Demo Site

Monday, December 20, 2010

Semuanya Bermula....

5 Centimeters Per Second
               Tubuhku sering meggeletar malah dada terasa berdebar  apabila melihat gadis itu menjelma di depan mata. Dia sering datang berkunjung ke kedai buku yang menjadi tempat kerja separuh masa aku.  Gadis tersebut akan datang membeli atau menyewa buku pada hari minggu.
Pada mulanya, aku tidak menaruh apa-apa harapan terhadap gadis itu, namun semakin lama, semakin hari, aku mula jatuh hati padanya.  Aku masih ingat lagi pada pertemuan pertama aku dan dia, dia berpakaian kemeja berkotak besar berwarna merah, berseluar jeans biru muda yang lusuh, dengan cermin mata bulat berbingkai hitam berfesyen 70’an membuatkan dia kelihatan seorang ‘nerd’. Namun aku merasakan gadis itu menyembunyikan raut wajahnya yang cantik. Ketika itu aku sedang menjaga kaunter. Aku bersikap bersahaja dan dia pula kelihatan resah menanti aku menguruskan buku yang ingin dia pinjam. Kemudian gadis itu, melarikan diri selepas aku menyelesaikan urusan tersebut.

5 Centimeters Per Second

Minggu depannya, gadis tersebut kembali semula ke kedai buku, namun dia mempunyai perubahan besar, tidak lagi bercermin mata dan… rambutnya, tidak lagi diikat gaya ponytail namun cara pemakaiannya masih sama. Dia membawa dua judul novel berbeza: ‘Twilight Saga’ dan ‘Ombak Rindu’ untuk disewa. Dia menghulurkan novel tersebut pada aku yang menjaga kaunter penyewaan sekali lagi namun aku ketandusan kata kerana lidah aku rasa kelu secara tiba-tiba. Tidak berani bertentang mata kerana wajah gadis itu begitu ayu dan cantik membuatkan aku bertambah malu dan gelisah. Aku menghulurkan kedua-dua judul novel itu kembali pada gadis itu. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih lalu beredar.

Aku menghantuk kepala aku dengan novel  ‘Arjuna Cinta’. Tak aku sangka aku akan jatuh cinta dengan gadis tersebut. Malah rakan sekerja aku pun menyedari perkara tersebut.
Minggu berganti minggu, dia semakin gadis tersebut semakin cantik. Tidak lagi kelihatan seperti nerd. Aku cuba untuk menegur gadis tersebut namun lidah masih kelu untuk bercakap. Kenapa gadis itu membuat malamku sukar untuk tidur malah aku juga sering ditegur kerana sering mengelamun di siang hari tidak kira semasa kerja ataupun di rumah.

5 Centimeters Per Second

Pada satu hari selepas gadis itu menyewa lagi dua judul novel lain. Dia tertinggal dompetnya di atas kaunter. Tidak sempat aku memanggil gadis tersebut, dia sudah menghilangkan diri daripada pandangan mata. Dengan rasa serba salah, aku membuka dompetnya untuk melihat alamat rumahnya dan dari situ aku mengetahui namanya, Afrina secara tidak sengaja.
Senja itu, selepas syif waktu bekerjaku tamat, aku ingin menghantar dompet itu ke balai polis, Afrina sedang berada di bawah cahaya lampu neon sambil berjalan kesana-sini sambil mengenggam tangannya erat, dia menyedari kehadiran aku yang semakin hampir. Aku cuba memanggil namanya apabila aku terdengar tangisan halus dari Afrina. Dia mungkin ketakutan kerana kehilangan dompetnya.
Tidak sanggup melihat gadis cilik itu menangis, aku memanggil namanya.
“ Cik Afrina.”
Dia memandang aku dengan wajah yang terkejut dan pantas mengelap titisan air matanya. Aku dengan lembut menghulurkan dompetnya. Dia kelihatan malu tetapi gembira. Dia mengambil dompetnya lalu mengucap terima kasih. Dia ingin membalas budi aku namun aku menolaknya.
Dengan merasakan suasanan ini begitu sesuai, aku ingin melafazkan hajatku untuk berkenalan dengan gadis itu. Namun terhenti apabila sebuah kereta Mercedes S-Class berhenti di bangku jalan. Seorang lelaki yang segak berpakaian kot kelabu perak keluar dari pintu kereta tersebut lalu menjemput Afrina untuk masuk kedalam kereta.
Pada waktu itu, hatiku remuk. Aku anggarkan lelaki itu suami Afrina ataupun tunangnya. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Afrina dan meninggalkan mereka berdua tanpa memandang semula kebelakang. Jika dibandingkan aku dan lelaki tersebut memang jauh berbeza, dia memandu sebuah kereta mewah manakala aku berjalan kaki dan masih lagi belajar. Sudah tentu aku kalah. 

5 Centimeters Per Second

Dua minggu berlalu, aku tidak lagi berkerja pada hari minggu. Sengaja ingin mengelakkan diriku daripada bertemu Afrina. Rakan sekerjaku bimbang dengan diriku yang kecewa. Mereka cuba menenangkan diriku dengan membelikan aku novel ‘Hatiku Di Harajuku’ yang merupakan buah tangan penulis yang aku minati. Menyuruh aku supaya jangan menjadi seperti watak dalam novel ‘Rahsia Perindu’.
Hari Sabtu pagi ketika aku menikmati hari cutiku, aku terima panggilan daripada bos, dia meminta aku mengisi tempat kosong di kaunter penyewaan kerana orang yang sepatutnya telah jatuh sakit. Walaupun berat hati, aku tabahkan hati dan mengharap untuk tidak berjumpa dengan Afrina.

5 Centimeters Per Second

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, apabila Afrina memunculkan diri, namun dia berpakaian seperti aku berjumpa dengannya buat pertama kali. Apabila dia melihat aku berada di kaunter penyewaan, Afrina terkejut. Dia kelihatan gelabah dan berjalan menuju ke arah rak buku. Dia muncul semula dengan beberapa judul novel dan meletakkan di depan aku.
Aku bertanya adakah semua judul buku ini untuk disewa, dia menggeleng. Afrina meletakan jari telunjuk di atas novel ‘Remember Me?’. Aku menganggukkan kepala. Dia terdiam dan berkata
“ Saya…. masih lagi ingat saat pertama saya berjumpa awak. Awak duduk di belakang kaunter itu seperti sekarang. Sejak dari minggu itu saya cuba berubah supaya awak tahu tentang kehadiran saya. Kemudian awak member respon dengan sentiasa memberi senyuman malah awak member saya harapan. Tapi… dua…dua minggu lepas, saya… tak sempat saya nak memperkenalkan diri saya, awak terus menghilangkan diri. Kemudian saya tidak pernah berjumpa dengan awak.”
“ Bukankah tunang awak datang menjemput awak waktu itu?” Aku membalas. Tidak ingin menjadi orang ketiga dalam percintaan orang.
“ Dia..dia abang saya. Awak sangkakan saya telah bertunang atau berkahwin? Tak mengapa….. Apa yang cuba saya sampaikan: Saya cintakan awak. Tetapi kalau awak…. tak sudi, saya faham. Apa-apa pun.”
Afrina menudingkan jari ke arah novel ‘Thanks For The Memories’ dan beredar. Aku melihat novel di sekelilingku dan mengambil sejudul novel yang sesuai. Bos, rakan sekerja malah pelanggan tersenyum lebar. Aku melompat keluar dari kaunter tersebut, berlari dan memanggil Afrina yang sudah berada di luar kedai. Dia berdiri tegak di atas pejalan kaki yang agak sibuk itu. Aku meminta maaf atas salah faham yang aku timbulkan. Malah dengan rasa berdebar yang teramat sangat aku menunjukkan Afrina novel ‘P/S: I LOVE YOU’ 

5 Centimeters Per Second

“ Saya juga cintakan awak.” Aku cakapkan dengan wajah yang begitu merah. Afrina terkejut namun dia juga berasa malu. Orang yang berada di dalam kedai buku itu bersorak membuatkan kami lebih malu.
Hari itu merupakan saat paling indah yang aku simpan di dalam memoriku. Tiga tahun kemudian, selepas aku dan Afrina telah habis belajar dan bekerja, kami berkahwin. Malah setiap hujung minggu, kami masih lagi mengunjungi kedai buku yang menjadi bibit-bibit percintaan kami.   
      
5 Centimeters Per Second

2 comments:

Anonymous said...

ni kisah benar ke khayaln semata-mata?

savior_knight said...

rekaan semata-mata.. mintak maaf la kalo ade yg rase bende ni mcm betol