Demo Site

Tuesday, December 8, 2009

BAB 3

Kapal perang kelas AirFalcon menjadi gamat. Lebih-lebih lagi di bilik rawatan kecemasan. Doktor dan jururawat yang ditugaskan atas kapal itu sedang berusaha gigih untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang mesra dengan krew kapal itu. Pengusung ditolak pantas menuju ke bilik pembedahan, diatas pengusung itu seorang lelaki kehilangan banyak darah masih tidak sedarkan diri. Doktor menyuluh mata lelaki itu dengan lampu suluh. Anak matanya mengecil apabila disuluh menunjukkan dia masih lagi dapat bertahan. Darah pekat membasahi pakaian lelaki. Beberapa orang krew kapal yang berada disitu terkejut. Mereka tidak mempercayai bahawa lelaki itu yang berada di atas pengusung.


“ Sarjan Taku! Tolong bertahan! “ Zakiah kejar mengikuti pengusung yang sudah memasuki bilik pembedahan namun ditahan oleh Simon dan Keichi. Dia cuba meronta tetapi gagal apabila Simon terpaksa menghentak belakang kepala Zakiah dengan kuat. Pandangan mata Zakiah mula kabur dan menjadi gelap. Keichi memandang Simon dengan muka yang penuh dengan seribu satu soalan.


“ Don’t look at me like that. I have to do it. Or she will cause us more trouble!” Simon memanggil jururawat berhampiran dan menyuruh mereka agar menempatkan Zakiah di wad. Keichi hanya terdiam, dia mengakui bahawa tindakan Simon pada waktu itu tepat sekali. Simon menggeleng-gelengkan kepala dan duduk tepi pintu bilik kecemasan itu. Lampu merah diatas pintu itu menyala menandakan pembedahan sedang dilakukan. Kini mereka hanya mampu berharap agar Taku selamat.


“ Simon, semasa Huckbein itu menyerang, apa yang Sarjan Taku lakukan?”


Simon memandang Keichi, mencari satu jawapan yang sesuai namun semuanya tidak sesuai. Dia menarik zip baju suit, membiarkan haba keluar. Dia menyelak rambutnya yang nipis itu kebelakang.


“ I have no idea, Keichi. Everyone can be careless for a while, you know?”


“ Tapi bukan Sarjan Takuya. Sarjan Takuya sentiasa bersedia dalam apa-apa situasi sekalipun.” Simon memandang muka Keichi yang berkerut itu. Pertama kali dia melihat Keichi yang happy go lucky itu serius. Selama ini muka Keichi sentiasa dipenuhi oleh senyuman. Walaupun dimarah atau didenda, Keichi akan terus tersenyum.


“ You maybe right, Kechi. Sarjan Himura Takuya is not the man who are so carelessly in his mission. There must be something wrong. But what is it? Moreover, he is so lucky because the beam was directed to the head of Genosaber instead of his cockpit, or not he’s already dead.”


Keichi menelan air liur. Dia melihat apa yang berlaku tadi. Mungkin kedengaran tidak masuk akal namun itu yang dilihat Keichi semasa kemalangan itu berlaku.

“ Simon, aku rasa tadi Sarjan Taku bukan bernasib baik.”
Mendengarkan apa yang dikatakan Keichi membuatkan Simon kembali berdiri. Topi keledar digenggam erat oleh Keichi. Simon menanti setiap baris perkataan yang Keichi akan katakan.

40 minit sebelum ini..



Kem Pertahanan Utama Kerajaan Johen

Keichi memerhatikan keadaan disekeliling kem tersebut, setelah memastikan semua pertahanan utama kem itu telah musnah, dia segera memandu unit Gigasnya menghampiri Genosaber milik Taku. Dia melihat unit Genosaber Taku tidak bergerak, Gigas mula berjalan ke arah Genosaber. Keichi ingin menghubungi alat komunikasi Taku namun dia tidak sempat. Unit Huckbein II. M yang berada 1 kilometer daripada Taku itu berdiri dengan perlahan dan menekan picu senapang sinaran partikel. Satu cahaya berwarna hijau menuju ke arah kokpit Genosaber.


Keichi menekan butang penujah utama dan menembak unit M.P.A musuh itu. Suara jeritan Zakiah membuatkan jentera Taku itu respon namun terlambat, sinaran partikel itu terlalu dekat dan hampir mengenai kokpit Taku. Mustahil Taku dapat mengelak.


Keichi menjerit, airmata bertakung. Dia tidak mahu kehilangan rakan setugasnya yang baik itu. Sarjan Takuya itu terlalu rapat dengannya, bagaikan seorang abang yang sentiasa melindungi adiknya daripada sebarang bahaya dan masalah. Dia memicit butang penujah utama sebanyak dua kali, Gigasnya meluncur laju cuba untuk menolak jentera Taku itu. Tidak sempat! Airmata Keichi tumpah tanpa berhenti.


Letupan yang kecil terhasil apabila sinaran partikel itu mengenai Genosaber. Namun jentera Taku tidak musnah sepenuhnya, bahagian badan dan kaki kiri masih tercantum, hanya sedikit terbakar. Keichi tercengang, dia tidak percaya apa yang dilihatnya sebentar tadi. Sinaran partikel tadi tersasar daripada kokpit Taku. Gigas menghampiri Genosaber yang sudah terbaring di atas lantai. Keichi menekan butang di atas papan kekunci di hadapan skrinnya. Pintu kokpit terbuka. Keichi memijat sebuah tali yang berfungsi sebagai takal dan turun ke bawah dengan perlahan. Apabila hampir sampai ke tanah, Keichi melompat. Dia mencapai sepucuk pistol yang tersangkut di tali pinggang suitnya. Keichi memanjat badan Genosaber yang masih panas, namun dia tidak peduli. Apa yang penting sekarang adalah Sarjan Taku. Dia sudah berada di tengah badan Genosaber, dimana terletaknya kokpit pemandu M.P.A.


Tanpa membazirkan masa, Keichi mencari sesuatu dan menjumpainya, dia menekan sebuah papan segi empat dan papan itu gelongsor kebelakang, sebuah papan kekunci yang mampu membuka pintu kokpit M.P.A daripada bahagian luar, jika berlaku sebarang kecemasan, rakan sepasukan daripada luar akan menginput akses kod untuk membuka kokpit dan menyelamatkan pemandu M.P.A tersebut. Keichi menekan beberapa huruf di atas papan kekunci itu dan menekan butang ‘ENTER’. Pintu kokpit Genosaber terbuka dengan perlahan, Keichi meninjau ke dalam kokpit Genosaber itu, mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku kepada Sarjan Taku. Tapi Keichi sekali lagi terkejut.

Sekarang,


Bilik Rawatan Kecemasan Kapal Perang AirFalcon


Keichi menelan air liur setelah menceritakan apa yang berlaku semasa dia cuba mengeluarkan Taku daripada kokpit itu. Simon tidak memberi apa-apa reaksi keada Keichi. Dia kurang percaya dengan apa yang Keichi ceritakan.


“ Nonsense”


“ Huh?! Apa yang awak cakap Simon?” Keichi tidak mendengar apa yang Simon cakap tadi. Dia masij hanyut melayan perasaannya sebentar tadi.


“ I said nonsense. It’s all bu******, man. Your eyes might been imagine stuff. That’s all.” Sinmon membantah apa yang diceritakan oleh Keichi dengan cara yang kasar. Keichi terkejut. Namun dia tidak mengambil hati.


“ I’m not dreaming, Simon. Segala apa yang aku nampak itu yang terjadi. Aku betul-betul nampak seorang perempuan yang transparent peluk Taku, dia menangis. Aku tak bohong kau.” Keichi mempertahankan apa yang dia lihat.


Perempuan itu terduduk di kawasan penyimpanan unit M.P.A di dalam kapal perang AirFalcon, berhampiran dengan Genosaber milik Taku. Dia kepenatan, badannya lemah, malah dia tidak mampu untuk berdiri. Kakinya menggigil dengan kuat apabila dia cuba untuk berdiri. Orang yang melakukan pemeriksaan ke atas unit Genosaber tidak sedar akan kehadiran perempuan itu. Dia menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menyelamatkan Taku daripada terkena tembakan sinaran partikel sebentar tadi. Dia perlu berehat, jika tidak segala usahanya akan menjadi sia-sia, tidak ada makna dan harapan untuk membangunkan semula kegemilangan kerajaan ini semula kalau dia mati. Dia menjadi halimunan dan hilang daripada pandangan.


Zakiah tersedar daripada pengsan, dia terbaring di atas katil di bilik rawatan dengan memakai suit pertempuran. Tengkuknya terasa sakit dan kepalanya seperti dihempap oleh batu. Seorang jururawat menghampiri Zakiah.


“ Sarjan Muda Zakiah, awak perlukan apa-apa?” jururawat menyapa lembut Zakiah yang masih terbaring di atas katil wad itu.


“ Boleh bawakan saya air mineral?” Zakiah membalas pertanyaan jururawat itu dengan nada yang lembut dan senyuman manis. Muka jururawat itu menjadi merah namun dia mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Zakiah menyandarkan badannya pada penghadang katil. Dia perasan ada beberapa lirik mata memandang dirinya. Dia menjadi serba salah untuk berada di situ untuk masa yang agak lama. Namun kepalanya masih terasa pening.


Walaupun tiada orang yang memberitahu dirinya, namun Zakiah tahu, dirinya agak popular di Kem Pertahanan Utama Kerajaan Auru dan di kapal perang AirFalcon itu sendiri. Dia menjadi idola kepada seluruh warga tentera perempuan dan kegilaan ramai tentera lelaki. Di dalam kem tentera, dia dilabelkan antara 10 orang perempuan tercantik namun dia masih di bawah Jeneral Amylia Scarlett yang dilabelkan wanita tercantik di kem itu, wajah Jeneral Amylia juga selalu menghiasi majalah tempatan dan majalah tentera. Namun Zakiah tidak berbangga dengan apa yang dia miliki, sekadar bersyukur.


“ Sarjan Muda, ini air yang awak minta.” jururawat tadi menghulurkan botol air mineral kepada Zakiah.


“ Terima kasih. Tak payah nak berformal dengan saya, panggil saya Zakiah saja.” Zakiah mencapai air mineral tadi. Jururawat tadi sekadar menggangguk.


“ Sar.. bukan Zakiah.. Saya..” jururawat tadi menjadi gagap


“ Kenapa? Ada apa yang saya boleh bantu?” Zakiah sekadar bersahaja. Dia tahu apa yang bakal berlaku sebentar lagi. Perkara yang sama turut berlaku apabila dia pergi ke bahagian pengurusan.


“ Saya peminat besar awak, tolong tandatangan papan ini!” Selepas jururawat itu bercakap dan menghulurkan sebuah papan. Muncul beberapa lagi orang staff jururawat meminta benda yang sama. Zakiah menjadi malu. Dia cuba menenangkan jururawat-jururawat yang berada di situ. Dia terpaksa mengikuti kehendak mereka. Kalau Keichi, Simon dan Ta...ku?


Zakiah kembali teringat apa yang berlaku Taku dibawa ke bilik kecemasan! Dia cedera parah. Selepas menandatangan papan terakhir, dia memanggil semula jururawat yang membawa air botol sebentar tadi.


“ Sudah berapa lama saya sudah pengsan di sini? Apa yang berlaku kepada Sarjan Himura Takuya?” Jururawat yang tersenyum manis tadi, menepuk kepalanya perlahan. Dia telah terlupa akan tugasnya sebagai staff jururawat sebentar tadi.




“ Awak tidak sedarkan diri selama 5 jam, Sarjan Muda. Sekarang kita sudah mendarat semula di Kepulauan Auru selama 1 jam tadi. Sar..jan Takuya sedang dipindahkan ke Hospital Pakar Jackson. Lukanya agak berat namun staff medical berjaya menyelamatkan nyawanya.” Jururawat itu juga menunjukkan airmuka yang sedih apabila mendengar berita mengenai Sarjan Takuya. Ramai di kalangan krew kapal perang AirFalcon mengenali Sarjan Takuya termasuk jururawat itu sendiri. Takuya pernah belanja jururawat itu makan ketika berada di kem.


Zakiah bangun daripada katil dan berjalan menuju ke pintu wad. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada jururawat tadi. Zakiah menuju ke bilik locker perempuan dan menanggalkan suit pertempurannya dan memakai semula pakaian tentera. Semasa dalam perjalanan turun daripada kapal perang AirFalcon, dia terserempak dengan Simon dan Keichi yang baru habis melaporkan diri kepada Komander Laker yang juga turut berada di sana.


Zakiah menabik hormat kepada Laker. Keichi menjadi resah sambil memandang Simon dengan risau. Simon cuba mengawal perasaanya. Dia tahu apa yang akan menimpa dirinya sebentar lagi. Buat sementara waktu ini Komander Laker menyelamatkan keadaan.


“ Sarjan Muda Zakiah, awak dah sedarkan diri nampaknya. Bagaimana dengan keadaan awak?” Zakiah sekadar menjawab ringkas sambil memandang Simon dan Keichi dengan anak mata yang tajam tanpa disedari Komander Laker.


“ Saya mahu melawat Sarjan Takuya sebentar lagi, adakah awak semua akan turut serta?”


“ Tuan bergerak dulu, tuan. Saya ingin berjumpa ahli skuad saya sebentar, betulkan Simon dan Keichi?” Simon dan Keichi mengangguk kecil, dada mereka berdua berdebar kuat.


“ Ok, kalau macam itu, saya bergerak dahulu” Zakiah, Simon dan Keichi menabik hormat mengiringi pemergian Komander Laker. Zakiah menyinsing lengan bajunya ke atas selepas Komander Laker hilang daripada pandangan. Dia melonggarkan kolar bajunya dan memandang Kechi dan Simon dengan mata yang tajam.


“ Jadi... siapa yang nak beritahu apa yang berlaku tadi?”





Hospital Pakar Jackson


Amylia Scarlett duduk di hadapan wad Taku dengan hati yang resah. Walaupun bimbang, dia mempunyai reputasi untuk dijaga, jika dia tersilap langkah pasti akan menyebabkan dia berada dalam keadaan yang sukar. Dia tahu ada mata-mata yang sedang mengintip segala pergerakannya dan dia tahu siapa yang menghantar mereka untuk mengintip dirinya. Kehadiran Laker membuatkan dirinya sedikit lega. Laker menabik hormat kepada Amylia.


“ Tak payah nak tabik hormat, Laker. Ini bukan dalam kat dalam kem.” Laker sekadar tersenyum.


“ Minta Maaf, Amylia. Biasalah orang tua macam aku, dah terbiasa sangat dengan kerja. Dah lama kau sampai.?” Laker duduk disebelah Amylia tanpa disuruh.


“ Sebaik sahaja kapal kau mendarat, aku yang suruh staff medic kau menghantar Taku kesini. Aku dah biasa dengan hospital ni. Taku pun sama.” Amylia menjawab soalan Laker dengan nada yang mendatar. Laker tahu perempuan disebelahnya ini bersedih dengan apa yang berlaku kepada satu-satunya saudaranya. Amylia tidak mempunyai ahli keluarga lain selain Taku.


“ Bagaimana keadaannya? Adakah akan menyebabkan..” Laker tidak sanggup mengatakan perkataan maut kepada Amylia yang bersedih itu. Amylia menggelengkan kepala.


“ Doktor kata dia akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa bulan ini. Kecederaan Takuya tidak serius yang kita sangkakan.” Amylia kembali melayan perasaannya. Takuya akan kembali pulih sepenuhnya dalam beberapa bulan ini.


“ Dia tidak akan bertugas... Ini masa yang sesuai.”Amylia yang sekadar berbisik kepada dirinya sendiri, ditangkap oleh Laker.


“ Masa yang sesuai? Apa maksud kau, Amylia?”


“ No... Nothing.... just talking to myself. Haha...” Amylia sekadar berbasi-basa. Dia tidak mahu Laker terlibat dengan apa yang dia rancangkan untuk Takuya. Ini waktu yang sesuai untuk Takuya membangkitkan semula kegemilangan kerajaan Auru. Bagaimana? Itu terpulang kepada Takuya.


“ Amylia... Aku bukan nak mengesyaki apa-apa. Tapi kau perasaan tak kita diperhatikan oleh seseorang?” Amylia hanya sekadar mengangguk kecil. Dia sudah perasan kehadiran pengintip semenjak dia sampai di situ. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia terkam orang itu sekarang namun dia harus bersabar dan menunggu masa yang sesuai.


“ Bawa bertenang, Laker. Mereka tidak mahukan kau. Target mereka adalah aku.” Lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Amylia. Laker tergelak kecil. Dia mengakui bahawa dia orang yang tidak penting. Dia tidak menyimpan sebarang rahsia kerajaan seperti Amylia.


“ Aku tak faham mengapa mereka mencari kau, Amylia. Tetapi kalau kau mempunyai sebarang masalah, kau tahu kebanyakkan ...” Tidak sempat Laker menghabiskan ayatnya, Amylia menunjukkan isyarat senyap. Laker terpinga-pinga pada mulanya namun dia mengerti apabila melihat kelibat ahli skuad Alpha unit khas M.P.A berjalan ke arah mereka. Mereka menabik hormat kepada Laker dan Amylia. Amylia sekadar memberi renungan tajam kepada mereka. Zakiah yang asalnya ingin bertanyakan tentang Takuya segera membatalkan hasratnya itu. Keichi dan Simon pula sekadar tercatuk di hadapan Amylia. Mereka tidak berani bersuara di hadapan Amylia.


“ Minta..... maaf Jeneral kerana menganggu, kami cuma ingin melawat Taku...errr.. Sarjan Takuya Himura, Puan!” Zakiah memberanikan diri di hadapan Amylia untuk bercakap. Laker sekadar menggelengkan kepala, dia sudah tahu perkara sebegini akan berlaku. Amylia sememangnya dingin dengan orang lain kecuali Takuya dan dirinya. Dia menyentuh lembut bahu Amylia, sambil memberi isyarat agar dirinya tidak terlalu tegas dan formal kepada ahli skuad Takuya itu.


“ Saya menghargai lawatan awak, Sarjan Muda Zakiah Anas, Leftenan Simon Teh dan..... Koperal Keichi Sanada, bukan?”


Kesemua ahli skuad itu terkejut kerana Amylia mampu menghafal nama dan pangkat mereka. Setahu mereka mustahil untuk Amylia mengenali askar yang tidak mempunyai reputasi setinggi Komander Laker dan Mejar Hoffman. Keichi mula merasa bangga apabila namanya turut diingati oleh jeneral itu.


“ Betul Jeneral... Terima kasih kerana mengingati nama saya. Saya berasa bangga kerana jeneral ingat nama saya.”


Amylia sekadar tersenyum kecil. Kalau dia tidak mampu ingat askar-askar yang berada di bawah kepimpinannya, dia tidak layak untuk menjadi seorang jeneral.


“ Anak buah saya tidak mengalami kecederaan yang amat parah. Sekarang dia masih tidak sedarkan diri lagi. Jadi, sia-sia sahaja kamu datang untuk melawat Takuya.”


Suasana di kawasan koridor itu mula menjadi tenang semula apabila Laker berborak dengan ahli kumpulan unit khas M.P.A. Amylia duduk termenung, dia tidak mahu menyertai perbualan mereka. Ada benda yang lebih penting yang harus dia selesaikan sekarang. Tidak menunggu masa yang agak lama, Amylia berdiri dan meminta izin untuk keluar sebentar.


Cuaca diluar hospital Pakar Jackson ketika itu amat sejuk. Walaupun belum sampai musim sejuk, tetapi suhu sebegini selalu berlaku pada malam hari di negara Auru, memaksa orang ramai untuk memakai pakaian yang agak tebal pada waktu malam. Namun cuaca sejuk sebegini tidak menghalang 4 orang lelaki daripada menjalankan kerja pengintipan mereka terhadap Jeneral Amylia Scarlett. Mereka merupakan askar upahan terlatih untuk menghadapi pelbagai situasi. Alat pendengar suara dan kamera digital merakam setiap kata-kata dan pergerakan Amylia Scarlett. Salah seorang daripada mereka tidak dapat bertahan dengan cuaca sejuk itu beredar untuk membuang air kecil di kawasan belukar yang agak terbiar berhampiran hospital tersebut. Yang lain menjalankan tugas mereka sambil menikmati air kopi tin yang panas yang dibeli di mesin jualan automatik. Setiap orang dilengkapi dengan sepucuk pistol yang dipasang dengan silencer dan sebilah pisau comando bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Walaupun mereka bersedia dalam apa-apa situasi, kali ini mereka tidak menyedari ada orang lain yang sedang mengintip pergerakan mereka.


DARIUS salah seorang pengintip berasa lega apabila dapat membuang air kecil. Dia memaki orang yang mengupahnya untuk mengintip perempuan berpangkat jeneral itu. Jika tidak, pasti dia sedang lena di atas katilnya yang empuk.


“ Seronok kencing kat sini?”


Suara perempuan menegur Darius mengejutkan dirinya daripada belakang. Dia pantas menarik zip seluar walaupun tidak sempat untuk membersihkannya lalu mencapai pistol dan mengacukan pistol kepada perempuan di belakangnya. Namun Darius terlambat, perempuan itu pantas menepis pistolnya dan menendang perutnya. Dia terpelanting kebelakang. Perutnya senak namun dia mengabaikan kesakitan itu. Dia mencabut pisau comando dari sarungnya, mengharapkan dapat menyerang perempuan itu. Namun, tidak sempat dia menyerang, mukanya disiram dengan tompokan darah. Dia melihat tangan kanannya sudah terputus dan memancutkan darah, dia menjerit nyaring ketakutan dan kesakitan!


Askar upahan lain mendengar jeritan Darius, mereka terus mengeluarkan senjata mereka dan mengemaskan segala peralatan pengintipan mereka. Tempat itu ditinggalkan, kesemuanya berlari lintang-pukang namun masih dalam kumpulan. Salah seorang daripada mereka membawa peralatan yang agak berat ketinggalan di belakang, rakannya menyuruh dia meninggalkan peralatan itu, dan dia enggan.


Dia memandang kebelakang dan menerima akibat yang meragut nyawanya. Perutnya di robek dengan sebilah pedang yang besar. Dia memuntahkan darah, dan terduduk, matanya terbeliak menahan kesakitan. Pedang yang panjang itu ditarik semula keras, darah memancut dengan deras membasahi segala rumput dan lalang yang berada di sekitar.

Baki lagi dua orang askar upahan itu telah berjaya keluar dari kawasan itu, mereka segera berlari kearah kereta yang mereka bawa dan memecut laju keluar daripada kawasan hospital Pakar Jackson. Salah seorang daripada mereka mencarut-carut dan menghubungi orang yang mengupah mereka.


Jalanraya yang besar itu sunyi tanpa sebuah kenderaan, jalan raya ke Hospital Pakar Jackson sememangnya sunyi pada waktu malam. Lebih-lebih lagi pada malam ini, kedua-dua askar upahan itu mula risau, pemandu kereta itu menyuruh rakannya untuk meminta agar pengupah mereka menjawab panggilan telefon itu.


Rumah Kediaman Rasmi Menteri Pertahanan


Rumah banglo 4 tingkat itu kelihatan sunyi pada waktu malam, Abingdon Hetopolis, Menteri Pertahanan Kerajaan Auru sedang nyenyak dibuai mimpi. Tidurnya lena ditemani oleh seorang perempuan yang cantik, yang penting itu bukan isterinya. Hidupnya hanya digelimpangi oleh perempuan-perempuan simpanan, isteri dan anaknya tidak lagi tinggal sebumbung dengannya kerana tidak tahan dengan perangainya yang diibaratkan buaya darat. Namun tiada penceraian dibuat kerana Abingdon mengugut isterinya jika kes ini dibawa ke mahkamah. Walaupun, tidak lagi mempedulikan mereka, Abingdon masih memberi mereka tempat tinggal dan nafkah untuk hidup.


Bunyi panggilan telefon bimbit membuatkan tidurnya terganggu, Abingdon terpaksa juga mengalah dan menjawab panggilan telefon, dia meninggalkan perempuan simpanannya yang nyenyak tidur dan menjawab panggilan itu dalam bilik air.


“ Hello! Siapa ni?” suara Abingdon yang garau membuatkan dirinya seperti sedang marah menjawab panggilan itu.


“ Tuan!! Ni Kapten Jihan!!”


Mendengar suara Jihan, Abingdon keluar daripada bilik air dan menuju ke bilik kerjanya yang jauh daripada bilik tidurnya.


“ Ya, kapten. Kenapa telefon saya malam-malam buta ni? Kan saya dah pesan, call saya...


“ Tuan!!! Kita ada masalah. Cover kami dah.... blow!!” suara Jihan yang tertekan mula kedengaran.


“ WHAT?!”


Abingdon membuka pintu dan melihat keadaan di koridor, hanya untuk memastikan tiada orang yang mendengar jeritannya sebentar tadi. Dia kemudiaannya mengunci pintu bilik.


“ Macam mana boleh jadi sampai macam ni?”


“ Ada orang dah kesan kami! Kami tak pasti siapa orang itu, tapi dia seorang perempuan,Tuan!”


Abingdon mengerutkan dahi, darah mula meresap ke bahagian muka, hatinya mula panas, dia dapat mengagak siapa yang melakukan perbuatan ini. Hanya seorang perempuan sahaja yang dia kenali yang mampu bertindak sedemikian.


“ Bawa bertenang Kapten Jihan. Awak terus datang ke rumah saya, perempuan itu takkan dapat masuk ke rumah saya. Saya beri kamu....”


“ F**k!! Macam mana dia berada disini!!!” Jeritan Kapten Jihan membuatkan Abingdon menjauhkan telefon bimbit daripada telinganya.


“ Kuroso! Langgar saja perempuan tu!!”


Selepas itu Abingdon tidak dapat mendengar suara Jihan, hanya bunyi enjin kereta yang menderam, Abingdon mula berpeluh, dia memanggil nama kapten tersebut namun apa yang dia dapat kedengaran hanyalah jeritan kedua-dua askar upahan dan bunyi kereta terbabas dan selepas itu panggilan itu terhenti. Abingdon terduduk di atas kerusi bilik bacaannya. Permukaan kaca di atas meja kayu jati retak apabila Abingdon menghempaskan penumbuk keatas permukaan itu.


“ Damn you, Amylia Scarlett!”


Hospital Pakar Jackson


Zakiah dan Laker dikejutkan dengan kedatangan Amylia, airmukanya serius, tiada sebarang senyuman. Seorang perempuan yang memakai baju blouse hitam, overall putih sehingga ke kaki menarik minatnya. Amylia amat mengenali perempuan tersebut.


“ Amylia, kau pergi mana tadi? Doktor Liza dah lama menunggu kau.” Suara Laker sengaja dikeraskan, dia amat mementingkan disiplin walaupun Amylia berpangkat lebih tinggi daripadanya. Amylia juga merupakan salah seorang yang berada dibawah pengawasannya ketika Amylia baru sahaja menyertai tentera.


“ Min..ta maaf, Laker. Tadi aku pergi makan. Aku tak sempat jamah pun dari tengah hari tadi.”


Ahli pasukan unit khas M.P.A terkedu apabila melihat Amylia memohon maaf kepada Laker. Namun mereka mengalihkan pandangan mereka apabila Amylia merenung mereka tajam. Masing-masing menjadi gelabah.


Zakiah hanya terdiam apabila Amylia mula berbual dengan doktor Liza, manakala Keichi dan Simon pula sibuk berborak dengan Komander Laker. Matanya tajam memerhatikan Amylia Scarlett, dia tidak berasa senang hati. Ketika Amylia melintasi di hadapan dirinya, dia dapat menangkap satu bau lemah namun amat dikenali dari pakaian Amylia. Bau itu amat sukar dilupai oleh seorang tentera setiap kali bertempur. Ya, itu adalah bau darah manusia!

0 comments: