelum sempat Mohender sampai, ayunan pedang gergasi hampir mencecah batang lehernya apabila sebilah lagi pedang gergasi menahan pedang tersebut. Mohender melihat muka orang yang cuba menyelamatkan dirinya, dia terkejut apabila melihat wajah Amylia Scarlett yang tenang menyelamatkan dia.

            “ Mohender, pergi ambil isteri awak dan bawa dia ke hospital. Devi cuma pengsan.” Mohender yang terkejut cepat mendukung isterinya dan membawa ke kereta. Pembunuh tadi cuba mengejar Mohender namun dihalang Amylia.

            “ Kau ada hutang yang perlu kau selesaikan dengan aku.” Amylia menunjukkan airmuka yang marah sambil menghayun pedang gergasi dari pembunuh tersebut. Pembunuh itu terpelanting ke belakang dapur dan pedangnya tercampak jauh, manakala pedang Amylia terlalu besar untuk dihayun di rumah Mohender. Pedang tersebut berpecah menjadi serpihan kecil dan hilang dari tapak tangan Amylia. Pembunuh tersebut menerpa ke arah Amylia dan menyerang bertubi-tubi. Amylia menahan segala serangan pembunuh tersebut. Namun entah bagaimana kepala Amylia berjaya dipegang oleh pembunuh tersebut lalu dihentak ke meja kaca. Kaca pecah berderai dan Amylia bagaikan patung, dibaling ke dinding konkrit dan mengejutkan dinding tersebut hancur. Ternyata lawan Amylia mempunyai tenaga badan yang mengagumkan.

Amylia yang masih terduduk di runtuhan dinding tidak bergerak, pembunuh tersebut mengambil kesempatan dan cuba mencengkam leher Amylia namun dia telah melakukan kesilapan yang paling besar. Amylia mencengkam tangan kiri lelaki tersebut lalu mebuat lemparan badan ke runtuhan dinding. Pembunuh itu bertindak pantas namun Amylia lebih pantas dan bijak mengaturkan strategi, dengan menggunakan telapak tangan, pembunuh itu diserang bertubi-tubi. Apabila dia hampir lembik, Amylia menyiku muka lelaki tersebut.

            “ Berdasarkan kekuatan kau, aku pasti kau seorang Lost Children bukan.” Teka Amylia. Pembunuh tersebut hanya ketawa dan menjerit secara tiba-tiba, dia mengumpul semua kekuatannya dan menumbuk perut Amylia menggunakan kedua-dua tangannya. Amylia terundur kebelakang, pembunuh itu meluru kedepan, dia sempat mengambil pedangnya yang berada berhampiran lalu lompat dilibas dari atas kepala Amylia. Tidak terkejut, dalam masa beberapa detik, Amylia membuka kekudanya, digenggam tangan erat, kelihatan seperti cas-cas eletrik berkumpul di tangannya.

            “ Gaya kelima pride of soul: Tombak Kembar!” bisik Amylia perlahan. Kedua-dua tangan Amylia yang berada di paras perut diangkat tinggi melebihi paras kepala dan menumbuk pedang tersebut, lebih terkejut lagi genggaman tangan Amylia membentuk aura tombak yang begitu panjang dan tajam menghancurkan pedang gergasi tersebut dan menembusi badan pembunuh tersebut. Darah termuntah keluar dari mulut dan perut pembunuh tersebut. Mata pembunuh tersebut terbeliak, badannya yang tergantung di udara dan menggigil. Darah membasahi aura tombak yang dihasilkan Amylia. Wajah Amylia juga terpalit kesan darah. Apabila buku tangan Amylia dibuka, aura tombak tersebut mula hilang dan mayat lelaki tadi jatuh ke tanah.

            “ Beritahu aku, siapa yang arahkan kau untuk membunuh Mohender?” Amylia cuba mencungkil rahsia daripada pembunuh tersebut. Mana tahu kalau dia dapat maklumat yang berguna.

            “ Jugdemaster Exodia... kau patut lebih tahu siapa yang mengupah aku. Dan aku rasa kau telah biasa dengan Lost Children seperti aku takkan membocorkan rahsia organisasi kami walau bagaimana teruk pun kami diseksa! Hahaha..” Darah termuntah keluar daripada mulut pembunuh tersebut.

            Amylia mengeluh, dia sudah tahu perkara sebegini akan berlaku. Dia memerhatikan Lost Children yang hampir mati itu. Berdasarkan skillnya dan pakaian lelaki itu, dia pasti berada dalam katergori bawahan, sedikit hebat daripada manusia biasa, cukup untuk membunuh orang seperti Mohender.

            Telinga Amylia terpicing mendengar satu bunyi yang pelik dari pembunuh itu. Bunyi seperti jam digital berdetik. Tidak sempat!

            Letupan yang besar menghancurkan dapur rumah Mohender, diikuti dengan letupan tangki gas memasak. Seluruh kawasan perumahan menjadi panik. Ada yang tidak membazirkan masa, menelefon pihak bomba. Ada yang menyaksikan rumah tersebut terbakar dari jauh. Segelintir mengejutkan keluarga mereka dan menyuruh keluar dari rumah, tidak mahu keluarga mereka menjadi mangsa kepada kebakaran tersebut.

            Beberapa orang penduduk tempatan bertungkus lumus cuba memadamkan api kebakaran. Ketika asyik memadamkan api, salah seorang penduduk ternampak satu lembaga keluar dari api tersebut. Penduduk tersebut terduduk di jalan. Beberapa orang penduduk lain tidak mempercayai apa yang mereka lihat.

            Amylia berjalan keluar dari api kebakaran tersebut. Yang pelik sekali, anggota tubuh badannya sedikit pun tidak melecur atau cedera. Pakaian Amylia telah terkoyak mungkin disebabkan letupan tadi. Dia berjalan melepasi para penduduk disitu dan berhenti, meletakkan jari telunjuknya di bibir dan mengenyitkan mata.

            “ Don’t tell anyone, please?” Para penduduk disitu terangguk-angguk. Amylia tersenyum dan meninggalkan mereka.

            Mereka yang berada disana tercengang, memikirkan perkara yang tidak logik yang berlaku dihadapan mereka. Adakah patut diberitahu pihak berkuasa atau tidak.

0 comments: