Demo Site

Wednesday, December 15, 2010

Website Nak Streaming Anime



Salam semua! Korang semua biasa streaming tak sama ade kat laptop ataupun pc korang? Kalau biase, korang tau la mane nak carik website nak streaming movie, sport, drama dgn anime ( aku biase streaming anime je ). Tapi bagi orang yang tak pernah ataupun tak kenal ape itu streaming: streaming adalah menyaksikan cerita ataupun saluran di komputer menggunakan internet ( Ni mengikut translation penulis, kalau silap. Sila tegur )

So, kali ni aku nak post website untuk korang streaming anime kegemaran korang. Mesti korang tertanya-tanya, kenape nak post lebih dari satu website? Jawapannya simple, tak semua website lengkap siri anime yang korang teringin nak tengok, tu pasal aku post lebih dari satu. Macam biase, sila read more



anime44.com

Anime44! Walaupun aku sendiri tak pasti kenape diberi angka 44 tu. Tetapi ni merupakan website paling aku minat untuk streaming anime seperti SRW Original Generation atau MM! Flash player yang digunakan agak cepat untuk upload video, jadi aku tak perlu tunggu sampai 30 minit nak tunggu video tu nak upload.


animeseason.com

Yang kedua, animeseason! Banyak anime kegemaran korang ada kat sini. Flash player yang digunakan pelbagai jenis, ikut citarasa korang. Pastu, lengkap dengan anime recommondation: contohnya, kalau korang suka gundam 00, website ni akan cadangkan korang tengok code geass berdasarkan persamaan yang ada pada kedua-dua anime tersebut.


animeseed.com

Animeseed bersama Horo Horo ( Spice and Wolf ) mempunyai lebih dari streaming. Website ni sertakan download, recommendation, malah post harian biase. Menggunakan Megavideo sebagai flash player menjadikan kelemahan website ni ( Megavideo mempunyai limit untuk korang streaming video ). But still, I like this site!


kumby.com

Kumby.com ( Ape maksud kumby? Aku tak pernak dengar ) Website ni mempunyai library anime yang banyak dan mempunyai ruangan forum untuk korang bertanya macam macam perkara. Tak lupa juga dengan chatroom die.


anilinkz.com

Website last sekali yang aku selalu pakai. Tapi still boleh digunakan untuk anime yang tak terdapat dalam website-website di atas. Walaupun iklan di sebelah kiri website ni agak kurang sopan. Ehem ( '_')



So bagi yang mendapati post ni agak membantu. Terima kasih banyak-banyak. Kalau korang nak rekemen kepada aku untuk post benda lain, bolehlah bagitau kat comment. Lagi satu. Kalau tak boleh komen, sila tulis kat ruangan shoutmix. Sebenarnya, aku tak sure apa problem dengan ruangan comment aku. Nak kene rujuk balik ezhan-artwork nanti. Sekian salam. Ahaks!



0 comments: