Demo Site

Thursday, December 23, 2010

Website Best Nak Baca Manga

Hatsune Miku >.<

Salam 1Malaysia semua! Hari ni aku baru balik dari bercuti dan tangan eden gatal-gatal nak menulis blog ( dan alergi kepada ramuan yang terdapat dalam satar. Terseksa ) Hari ni, aku nak wat post pasal website best kalau korang semua nak baca manga! Seperti yang ramai tahu ( mane-mane yang tak tahu, buat-buat tahu jer ) kebanyakan anime yang di tayangkan sekarang kebanyakannya berasal dari manga-manga yang mantap sehingga layak muncul di layar skrin. Tetapi sayang seribu sayang, ada anime yang tak ikut perkembangan manga, malah ada yang tergantung! Ceh! Tapi tak mengapa, hari ni aku bagitahu mana website best nak baca manga korang. Seperti selalu, read more la....


mangafox.com
My feveret place to read manga! Mangafox jatuh tempat pertama. Koleksi manga kat sini adalah paling besar tak silap aku. Malah, kebanyakan manga yang feymes boleh korang cari kat sini.


mangareader.net

Mangareader salah satu tempat yang belum kene lesen untuk manga naruto. Mangareader simple, nak browsing koleksi manga pun kejap. Kalo korang nak klik next pun tak ambil masa yang lama untuk loading gambar. 
tenmanga.com
Tak pernah dengar? Tak apa, tapi korang takkan rugi pasal tenmanga ringan, pantas, koleksi pun besar dan menampilkan manhwa ( Apa itu manhwa? Seperti manga tetapi korean punya manga. ) 


mangable.com

Mangable jatuh ke tangga terakhir pasal aku jarang pakai pasal koleksi 'manga'nya lebih kurang saja. Itu pasal aku jarang pakai.


mangastream.com

Tadi kata mangable last? Kenapa ada lagi satu. Mangastream ni merupakan tempat korang nak streaming manga yang 3 latest sahaja. Selepas itu, dia akan keluarkan 3 yang lagi baru. Ni tempat yang sesuai nak membaca naruto dan onepiece kalau tak silap dari 'secret source' aku. Hehehehe


Ok, itu sahaja buat kali ni. Untuk post terbaru mungkin , cerita yang aku reka, ataupun post tentang benda yang paling aku mendalami seperti anime. Tengok-tengok la nanti. Kalau korang ada idea, beritahu sahaja kat ruangan chat aku. Salam. Ahaks!



0 comments: