Demo Site

Friday, January 1, 2010

Bab 5

Sebulan kemudian,
Rumah Kediaman Amylia Scarlett





S
udah sebulan setelah Takuya dirawat di Hospital Pakar Jackson selepas terselamat daripada maut di negara Johen, kini dia sudah hampir sembuh. Dia telah diberi arahan oleh Jeneral Amylia sendiri agar diberi masa untuk beristirehat di rumah. Makciknya melarang dirinya daripada menyertai semula angkatan tentera selepas kejadian itu untuk sementara waktu. Dia terpaksa juga duduk di rumah, tidak berjalan-jalan kemana-mana. Walaupun begitu, ramai teman rapatnya datang berkunjung termasuk Simon dan Zakaria sendiri. Hadiah-hadiah daripada peminatnya di kem juga menjadi peneman kesepian.
Di sebuah kawasan lapang di rumah makciknya itu, Takuya melakukan senaman berat agar dapat memantapkan kembali fizikal badannya. Ketika baru melakukan senaman, dia mudah termengah-mengah, namun selepas 30 minit, dia sudah mampu mengatur nafasnya malah segala senaman yang dilakukan dengan mudah. Setelah melakukan senaman yang berat itu, hatinya tiba-tiba tergerak untuk melakukan seni pertahanan diri yang sebati dengan dirinya, ‘Pride Of Soul’.


‘Pride’ adalah kebanggaan/maruah/harga diri. ‘Soul’ adalah jiwa. Maruah sebuah jiwa ataupun keyakinan terhadap kekuatan jiwa yang dmiliki oleh seseorang. Walaupun nama seni mempertahankan diri ini sedikit pelik, namun Takuya tetap mempraktik seni ini kerana ini sahaja peninggalan daripada keluarga dia. Seni pertahankan diri ‘Pride Of Soul’ ini hanya diperturunkan kepada keluarga tertentu, terdapat 6 buah keluarga sahaja yang mengetahui seni ini; Shen Luo, Himura, Kitanuki, Scarlett, Daisuke, dan Campbell. Hanya 6 keluarga sahaja diperturunkan ilmu ini, dan jika dipelajari oleh keluarga lain, mereka akan ditimpa musibah.
Setiap langkah dan jurus yang dilakukan oleh Takuya penuh dengan penghayatan dan tenaga, dia begitu gembira dapat mempraktik seni ini setelah terbaring dan tidak dibenarkan oleh doktor untuk melakukan aktiviti-aktiviti berat. Bagi Takuya, seni pertahankan diri ini tela sebati dengan jiwanya. Dia tidak pasti mengapa, namun dia dapat rasakan ketika dia tidak mengalami kehilangan daya ingatan pasti dirinya yang lama gemar mempraktikkan ilmu ini. Ketika dia kehilangan ingatan, makcik Amylia yang mengajar seni ini kepada dirinya. Kata Amylia, seni ini harus diwarisi oleh semua anggota keluarga. Walaupun cara ajaran Amylia begitu tegas namun Takuya tidak kisah kerana dia mengetahui makciknya itu mempunyai sebab mengapa harus dia tegas tehadap dirinya sendiri
Amylia mengintai anak buahnya itu dari jauh sambil membaca sebuah novel, setiap langkah yang dilakukan Takuya diperhatikan.
            “ Makcik Amylia! Saya tahu makcik tengah tengok saya dari pintu tu.” Langkah Takuya masih lagi diteruskan walaupun dia sedang bercakap. Nafas dia tetap teratur.
Amylia ketawa kecil, dia tidak menyedari bahawa Takuya tahu kehadiran dirinya disitu
Nampaknya dia dah semakin tajam. Bisik dirinya sendiri. Sekadar dapat didengari dirinya seorang. Amylia menuju ke tempat Takuya berlatih dan masih meneruskan pembacaannya. Dia menanggalkan cermin mata dan meletakkan cermin mata itu di atas meja berhampiran kolam ikan.
            “ Perlukan sparring partner?” Pertanyaan yang kelihatan begitu senang untuk dijawab oleh orang yang tidak mengetahui kehebatan Amylia Scarlett, bagi Takuya, itu merupakan satu soalan yang agak sukar untuk dijawap. Dia menelan air liur sambil membuat air muka kurang senang.
            “ Lawan dengan makcik? Mintak maaf, saya terpaksa menolak. Kalau ada seratus orang lawan makcik pun, belum tentu menang. Apatah lagi saya seorang. Haha...” Takuya memaksa dirinya untuk ketawa.
Amylia Scarlett membuat air muka yang tidak menyenangkan lalu menggelengkan kepala.
            “ Tak sangka, seorang ace dalam pertempuran tidak berani berlawan dengan seorang jeneral kerepot macam saya.” Amylia sengaja mengumpan Takuya dan Takuya sendiri menghampiri umpan itu.
            “ Berhenti mengatakan makcik seorang kerepot. Makcik baru berusia 3..”
            “ Jangan cakap tentang UMUR makcik!” Takuya agak terkejut mendengar Amylia menjerit. Dia terlupa bahawa umur adalah satu perkara yang agak sensitif kepada makcik saudaranya itu. Walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa, dia terus meminta maaf namun dalam hati Takuya, dia gembira kerana makcik Amylia tidak bersikap ‘cool’ dihadapan dia. Jika di rumah, Amylia lebih bersikap terbuka dan tidak se’cool’ di kem tentera.
Amylia mengambil nafas panjang, umpan kali ini tidak kena, dia harus mencari umpan baru. Tapi.. apa jenis umpan yang harus dia pakai.
            “ Garaj bawah tanah.” Suara Amylia didengari Takuya.
            “ Garaj? Garaj bawah tanah? Kenapa dengan tempat itu?”
            “ Betul! Kalau kamu lawan dengan makcik. Makcik benarkan kamu turun ke bawah sana. Kamu teringin nak turun ke garaj tu kan?”


Takuya menelan air liur. Jelas ini merupakan satu peluang yang bagus. Selama Takuya duduk disini, dia tidak pernah melangkah masuk ke garaj bawah tanah itu. Makcik Amylia melarang sama sekali untuk dia turun ke garaj tersebut. Terdapat sesuatu yang amat bernilai di bawah sana kata makcik Amylia. Disebabkan itu, dia dilarang sama sekali untuk turun.
Umpan Amylia terkena. Amylia hanya tersenyum melihat Takuya berada dalam keadaan ragu-ragu itu.                 
            “ Jadi, bagaimana?”                                                                                                                             
            “ Saya rasa makcik dah tahu jawapan saya” Takuya tersenyum lebar. Dia membuka langkah, dia ingin menggunakan Pride Of Soul untuk berlawan dengan makciknya. Dia kelihatan begitu yakin. Amylia mengetap giginya. Dia juga turut berasa bersemangat.





            “ Pride Of Soul ya. Kita tengok siapa lebih mahir.... Oh ya! Lagi satu, kamu tahu ada satu benda yang berada dibawah sana khas untuk kamu, jadi, kalau kamu berjaya melukakan makcik, walaupun satu calar kecil pun. Makcik benarkan kamu menggunakan barang itu sesuka hati.” Amylia menambahkan lagi bonus kepada tawarannya itu.
            “ Baik! Saya setuju. Tapi kenapa sekarang baru benarkan saya turun kebawah sana, makcik Amylia?” Amylia sekadar tersengih.
Kerana kamu sudah bersedia. Bisik hati Amylia. Dia semakin yakin bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk Takuya bangkit. 
Amylia dan Takuya sudah dalam keadaan bersedia. Masing-masing menunggu sesuatu. Sesuatu untuk memulakan pertarungan ini. Seluruh kawasan taman itu menjadi sunyi sepi, yang hanya kedengaran air terjun kolam ikan kesayangan Amylia. Kawasan rumah Amylia yang begitu besar malah rumah yang kelihatan mesra alam itu sungguh menenangkan perasaan. Rumah yang didirikan oleh Amylia di atas sebuah kawasan yang begitu permai dan indah.
Kedua-dua masih tidak bergerak. Tiada sesiapa yang dapat memahami pemikiran mereka berdua buat masa sekarang. Air di dalam kolam ikan itu tiba-tiba berkocak kuat. Amylia dan Takuya bergerak serentak menyerang sesama sendiri seolah-olah perlawanan kalah mati.



Pejabat Rasmi Menteri Pertahanan Negara Auru Xander


Abingdon Hetopolis meneliti dokumen yang berada di atas meja. Walaupun dia dianggap sebagai menteri yang tidak telus namun dia masih lagi menjalankan tugasnya sebgai seorang menteri. Laporan mengenai pertempuran di negara Johen dilihat dengan megah, satu lagi kejayaan bagi negara Auru. Namun dia masih lagi tidak senang hati setelah dia melihat laporan kecederaan Himura Takuya. Dia menghempaskan dokumen itu. Himura Takuya dan Amylia Scarlett, dua nama yang cukup membencikan.
            “ Kenapa la bangsat tu tak mati saja dalam pertempuran. Liat juga nyawa dia ni, sama macam Amylia..... tidak. Perempuan lahanat itu tak mungkin mati macam tu sahaja.”
Ketukan di pintu masuk bilik Abingdon membuatkan dia tersedar daripada lamunan. Dia mengemas semula dokumen di atas meja dan menyuruh orang di luar masuk. Setiausaha Abingdon yang sangat seksi itu memasuki pejabat bersama seorang lelaki berpakaian kot berwarna hitam sambil membawa sebuah beg bimbit yang diperbuat daripada besi.
            “ Tuan, ini Mohender yang tuan suruh panggil tadi.” Setiausaha itu memperkenalkan diri lelaki tersebut.
Abingdon membuat isyarat muka supaya setiausaha tersebut meninggalkan mereka bersendirian. Setiausaha itu terus meninggalkan mereka dan menutup pintu bilik tersebut. Abingdon duduk di atas kerusi empuk miliknya sambil menyuruh Mohender duduk.
            “ Tuan Abingdon, saya dah habis memproses gambar yang tuan suruh.”
Mohender mengeluarkan sebuah envelop sebesar saiz kertas A4 dari beg bimbit tersebut lalu meletakkan di atas meja Abingdon. Abingdon tidak membuang masa mengambil envelop itu dan membukanya. Dia meneliti barang yang berada dalam beg tersebut yang merupakan beberapa keping gambar. Air muka Abingdon menunjukkan seribu kepuasan, dia mengalihkan pandangan silih ganti terhadap Mohender dan gambar-gambar tersebut.
            “ Ini saja ke?” Senyuman Abingdon mengiringi pertanyaan.
Mohender menggeleng.
            “ Ada lagi, tuan. Kat dalam sampul tu ada satu lagi benda yang menarik. Cukup untuk menjadi bukti malah menghukum orang yang tuan target.”
Abingdon mengeluarkan satu helai lagi kertas daripada envelop tersebut, kertas itu merupakan simpanan akaun seseorang. Kali ini Abingdon lebih tersenyum lebar. Mohender sekadar memerhatikan sahaja perbuatan Abingdon. Dia tidak kisah maklumat dan gambar yang dimilikinya itu. Setelah berbulan melakukan penyiasatan terhadap orang yang disasari, kini dia akan mendapat ganjaran yang besar. Dia hanya perlu menanti.
Abingdon mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya. Mohender tersenyum, ganjaran yang dinantikan akan cukup menyara diri dan isteri kesayangan. Benda itu merupakan buku cek, dan Abingdon menulis sejumlah wang yang agak besar nilainya.
Abingdon menghulurkan cek itu kepada Mohender yang sudah menghulurkan tangan namun dia menarik semula cek itu. Mohender kehairanan.
            “ Kapten Mohender, ingat! Jangan beritahu sesiapa pun mengenai perkara ini.” Abingdon memberi amaran.




Mohender mengangguk, peluh jantan mula menitik dari dahi Mohender. Dia tahu akan akibat yang bakal dia perolehi kalau maklumat ini bocor.
Abingdon menyerahkan cek itu kepada Mohender sambil tersengih lebar.
            “ Nice working with you, Mohender. Saya harap awak berbahagia bersamping isteri.” Ucapan Abingdon sedikit sebanyak membuat Mohender gembira.
            “ Terima kasih,tuan Abingdon.”
Mohender meninggalkan Abingdon keseorangan. Setelah memastikan Mohender meninggalkan pejabat, Abingdon memanggil setiausahanya kembali masuk.
            “ Fay Lan, panggil BPR dan polis tentera ke sini. Kata dengan mereka saya nak mereka menahan seseorang.” Kata-kata Abingdon dituruti dengan senyuman.


Rumah Kediaman Amylia Scarlett


Tumbukan padu daripada Amylia dapat ditepis oleh Takuya begitu juga sepakan Takuya dapat ditepis oleh Amylia. Masing-masing berundur ke belakang. Namun Amylia tidak membuang masa, dia bergerak ke arah Takuya pantas, cuba menumbuk Takuya. Takuya sempat mengelak, pada masa yang sama dia melakukan satu sepakan yang rendah untuk membuat Amylia hilang keseimbangan. Tapi dengan mudahnya Amylia melompat ke belakang, menyusun semula langkah.
Takuya mengambil nafas pantas. Dia cuba memikirkan cara untuk mengalahkan makciknya itu. Walaupun dia seorang perempuan namun Takuya tidak boleh berlembut dengan Amylia, dia terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk menyentuh, mencalar atau paling hebat pun menumbuk makcik kesayangannya itu. Dia tahu mustahil untuk menewaskan Amylia. Dia memandang semula ke hadapan, dia terkejut. Makciknya tiada di hadapan.
            “ Bukankah makcik dah pesan supaya jangan terleka dalam pertempuran.” Suara Amylia kedengaran dari belakang Takuya.
            “ Setan, bila masa dia ada kat belakang!” Takuya bermonolog sendirian.
Satu serangan telapak tangan Amylia di perut sudah cukup membuat Takuya terlambung ke udara. Takuya hanya mampu membiarkan dirinya dilambung. Perutnya terasa senak namun dia masih mampu bertahan. Dia berjaya mendarat di tanah dengan kedua-dua kakinya, tidak membazirkan masa seoerti tadi, Takuya meluru kehadapan dan melakukan satu sepakan rendah sekali lagi. Seperti tadi Amylia berjaya mengelak dengan melompat.
Takuya tersenyum, muslihat yang dirancang menjadi. Dengan menggunakan sebelah lagi kaki kanan yang berada di tanah menjadikan sebagai pusat menampung berat badan dan mengumpul segala kekuatan di kaki kiri dan menyepak sekali lagi dengan sepenuh tenaga ke arah Amylia yang melompat di udara di perut Amylia.
Ternyata serangan tadi mengejutkan Amylia. Dia tidak mampu mengelak sepakan yang berarus kencang itu, kali ini dia yang melambung ke atas.
Namun sekali Takuya kecewa, makciknya itu menahan sepakan itu daripada terkena perutnya. Ditahan menggunakan kedua-dua belah tangan. Makciknya hanya tersenyum.
            “ Nice! But macam selalu. Gerakan yang mudah dibaca.” Komen Amylia sedikit sebanyak mengguris hati Takuya.
Takuya tersenyum. Lantak apa yang makciknya nak cakap. Dia hampir melukakan perepuan itu. Kali ini dia terus menyerang dan pandangan mata Takuya bertentangan pandangan mata Amylia.
Ini merupakan salah satu langkah yang digunakan untuk membaca pergerakan lawan. Teknik ini amat berguna dalam seni mempertahankan diri dan ternyata amat berguna dan bukan sekadar teori sahaja.
Takuya melancarkan serangan bertali arus dan bertalu-talu. Tidak memberi peluang kepada Amylia untuk menyerang. Bagaimana pun, Amylia kelihatan tenang dan mampu mematahkan segala serangan Takuya dengan mudah. Tidak seperti tadi, tiada senyuman terpampang di wajahnya, raut wajah muka Amylia serius. Perasaan kecewa mula melular di hati Amylia. Setiap serangan Takuya tiada jiwa seperti dahulu. Secara tiba-tiba Takuya melompat ke udara, menggunakan kepalan tangan kanan, dia menghempaskannya ke kepala Amylia, namun sia-sia. Serangan tadi sekadar meretakkan lantai yang diperbuat daripada marmar.
            “ Lambat!” Amylia memegang kepala Takuya dan menolak lelaki itu ke belakang.
Takuya berpusing dua tiga kali sebelum dia dapat berdiri semula. Tindakan Takuya sudah terlambat, Amylia sudah berada di depan mata Takuya membuat serangan demi serangan. Takuya diperlakukan seperti patung. Dengan satu tendangan tepat ke dada Takuya mengakhiri segala segala serangan Amylia. Ganas, namun Amylia terpaksa. Kalau ikutkan hati, dia tidak ingin menyentuh langsung anak saudara kesayangannya itu. Tapi, dia terpaksa, ini bertujuan untuk membangkitkan kuasa Takuya yang terpendam.
            “ Berapa lama lagi kau nak terduduk?” Mulut Amylia hanya bercakap sebegitu, dalam hatinya, dia ingin bertanya keadaan Takuya. Adakah dia tercedera teruk? Sakit di bahagian mana-mana ke? Namun soalan itu juga yang terkeluar dari mulutnya.
Takuya tersenyum. Dia mengesat darah yang mengalir dari mulutnya mungkin disebabkan tergigit pipinya.
            “ Saya tahu makcik tak berlawan sepenuh tenaga.” Takuya segera bangkit dan memandang tepat kearah Amylia.
            “ Takuya...” Amylia mengeluh berat.
            “ Ada sesuatu yang kurang dalam ‘pride of soul’ kamu.” Ujarnya lagi.
            “ Apa maksud makcik?” Takuya mendesak makciknya
Amylia meraup rambutnya kebelakang. Rambut belakang Amylia yang panjang diikat dengan strapper.              “ Dengar sini Takuya. Kamu kekurangan ‘jiwa’ dalam setiap langkah kamu.” Jelas Amylia.
            “ Jiwa?” Takuya menggaru kepala.” Apa kaitan jiwa dalam pertarungan, makcik? Saya tak faham apa yang makik cuba sampaikan.”
            Amylia melihat sekitarnya. Cantik dan aman. Tidak seperti berada di kawasan bandar. Begitu sibuk dan tida tenteram. Dia lebih suka kawasan yang tenang sebegini, itu sebab Amylia membina rumah di kawasan berhampiran dengan hutan. Sejuk dan nyaman.
            “ Takuya. Kamu sendiri tahu didalam semua benda yang hidup pasti mempunyai jiwa. Seperti ikan di dalam kolam ini, kamu dan makcik sendiri mempunyai jiwa.” Amylia menerangkan sambil bermain air di dalam kolam ikan itu.
            “ Itu memang betul. Saya masih...”
            “ Takuya, apa yang penting kepada diri kamu? Itu adalah sumber kekuatan jiwa kamu. Jika kamu tidak tahu, kamu tak mungkin dapat menyelamatkan dia.” Amylia terlepas cakap.
            “ Selamatkan siapa, makcik?” Satu soalan yang sukar untuk Amylia menjawab. Satu soalan yang sukar yang ditanyakan oleh Takuya. Walaupun dia sudah terlepas cakap namun Amylia tidak akan membocorkan rahsia kerana dia sudah berjanji dengan orang itu untuk tidak menolong Takuya dalam mencari kebenaran.
            “ Itu adalah sesuatu yang kamu kena cari sendiri, Takuya. Makcik tidak boleh menolong kamu dalam semua perkara.”
Amylia meningggalkan Takuya kebinggungan di taman berseorangan. Mungkin agak kejam di situ namun dia tiada piihan lain. Minta maaf Takuya tapi makcik tidak boleh membantu kamu!
Takuya terduduk di atas lantai marmar. Memikirkan maksud yangtersirat dalam kata-kata makciknya itu. memikirkan sebarang kemungkinan yang pasti. Adakah makciknya mengenali Aya Reina. Dia harus mencari jawapan kepada persoalan itu.
            “ Aku harus mencari Aya!”


Satu kawasan yang tidak diketahui


Dada Aya tiba-tiba berdenyut kuat. Walaupun dia tidak memiliki jasadnya buat sementara waktu namun Aya dapat merasai degupan yang kuat itu. Dia tersenyum dan meletakkan tangannya di dada. Sudah lama Aya tidak merasai degupan jantung sebegitu kuat, selalunya ini akan berlaku kalau ada sesuatu yang baik akan muncul. Ataupun Takuya berada disisinya.
            “ Jadi, sudah tidak lama lagi.” Aya memandang ke bulan yang kelihatan begitu dekat. “ Saya akan menanti awak di sini, Taku.”

0 comments: