Demo Site

Friday, January 1, 2010

Bab 5

Sebulan kemudian,
Rumah Kediaman Amylia Scarlett





S
udah sebulan setelah Takuya dirawat di Hospital Pakar Jackson selepas terselamat daripada maut di negara Johen, kini dia sudah hampir sembuh. Dia telah diberi arahan oleh Jeneral Amylia sendiri agar diberi masa untuk beristirehat di rumah. Makciknya melarang dirinya daripada menyertai semula angkatan tentera selepas kejadian itu untuk sementara waktu. Dia terpaksa juga duduk di rumah, tidak berjalan-jalan kemana-mana. Walaupun begitu, ramai teman rapatnya datang berkunjung termasuk Simon dan Zakaria sendiri. Hadiah-hadiah daripada peminatnya di kem juga menjadi peneman kesepian.
Di sebuah kawasan lapang di rumah makciknya itu, Takuya melakukan senaman berat agar dapat memantapkan kembali fizikal badannya. Ketika baru melakukan senaman, dia mudah termengah-mengah, namun selepas 30 minit, dia sudah mampu mengatur nafasnya malah segala senaman yang dilakukan dengan mudah. Setelah melakukan senaman yang berat itu, hatinya tiba-tiba tergerak untuk melakukan seni pertahanan diri yang sebati dengan dirinya, ‘Pride Of Soul’.


‘Pride’ adalah kebanggaan/maruah/harga diri. ‘Soul’ adalah jiwa. Maruah sebuah jiwa ataupun keyakinan terhadap kekuatan jiwa yang dmiliki oleh seseorang. Walaupun nama seni mempertahankan diri ini sedikit pelik, namun Takuya tetap mempraktik seni ini kerana ini sahaja peninggalan daripada keluarga dia. Seni pertahankan diri ‘Pride Of Soul’ ini hanya diperturunkan kepada keluarga tertentu, terdapat 6 buah keluarga sahaja yang mengetahui seni ini; Shen Luo, Himura, Kitanuki, Scarlett, Daisuke, dan Campbell. Hanya 6 keluarga sahaja diperturunkan ilmu ini, dan jika dipelajari oleh keluarga lain, mereka akan ditimpa musibah.
Setiap langkah dan jurus yang dilakukan oleh Takuya penuh dengan penghayatan dan tenaga, dia begitu gembira dapat mempraktik seni ini setelah terbaring dan tidak dibenarkan oleh doktor untuk melakukan aktiviti-aktiviti berat. Bagi Takuya, seni pertahankan diri ini tela sebati dengan jiwanya. Dia tidak pasti mengapa, namun dia dapat rasakan ketika dia tidak mengalami kehilangan daya ingatan pasti dirinya yang lama gemar mempraktikkan ilmu ini. Ketika dia kehilangan ingatan, makcik Amylia yang mengajar seni ini kepada dirinya. Kata Amylia, seni ini harus diwarisi oleh semua anggota keluarga. Walaupun cara ajaran Amylia begitu tegas namun Takuya tidak kisah kerana dia mengetahui makciknya itu mempunyai sebab mengapa harus dia tegas tehadap dirinya sendiri
Amylia mengintai anak buahnya itu dari jauh sambil membaca sebuah novel, setiap langkah yang dilakukan Takuya diperhatikan.
            “ Makcik Amylia! Saya tahu makcik tengah tengok saya dari pintu tu.” Langkah Takuya masih lagi diteruskan walaupun dia sedang bercakap. Nafas dia tetap teratur.
Amylia ketawa kecil, dia tidak menyedari bahawa Takuya tahu kehadiran dirinya disitu
Nampaknya dia dah semakin tajam. Bisik dirinya sendiri. Sekadar dapat didengari dirinya seorang. Amylia menuju ke tempat Takuya berlatih dan masih meneruskan pembacaannya. Dia menanggalkan cermin mata dan meletakkan cermin mata itu di atas meja berhampiran kolam ikan.
            “ Perlukan sparring partner?” Pertanyaan yang kelihatan begitu senang untuk dijawab oleh orang yang tidak mengetahui kehebatan Amylia Scarlett, bagi Takuya, itu merupakan satu soalan yang agak sukar untuk dijawap. Dia menelan air liur sambil membuat air muka kurang senang.
            “ Lawan dengan makcik? Mintak maaf, saya terpaksa menolak. Kalau ada seratus orang lawan makcik pun, belum tentu menang. Apatah lagi saya seorang. Haha...” Takuya memaksa dirinya untuk ketawa.
Amylia Scarlett membuat air muka yang tidak menyenangkan lalu menggelengkan kepala.
            “ Tak sangka, seorang ace dalam pertempuran tidak berani berlawan dengan seorang jeneral kerepot macam saya.” Amylia sengaja mengumpan Takuya dan Takuya sendiri menghampiri umpan itu.
            “ Berhenti mengatakan makcik seorang kerepot. Makcik baru berusia 3..”
            “ Jangan cakap tentang UMUR makcik!” Takuya agak terkejut mendengar Amylia menjerit. Dia terlupa bahawa umur adalah satu perkara yang agak sensitif kepada makcik saudaranya itu. Walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa, dia terus meminta maaf namun dalam hati Takuya, dia gembira kerana makcik Amylia tidak bersikap ‘cool’ dihadapan dia. Jika di rumah, Amylia lebih bersikap terbuka dan tidak se’cool’ di kem tentera.
Amylia mengambil nafas panjang, umpan kali ini tidak kena, dia harus mencari umpan baru. Tapi.. apa jenis umpan yang harus dia pakai.
            “ Garaj bawah tanah.” Suara Amylia didengari Takuya.
            “ Garaj? Garaj bawah tanah? Kenapa dengan tempat itu?”
            “ Betul! Kalau kamu lawan dengan makcik. Makcik benarkan kamu turun ke bawah sana. Kamu teringin nak turun ke garaj tu kan?”


Takuya menelan air liur. Jelas ini merupakan satu peluang yang bagus. Selama Takuya duduk disini, dia tidak pernah melangkah masuk ke garaj bawah tanah itu. Makcik Amylia melarang sama sekali untuk dia turun ke garaj tersebut. Terdapat sesuatu yang amat bernilai di bawah sana kata makcik Amylia. Disebabkan itu, dia dilarang sama sekali untuk turun.
Umpan Amylia terkena. Amylia hanya tersenyum melihat Takuya berada dalam keadaan ragu-ragu itu.                 
            “ Jadi, bagaimana?”                                                                                                                             
            “ Saya rasa makcik dah tahu jawapan saya” Takuya tersenyum lebar. Dia membuka langkah, dia ingin menggunakan Pride Of Soul untuk berlawan dengan makciknya. Dia kelihatan begitu yakin. Amylia mengetap giginya. Dia juga turut berasa bersemangat.





            “ Pride Of Soul ya. Kita tengok siapa lebih mahir.... Oh ya! Lagi satu, kamu tahu ada satu benda yang berada dibawah sana khas untuk kamu, jadi, kalau kamu berjaya melukakan makcik, walaupun satu calar kecil pun. Makcik benarkan kamu menggunakan barang itu sesuka hati.” Amylia menambahkan lagi bonus kepada tawarannya itu.
            “ Baik! Saya setuju. Tapi kenapa sekarang baru benarkan saya turun kebawah sana, makcik Amylia?” Amylia sekadar tersengih.
Kerana kamu sudah bersedia. Bisik hati Amylia. Dia semakin yakin bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk Takuya bangkit. 
Amylia dan Takuya sudah dalam keadaan bersedia. Masing-masing menunggu sesuatu. Sesuatu untuk memulakan pertarungan ini. Seluruh kawasan taman itu menjadi sunyi sepi, yang hanya kedengaran air terjun kolam ikan kesayangan Amylia. Kawasan rumah Amylia yang begitu besar malah rumah yang kelihatan mesra alam itu sungguh menenangkan perasaan. Rumah yang didirikan oleh Amylia di atas sebuah kawasan yang begitu permai dan indah.
Kedua-dua masih tidak bergerak. Tiada sesiapa yang dapat memahami pemikiran mereka berdua buat masa sekarang. Air di dalam kolam ikan itu tiba-tiba berkocak kuat. Amylia dan Takuya bergerak serentak menyerang sesama sendiri seolah-olah perlawanan kalah mati.

Bab 4



L


embut dan panas namun penuh dengan perasaan kasih sayang. Itu sahaja yang dapat dapat Takuya gambarkan apabila melihat perempuan yang selalu muncul dalam mimpinya itu mengusap manja rambut seorang lelaki yang sedang berbaring di riba perempuan tersebut. Lelaki itu sedang enak dibuai mimpi indah tidak menyedari perbuatan perempuan itu, pipi perempuan yang putih mejadi sedikit kemerahan. Takuya dapat mengagak bahawa perempuan itu malu melakukan perbuatan itu, tapi mungkin rasa sayang perempuan itu membuatkan dia berani. Dia ketawa kecil apabila melihat sesuatu pada wajah lelaki itu, Takuya tidak dapat meneka bagaimana wajah lelaki itu ketika dia sedang tidur, kerana wajah lelaki itu membelakangi Takuya.
Melihat perbuatan perempuan itu membuatkan hati Takuya sedikit terguris, dia sendiri tidak mengerti, mengapa harus dia cemburu dengan lelaki yang sedang berbaring itu. Walaupun dirinya tidak mengenali perempuan itu, tetapi jiwanya menyatakan sebaliknya. Malah jiwa itu menjerit dan meraung, agar Takuya menarik lelaki itu dari perempuan. Sekaligus, memisahkan mereka dan menjadikan perempuan itu teman hidupnya.
            “ Tidak.” Satu kata yang ringkas dan tenang dikeluarkan oleh Takuya.
            “ Aku tidak boleh merampas kebahagian orang lain. Setiap orang mempunyai pasangan mereka sendiri. Setiap satu telah diciptakan dengan pasangan mereka. Aku tak ada hak untuk memisahkan sesiapa, itu hak mereka.”
Betul, walaupun memisahkan mereka namun jika perempuan itu tidak bahagia disisinya, apa gunanya? Takuya cuma inginkan cinta sejati yang boleh dibawa sehingga mati. Banyak pasangan yang kononnya hangat bercinta sebelum berkahwin, tapi kemana perginya cinta itu setelah melangsungkan perkahwinan? Dibuang ke tepi, dan tidak bahagia dan akhirnya bercerai. Takuya tidak inginkan cinta sebegitu. Bukannya cinta sekadar ayat-ayat manis yang mampu mencairkan hati seorang perempuan, namun cinta yang datang ikhlas daripada hati. Itu sahaja dan tidak lebih daripada itu.    
Takuya menarik nafas panjang, dia berjaya melawan perasaan itu, dan dibuangkan jauh-jauh ke lubuk hati. Dia tersenyum melihat pasangan tersebut. Kehadiran Takuya disitu cuma seperti bayangan. Tidak dapat dilihat oleh pasangan tersebut. Biarkan sahaja, kalau dia dapat dilihat pasti akan merosakkan suasana romantis pasangan itu.



Dia memerhatikan keadaan disekilingnya, dia berada satu kawasan lereng bukit yang mempunyai pemandangan yang hijau. Udara di situ cukup nyaman. Sejuk yang tidak seberapa dingin namun menyegarkan. Pasti mereka masih berada di negara Auru lagi. Setelah dapat mencari kawasan yang agak jauh dari situ, Takuya melangkah pergi. Dia tahu ini hanyalah mimpi dan mimpi ini menjadi semakin menyakitkan apabila dia melihat perempuan itu sudah mempunyai kekasih hati. Harapan Takuya hanyalah satu ketika itu, dia tidak mahu bermimpi tentang perempuan itu lagi.
Tidak sampai dua, tiga langkah. Takuya terganggu dengan bunyi orang sedang mengeliat. Dia dapat meneka bahawa lelaki itu sudah tersedar. Dia kembali mengatur langkah kemas ke arah kawasan yang dicari.
            “ Minta maaf, Aya. Saya tertidur.”
Berhenti, segala-galanya berhenti termasuk Takuya sendiri. Suara lelaki itu membuatkan dia berhenti melangkah, kerana Takuya amat mengenali suara lelaki itu. Tidak mungkin dia silap dengar.
            “ Tak pe, Taku. Bukan selalu saya dapat lihat awak tidur lena macam tu.”
Gerak hati Takuya memang sentiasa betul dan dengan nama panggilan tadi semakin menguatkan firasatnya mengenai suara lelaki itu. Dia memaling ke belakang untuk memastikan perkara itu.
Tersentap tangkai jantung Takuya apabila dia melihat wajah lelaki itu. Dia betul-betul terkejut. Lelaki itu adalah dia, Takuya Himura sendiri. Mustahil tapi itulah yang terjadi.
            “ Aya, hari dah nak senja. Lebih baik kalau kita balik sekarang. Kalau tak, penat saya nak menjawab dengan ayah awak.”